skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Wednesday, July 6, 2011

program keluarga angkat-day 2

1st nite kat sini tak berapa nak boleh tidur.10 kali aku pusing atas katil pun tak lelap2 lagi.maybe tempat baru kot.last2 aku pun tak sedar pukul berapa aku tidur.

2nd day 6.15 je automatic terus mata bukak.bangun then pergi mandi.cemerlang aku!kalau kat rumah jangan harap la nak mandi pagi melainkan kalau ada kelas.ni kalau tok aku tau ni mesti terharu.muahaha.lepas breakfast mak angkat aku bawak pergi pasar pagi.bak kata orang utara nat.kalau ikutkan kat perlis pun melambak nat ni.tiap2 minggu aku pergi.tapi kali ni kita tengok kat tempat orang la pulak.ramai jugak aku jumpa membe2 aku kat sini.masing2 semua family angkat bawak.


yg ni mak angkat aku ;p

yg kiri farah yang duduk satu rumah dengan aku.yg kanan.alia.
balik dari pasar shoot terus pergi dewan orang ramai.nak buat persiapan nak sambut Timbalan Perdana Menteri dengan Menteri Besar Perak.kelass giteww program kami ada VVVIP sekali!

heh,jgn terpedaya.propa ja semua ni!action depan camera je.haha



haa yang ni geng perempuan prepare untuk buat puteri mandi.request by TPM.beliau nak makan kampung punya makanan.plus ubi kayu rebus dengan air kelapa lagi.actually aku tak pernah makan pun puteri mandi ni.ni first time tengok.


yang lelaki bersihkan kampung.siap turun parit nak kutip sampah.

siapa cakap aku tak buat kerja?haa tengok ni bukti!
selesai semua kerja kami jalan2 kampung.yang tak pernah nampak sawah ni la masanya.aku rilek je.kalau orang perlis tak pernah nampak sawah memang kena buang negeri le.






lunch tengah hari kat rumah family angkat.terharu tengok lauk.kalah buffet ramadhan.aku tanya membe2 aku semua sama.lauk penuh meja.sungguh terharu :')

then around pukul 2 datang balik nak sambut TPM and the geng.berjanggut jugak le tunggu.alaa biasalah tu.kalau sampai awal bukan orang malaysia namanya.

escourt penuh satu kampung




mula2 aku rilek je.konon tak eksaited nak tengok TPM.sekali nampak depan mata face to face macam ni tergamam jugak la.haha








lepas vvip semua dah balik apa lagii.kami ronda satu kampung.rempit ramai2!best wooh!10 bijik moto lebih jugak laa.




naik moto sampai kebas pungkoq hampa tau?punya lama.last2 sampai tempat ni.cantik :) kena tengok dengan mata sendiri baru feel.





sekian day 2 ;p

program keluarga angkat-day 1

aku tau dah basi dah kalau nak ikut cerita ni.maap laa.aku busy.balik2 program kena mengadap kerja2 yang tertangguh.then ada quiz and test lagii.ni dah setel baru sempat nak update.

so back to my story.program ni buat kat KAMPUNG PARIT HAJI KASSIM,kat perak.kampung ni dipilih oleh ketua program sendiri yang merupakan anak ketua kampung.senang la kerja beliau. =.=


tunggu bus lama sangat sempat snap bagi full memory cam dulu.heh.

ohh ni gamabar adik bradik angkat!sebab tu kitew plan pakai baju sama.hihi


perjalanan ambik masa lebih kurang sejam setengah.dalam bus aku bukan main eksaited!sampai je kat kampung tu terus jadi berdebar debar.mana tak nye baru nak terfikir macam mana nak hidup dengan orang yang tak dikenali.huhu.

dah la masa kami sampai orang kampung semua tunggu nak sambut.ketaq baq hang!lagi la aku cuak!


sedikit sneak peak view kampung

 yang kat atas ni masa proses penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat.ketua kampung,penghulu,jkkk semua ada.maap la aku tak ingat nama.hihi.

aku dengan alia memang dah eksaited tahap tak ingat dah sebab ingat kami ni satu rumah.TAPI.lepas acara penyerahan tu ada seorang makcik ni request nak ambik seorang lagi anak angkat.dan dia request nak ambik aku......aku ni takkan nak cakap taknak?even dalam hati agak berat,aku setuju je la.kang apa pulak orang cakap kalau tak nak ikut kata.huhu.

maka aku dengan alia berpecah.dapat dduk satu rumah dengan budak semester satu.nasib baik boleh ngam!masuk rumah family angkat aku memang kemas sangat.bersih dan selesa!


ohh ni bilik aku!err abaikan all my stuff atas katil tu ye.

then malam tu ada ceramah kat surau.time ni masing2 dapat rempit sendiri.takde nye mak bapak angkat nak hantar.berdikari okeh!err tapi aku ni takde lesen moti *malu* maka adik angkat aku yang badan kecik tu yang bawak aku.heipp jangan gelak!selamat okeh dia bawak!





alia cakap ni gambar pasport org pergi haji =.=
haa.thats all for day one!lepas ni entry day 2 yang sangat memenatkan!tunggguuuuuuuuu.

