skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Thursday, March 29, 2012

TAK ADA TAJUK

meronta ronta nak update blog tapi gambaq tak boleh nak upload.

tsk.

tsk.

tsk.

ni ja yang mampu.sekian

Wednesday, March 14, 2012

kuala lumpur.

Assalamualaikum.
hari tu lepas habis practical aku pergi jalan2 ke kl.memang tak sedar diri dengan report tak buat lagi lepas tu boleh pulak pergi makan angin.dah tu pergi kl pulak tu.terasa diri macam budak darjah enam lepas upsr pergi rombongan sekolah ke kl.lame.niat asalku nak holiday dengan BFF.tapi dua orang tarik diri.finee.aku ketegaq jugak nak pii.last2 aku pi dengan alia and jannah je.tu memang sahabat selamanya sepanjang masa tu.

plan asal nak ambik bus pukul 10 pagi.aku memang tak nak naik bus malam.paranoid sikit aku ni.tapi sebab ada masalah sikit ambik bus pukul 12 tgh hari.masa nak ambik tiket aku dengan alia tercegat depan kaunter nak dekat 5 minit.kami mana pernah ke kl naik bus.garu kepala depan kaunter.dah tu kena gelak dengan kakak dekat kaunter tu.tsk.malu.

esoknya naik bus lah kami dari kulim.5 bangla.kami 3 orang melayu.'nice'.dah tu berhenti kat butterworth pulak.then stop kat mana2 lagi ntah.adehh penat aku.10 kali bukak mata pun tak sampai2 lagi.then sampai kl time habis office hour.Ya Allah jam teruk sangat!elok la sangat disambut dengan jam macam tu.dah la kitorang turun kat kajang.nak sampai kajang lagi dah sejam jugak ambik masa.haihsss.

arrived kajang safely dengan bontot yang kebas lebih kurang pukul 8 malam.dengan perut lapar lagi.nasib baik ain sampai cepat.kalau tak pengsan aku tepi hentian bus kajang tu.ain angkut kamu balik rumah then bawak pergi makan,berseri terus muka dapat makan.then terus pergi I-CITY shah alam.ni lagi satu tempat orang kampung macam aku tak pernah pergi.tsk.











satu hal je dissaponted sikit.lampu banyak jugak yang dah padam.tak bayar bil elektrik kot?

esoknya ain bawak pergi kl.park kereta dekat pavillion then jalan pergi sekitar tu.one thing yang aku pelik apahal budak2 kat kl suka duduk atas tangga pavi?agaknya dah tak ada kerusi kot?ramai pulak tu!!aku tak paham apa motip.nak kata diorang shoping tak terfikir pulak aku mampu ke tak.tu la kot yang orang panggil budak baru nak up ye dak?

then sempat lepaskan kerinduan pada pemanis mulut kegemaran.tak tahulah bila pulak boleh dapat lepas ni.nak tunggu tuti fruti bukak kat perlis?zaman cucu aku nanti pun belum tentu ada agaknya.tsk.


 first timer




 malu aku nak ambik gamabr depan ni.then nampak geng tourist dari arab ambik gambar lek je.aku pun nak jugak bajet tourist kan?janji aku tak duduk atas tangga pavi.

lepas tu ain  sebagai tour guide yang berjaya tanya pulak nak makan apa.cepat2 jawab sate kajang yang feymes tu.tapi ain tak bawak ke kajang .tapi makan sate kajang kat putrajaya.sebab katanya tak ramai di siti,cun jugak sebab aku dah lama teringin nak ke sana.kampung lagi.tsk.

dah kenyang makan sate sedap ain bawak pusing putrajaya.semua bangunan dia bagitau.tak semua jugak la kan sebab bukan semua dia ingat pun.haha.lastly dia bawak lepak kat depan masjid putrajaya.aku tak tahu apa nama tempat.but then sini aku rasa lagi tenang compared dengan pavi.tengok ramai parents bawak anak2 main and lepas.its a good place to lepak dengan family.


hari terakhir ain bawak makan ke nilai.tukar angin sikit.membe2 aku teringin nak makan steambot.rindu seoul garden lettew.aku tak ingat apa nama kedai ni tapi bagi aku berbaloi datng sini sebab banyak pilihan makanan.daripada daging perap sampailah ke seafood.sayur2 pun banyak jenis.cuma minuman je tak free macam kat seoul garden.





sory alia.heheee


lepas makan balik rumah relax.malam tu pergi makan mcd sebab nak jumpa boifren orang tu.untunglaaaa ada boifren kan!! *jeles*

esoknya pukul 10 naik bus balik perlis..thanks ain sebab pinjamkan kami rumah kau yang selesa gila tu!thnks jugak bawak kitorang jalan2.rindu doe nak jumpa kau lagi!lepas ni bila lagi nak jumpa agaknya ye?