Monday, July 4, 2011

selesai sudah program keluarga angkat.dah selamat pulang.dah selesai sesi gelak ketawa.dah selesai sesi makan kenyang.dah selesai sesi air mata masa nak balik.

ni my first experience join program keluarga angkat.aku punya minded masuk u harus join at least sekali.sebab macam best.dan memang best! 

TAPI.bagi aku program keluarga angkat ni bukan sekadar nak seronok2 je.its more than that.bagi aku program ni bagaikan satu tanggungjawab baru kepada peserta.which is tanggungjawab kepada keluarga baru.kau dah seronok2 duduk rumah orang dengan makan pakai terjaga,dah tu kau balik takkan nak lupa terus?tanggungjawab nak bertanya khabar tu dah tergalas kat bahu.kalau sakit pening kena pergi tengok.yelah takkan nak abaikan je?

based on my own experience,aku dapat rasa how they love and treat us like a family.makan memang lebih.tak kenal erti lapar.rumah selesa.bilik cantik perfert.kau nak habiskan minyak motor abah pun habiskan lah.abah pergi isi nanti.for me mereka menepati definisi hospitality itu sendiri.they are the best hospitality.lagi baik dari hotel 5 bintang rasanya.

dari segi duit lansung tak lokek.nak makan apa cakap.mak masak.nak balik sipa bagi hadiah.dapat duit belanja.padahal baru kenal 3 hari dua malam.siap malam pertama tu aku rasa masing2 tersipu sipu malu lagi.malam kedua baru nak rancak.tapi too bad hari ketiga dah nak balik.kalau dapat lagi lama mesti lagi puas.katanya mak2 mengeluh tak sempat nak masak macam2 untuk anak baru.ayah terkilan tak sempat nak bawak anak baru jalan2.



dan aku serta farah(paling kiri baju hitam)  dilayan dengan sangat baik oleh mereka. :)

terima kasih daun keladi.

Friday, July 1, 2011

saya on9!

testing.testing.hihi.ya betul ini aku.aku ni bajet konon takkan on9 sampai habis program anak angkat.sekali rumah family angkat ada streamyx.maju okeh!siap offer notebook sebijik lagi.mula2 aku tersipu sipu malu la konon.lepas tu.hah ambik kau.ni dah tengah on9.hihi

so far setakat ni okay.family angkat baik je!baik sangat.manjakan sangat kami.huhu.segan pulak aku.nanti balik aku cerita lagi panjang.tadi ada program ceramah agama.masing2 membe aku semua rempit je naik moto.sayang sungguh family angkat.bagi moto lagi.dah tu tadi aku dengar cerita mostly family angkat offer notebook bagi pakai.ala yang budak2 sekolah dapat tuh.untung budak2 zmn skarang!aku ni.heh.tunggu masuk u baru dapat!

okay2.taknak cerita panjang.nanti tak best la.hihi.adios!

nilai sebuah kemenangan!

weekend ni aku bakal join satu lagi program PYOTA(penang youth tourism association).program under kawan sendiri iaitu program anak angkat.more on that bila aku balik nanti.nanti aku cite ye.untuk program ni macam biasa aku jadi comitee(erk mcm ni ke eja?) member.aku handle untuk sukaneka dekat kampung tu nanti.maka kena buat preparation beli segala tok nenek barang2 untuk games.kebetulan bff aku si ain,mira dan pojan pulak handle untuk hadiah,maka kami bergabung meletup ahh!

kau ingat senang ke nak cari hadiah?susah wooh!dengan bajet yang agak banyak.bila duit orang bukan main susah nak habiskan.cuba kalau duit sendiri?heh.sekelip mata dah habis!untuk hadiah kena bajet setiap kategori berapa haiah,hadiah apa nak bagi,duit kena ikut bajet.haih susah weh!






yang kanan tu lemak T_T


troli peringkat pertama.



troli peringkat akhir






hah!lepas tu en lepas kami bayar,kami dijemput untuk jadi mangsa bahan soalselidik.kena jawab soalan bukan main banyak!


lepas tu en.lepas penat jawab soalan yang bukan main banyak,pakat dapat voucher tesco rm10 ringgit!aku dengan alia bergabung voucher beli apa yang patut.seronok mak shopping lagi!muahaha



beli dah penuh satu troli nak masuk dua troli,jenuh nak sumbat dalam kancilghini ain.nasib baik muat!mendap lagi kereta beliau.hahah

anda taktau dicelah2 tu penuh barang!nmpk macam sikit.

dah habis sesi beli,tiba sesi nak balut.seksa.penat nak mampos!bukan satu hadiah weh.


err.abaikan background.eh ni bukan rumah aku!


hasil penat lelah :') eh ni baru sikit.ada lagi.
lepas masa tengah balut hadiah aku terfikir.kami bukan main penat balut dengan penuh kasih sayang,tapi nanti komfem si pemenang bakal bukak dengan rakus sampai rabak pembalut.haih.alangkah bagus kalau boleh maintain macam ni je hadiah  ni.tak bukak tak bole ke?haha.

btw kepada bakal pemenang,hargailah titik peluh kami.penat wehhhhh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...