Sunday, March 11, 2012

i wonder..

i always wonder how my life would be if abah is around?my life might be different kot?paling utama i wanna be abah's little girl forever!macam anak perempuan yang lain.kan orang cakap anak perempuan rapat dengan ayah kan?but macam mana pun I LOVE YOU MAKKK!!no matter what! :p

then maybe i live in our own small house together with abah and mak.or maybe abah and mak still live with tok and wan.not sure.but last time macam tu lah.alah tak kisah.mana-mana je.

then maybe boleh kurus sikit kot sebab boleh mintak abah to be my personal trainer.haha.sebab abah active sukan.boleh jog tiap2 ptg sama-sama.tu pun kalau aku rajin kan?ngeee

lepas tu kan boleh merengek rengek mintak blacberry ke sebijik.galaxy tab ke sebijik..dah nama pun abah's little girls kannn..anak abah mesti boleh dapat kan mana tauuu.lagipun orang laki kan senang sikit nak nego mintak all those gadjet stuff.ngehngeh.

then ada lagiii..boleh pergi family vacation every year dengan abah and mak!!macam best je tengok abg long-kak ngah-wafi pergi jalan-jalan setiap tahun.ecah dengan ilman jangan cakap.london lagi tauu.kelasss~alahh kak long tak mintak jauh2 pun.dalam malaysia pun bolee.heheee

then at my age of 21 ni mesti dah ada father-daughter talk about about marriage kan?ngeh ngeh.then boleh takutkan husband-to-be dengan cakap 'kalau nak kahwin datang jumpa abah.tu pun kalau berani la sebab abah garang tau!grrr~' hahaha.then the best part is to have abah as the wali. :p



add on:i wonder kalau abah ada dah boleh kecek2 kat abah mintak belikan sneakers pink yang aku nampak kat kedai petang tadi.heheeeeee :p

Saturday, March 10, 2012

the end.

at last penat lelah selama beberapa hari dan beberapa malam tidur tak berapa nak cukup,my report was completed.padahal ada masa 2 minggu tapi macam biasalah kalau tak last minute tak thrill buat kerja.otak tak function betul2 kalau tak last minute.yelah kalau dah lusa dateline mana taknya otak aku kerja sekeras kerasnya.cuba kalau bulan depan dateline harini aku dah start buat report memang nak buat satu ayat pun susah sebab otak tak jalan.

bila dah siap tiba masa yang dinanti kena jejak uitm penang untuk submit.bukan main happy lagi aku dapat jumpa kawan2.duduk perlis memang forever alone aku.tsk.ohh ya masa hari submit report aku bajet pergi kampus masuk bilik lecturer letak report atas meja done boleh blah pergi suka ria kat jj.tapi tanggapan aku silap besar.

bukan main serabut aku pagi tu.start my day dengan realised yang hari tu hari isnin tapi aku tak bawak baju kurung.sungguh aku tak mau kena saman dengan pak guard.musnah rekod bersih aku kang nanti.nasib baik tok jadi penyelamat.pergi kampus pakai baju kurung tok.tsk.tu pun masa nak zip kain tarik napas tahan napas aku.nasib baik baju kurung tok kitew lawa2.buatnya macam baju orang tua.  T_T

sampai kampus aku dapat tau ada benda tak cukup untuk submit report.menapak pergi kolej untuk beli fail dgn fotostat bagai.turun lemak satu kilo.lepas tu cari bilik panel tak jumpa.sigh.banyak betul dugaan.




desprete punya pasal terpaksa submit borang penilaian guna fail kuning anak badak aku tu.nak jimat tenaga dan wang ringgit punya pasa.hukhuk

ni lorong wajib nak ke kelas.setiap hari lalu jalan ni.paling benci lalu time bulan puasa sebab dekat lorong ni ada kitchen.buatnya lalau masa bulan puasa time budak2 culinary tengah masak ke pergh boleh makruh puasa aku bau makanan.ohh me.wearing tok's baju kurung..hukhuk

selesa segala hal nak dekat pukul 5 petang.aku tengok orang pun dah nampak nasik sebab memang tak makan lagi untuk hari tu.pilih untuk makan kat kapitan.beriani ayam terbaik.


ok aku lapar bila tengok gambar ni balik..



then dua hari lepas tu tiba masa untuk present.cuak habaq hanggg..ni presentation terakhir untuk diploma.walaupun ada masalah sikit masa hari presentation tu biarlah.aku dah tak nak fikir.yang penting semua dah lepas dan aku dah cuba buat yang terbaik.

masa mar tengah present.aku tengah dup dap dup dap tunggu giliran.


maka dengan berakhir presentation tu,kira tamatlah pengajian aku selama 3 tahun.3 tahun yang penuh dengan pahit manis.tapi banyak sangat yang manis sampaikan yang pahit pun aku rasa manis.tengok balik kad matrix rasa macam baru semalam je beratur nak buat kad matrix ni masa semester 1. dah 3 tahun dah berlalu..

bila diingat ingat balik seronok pulak aku fikir.masa belajar kat penang dulu banyak dugaan.nak ulang alik pergi kelas pun susah.aku,alia,jannah dengan syahida mana ada transport nak ke kelas.bus uitm tu lah yang jadi kesayangan kami.bus tu pulak bukan tentu masa.orang lain tidur lagi,kami dah bangun awal2 sebab nak kejar bus.eh lupa pulak farid and faizal sekali.teman satu bus lah tu.time hujan jangan di kata la.basah pun basah la.bus tu pulak kadang2 macam mogok.time aku nak naik bukan nak muncul.elok dah bayar rm1.20 kat rapid baru bus nak sampai.rasa macam nak menangis je.rm1.20 untuk perjalanan sekangkang kera tu macam sungguh tak patut.rm1.20 tu boleh buat beli teh ais satu bungkus kat abc corner.tapi ada je pakcik rapid yang baik halal kan 20 sen tu.thanks pakcik :p. dan bila fikir2 balik,kami yang naik bus susah payah ni pun boleh pergi kelas,orang yang ada kenderaan lagi lah patut boleh pergi kelas kan?

lagi satu pasal makanan.masa awal sem bukan main meriah.tinggal nak hujung sem pandai2 la catu duit bagi cukup.time hujung2 sem tu duit syiling pun aku korek himpun2 sampai cukup.tak pun masak lauk ala kadar ke.telan megi ke.seronok zaman susah senang dengan kawan2.dan aku bersyukur bila aku susah senang pun orang kat sisi aku masih orang yang sama.thanks kawan2 untuk 3 tahun yang indah ni :)



lepas ni aku tak tahu lah bila akan ke penang pulak.so saat2 terakhir aku nikmati makanan kesukaan yang tak mungkin boleh dapat di perlis.

terima kasih penang untuk memory indah ini.nanti jumpa lagi ok?

Wednesday, February 29, 2012

29.02.2012

Assalamualaikum..
just wanna wish happy birthday for those who celebrate their birthday today. kesian kat hampa weh sambut birthday 4 tahun sekali. but that what makes you special la kan..orang lain mana adaa.susah nak carik okeh orang lahir 29 febuari.btw sebab lama sangat tak update i think i have to update my blog today.saja.gedik.lagipun 4 tahun kemudian baru nak ada tarikh ni balik kan?

btw i have finished my practical training. Alhamdulillah everything goes smoothly. markah pun bos dah bagi but now tengah sibuk berperang untuk complete my report. lega sangat sebab sekarang dah bebas dari situ.agak terseksa jiwa raga.kena maki kena marah tu lumrah.makanan harian tuu..

zaman bekerjaya serius susah.tanggungjawab besar.tersangat lah besar kalau nak compare dengan bayaran ciput tu.sobs.tak pe lah..bersyukur je untuk apa yang aku dapat.yang penting practical aku beres.tunggu nak lepas presentation je then dah boleh tunggu nak convo untuk diploma.cepatnya 3 tahun dah berlalu! :p

Thursday, January 19, 2012

online shopping with Pypy.Lamb Studio

zaman sekarang orang dah tak pergi kedai.semua beli online je.bukak internet,klik mana nak,buat payment then tunggu barang sampai.tapi aku tak minat pun.seumur hidup tak pernah nak online shopping.TAPI..dua hari lepas masa tengah online kat office,aku terjumpa new collection from PYPY.LAMB STUDIO by Liza Razak kat sini.

mula2 tengok terus in love dengan new collection ni!long necklace semua cantik2!semua aku berkenan!aku yang tak pernah2 pakai long necklace terus rasa nak beli!eh eh aku ada satu dan baru satu kali pakai.bila tengok yang ni rasa nak tambah collection.harga sangat berpatutan!terus book.then hari yang sama buat payment dan hari ni............




 i got my parcel :p

ngeh ngeh.eksaited bukan main aku..tak sabar tau..


tengok ni tengok ni!packaging comel je..suka sangat!rasa sayang je nak bukak!




maka...berikut adalah yang telah menjadi milik diriku..ngeh ngeh.


suka yang ni!unik!

yang ni my favourite!sebab animal print.pertama kali nampak terus book.tak fikir dua kali dah!


dan yang ni..masa tengok dalam blog nampak kecik.bila dapat,size dia seperti yang diimpikan.terus lompat2 suka!

dan yang paling best dapat gift from my friend :)




Dear Liza,saya suka sangat!thanks for the gift!nanti ada new collection masa collection duit saya tengah ada saya shopping lagi! :p

dan untuk anda2 kat sana yang suka barang2 vintage dan suka shopping macam aku, sila-sila  melawat Pypy.Lamb Studio.anda pasti berpuas hati!aku suka baju.tapi tak ada size.tsk.tak pelah.dapat beli necklace ni pun dah suka suki.

selamat bershopping juga! :p

Tuesday, January 17, 2012

sawasdekarpp!hatyai mari~ (part 2)

sambungan daripada entry ini~

balik jee dari pekena teh ais dengan charkuew terus balik ke hotel.penat punya pasal tidur sampai ke pagi tak sedar apa.celik mata dah pagi..eh lupa nak bagitau.ke dah bagitau ke kat entry part 1?tak sure pulak.masa thailand lambat sejam daripada masa kat malaysia.

esoknya bangun pagi siap2 tak sabar nak check out hotel.mana taknya perut lapar satu hal.excited nak jalan2 pun satu hal.tapi kan seriuosly masa kat hatyai ni aku mesti tak sabar nak makan.sebab makanan sedap2! *eh tapi kat malaysia pun aku keje makan jugak =.=*

untuk sarapan pagi kami ke satu kompleks ni.jangan tanya nama kat aku.sepatah apa pun nama dia aku tak ingat.ampunnn.memang tak layak nak jadi tourism person macam ni.aiseh..senang cakap tempat ni  macam bazar sikit kot.bukan shopping complex yang canggih2 tu.lebih kurang macam kompleks kat padang besar tu tapi yang ni laaaagi besar dan laaaaaaaagi banyak kedai.kat tingkat atas sekali food court.banyak pilihan kedai makan.boleh pilih mana suka.dan mostly muslim food.jangan risau.

muka ceria menanti sarapan pagi.mulakan hari dengan senyuman!

kau tengok!kau tengok!budak 6 tahun pakai dslr.kau hadoo?ahaha

btw budak kecik kerinting  ni sepupu aku.aisyah namanya.rilek je bapak dia bagi dia bawak ke hulu ke hilir camera mahal tu.kalau aku dah seriau dah.kang jatuh berderai apa pun tak boleh.eh btw budak ni hebat wooh.rata ceruk dunia dah sampai.korea dah jejak.london dah pergi.aku yang umur 21 tahun ni pun baru lepas sempadan siam.sadis.tsk.untungla lah hangg ecah oiiiii *nadacemburu*

usha2 pilihan makanan kat food court ni.pukul 8 pagi dah siap pilihan lauk untuk makan dengan nasik putih.yang goreng2 pun ada.kalau rindu tanah melayu,roti canai pun ada.tapi apa barang makan roti canai.makan masakan Thai la kan.aku order nasi goreng paprik.nak tengok apa beza malaysia dengan thailand.


ni rupa dia.yang aku dapat nasik paprik.sedap!pedas!banyak cili!banyak isi.ada ayam daging udang sotong dengan sayur sekali.ohh dia hidang dengan sup satu mangkuk besar plus ulam dengan sambal belacan.memang puas hati sarapan!suka suka!

ni rupa food court tu.tak ramai orang.selesa dan  yang paling penting bersih.one thing yang aku suka pasal hatyai ni toilet dia memang bersih dan selesa.aku imagine toilet public kotor.tapi tak..toilet2 yang aku masuk memang memuaskan.ada yang lagi bersih daripada tandas awam kat malaysia ni.memang malu la kalau compare dengan toilet kat malaysia.but then still sayang malaysia. :p

pemandangan kat bawah.banyak sangat kedai.buah2 kat sini fresh dan manis.





nampak tak kat belakang tu nampak tak?getis kan aku dan kak ngah?awwww~

haaaaa ni part yang boleh buat shopaholic tak tahan.cuba tengok.nampak beg2 yang melambak tu?ni baru pandangan jauh.belum pandangan dekat.aku dah gatal tangan dah tengok dari jauh.tak sabar nak turun!



sibuk tawar menawar

orang lelaki boleh cari bangku tunggu kat tepi okay.sila beri laluan orang nak shopping.hihi 

sebabkan masing2 dah gila tengok barang my family dah scatered habis dah.dua orang pergi sana.tiga orang pergi sni.empat orang naik atas.tiga orang turun bawah.haha.kelakar betul.semua dah rambang mata tengok barang.last2 janji tunggu kat kereta.senang.ni antara yang sampai awal.camhore le masing2.i end up tak beli apa2 pun.tsk.



view pekan hatyai.

ni ilman.sepupu jugak.abang kepada si ecah tadi tu.dah besar dah..hensem dah sekarang...TAPI!


terus tak hensem bila macam ni =..=


ohh yang ni maintain.kewl le konon tuuu.ahahah

selesai semua sesi penuhkan barang dalam bonet kereta,masuk kereta tidur balik.eh eh.kali ni perjalanan diteruskan ke songkhla pulak.kami nak ke pantai duyung yang feymes tu.ok again jangan tanya nama pantai.aku tak ingat.tsk

sebelum mata pejam.

haa!tiba2 aku teringat.nak story ni.masa masuk2 kereta kan penat2 selekeh je masing2,semua dahaga,then tok chik aku tu pas la kat kami sunthing like vitagen.sikit punya sedap aku minum tiba2 aku nampak ni.



_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
__
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
-
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
__
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_

_
_
_
_
__
_
_
_





nampak tak?nampak tak?tok chik aku bagi yang 0% FAT.thanks tok chik thanks.sungguh inspiring untuk kurus. T_T

okay kembali kepada cerita.sejam perjalanan jugak dari hatyai sampai ke pantai ni.aku imagine pantai orang berjemur dan berenang bagai.berenang la sangat tengok ombak menghempas pantai kuat gila.kalau nak hanyut silakan la berenang.




pantai ni feymes dengan patung duyung ni la.berebut okeh pakat2 nak ambik gambar dengan duyung tu.masa kami sampai ada group mana ntah tengah ambik gambar.then group aku yang ramai ni usha je diorang sambil tunggu turn.diorang malu terus blah.kami pun apa lagi yes boleh ambik gambo.ehehe.

serbu.

gambar kecik -.-''

nampak tak duyung?nampak tak?



aku gelak guling2 tengok gambar ni!paksu..paksu...muka gatal!ahaha.













dan itulah ceritanya short trip aku ke hatyai.actually kan lepas pergi pantai tu ada singgah makan lagi.tapi situ tak sedap sangat so taknak promote sangat.muahahahha.gambar pun tak ambik.btw silalah melawat hatyai.kos rendah tapi banyak benda menarik :)



add on:looking foward for next acation.ngehngeh. ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...