skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Friday, July 29, 2011

rezeki jatuh ke riba di hari jumaat

aku punya fakulti,fakulti of hotel and tourism management ni ada hotel sendiri bagi memudahkan para pelajarnya mempelajari secara amali silibus pembelajaran mereka.senang cakap budak culinary boleh masuk dapur and masak,budak hotel management boleh masuk hotel then buat apa yang patut dengan hotel.begitulah jua dengan course2 yang lain.ok harap anda paham intro saya untuk hari ini.

sekarang meh sini kita link kan intro dengan apa yang saya cuba nak sampaikan.budak2 kelas masak memasak ni kena buat klas serving yang mana of cos le kena serve orang makanan kann.jadi mereka2 itu harus cari customer nak kena serve.kalau teringin nak makan makanan hotel dengan harga murah boleh le datang.bukan senang en nak makan hotel murah2.jadi semalam nadia maisarah offer satu table FREE.nampak tak di situ saya capslock kan.FREE weh.dah tu kau ingat aku nak tolak?ohh memang tak!tiba2 terus rasa nak peluk cium mayy yang bagi makan free.i lapp u lah mayy!



table setting
 dulu first time aku makan kat hote uitm masa test table manner untuk subject business etiquete.sumpah lame gyla.sem 4 baru jejak makan kat hotel.time tu untuk sesi makan sopan tuh.time tu semua table setting ni nak kena hapal ni.jenuh le aku yang anak melayu jati ni.makan macam melayu je kan senang?lipat lengan baju,basuh tangan,baca bismillah dengan doa then ngap.ni tidak.sampai serabut meja dengan sudu garpu berbatang batang nak buat apa?susahkan aku je!

menu card
nanti kalau datang makan sini dia akan bagi itu course.ada la appetiser sampai ke desserts semua.then kita boleh pilih nak apa untuk main course,ada dua pilihan.selalunya ikan dengan ayam.satu table kan 4 orang,dua kena pilih ayam,dua kena pilih ikan.nanti pandai2 la main osom kat situ ye.

ni alia

ni syahida

tuan tanah.aku suka sungguhh lighting sini!tengok muka aku yang kelihatan sungguh fake flawless nye.muahahah

ini mayy


ini appetiser.jangan tnya aku apa nama.tak ingat.

mushroom soup

ni main course.aku pilih ikan.sebab senang nak makan.ayam aku tau susah.haha

ni ayam

dessert.aku pilih banana cake.nama benda ni pendek.maka ni je le yang aku mampu ingat,hihi

ni mango cake .kot.eh lupa.dessert pun boleh pilih.

lastly boleh pilih tea or coffee.mine,tea
lepas kenyang makan,kami lepak2 dulu kat lobby hotel.meh sini meh nak tunjuk sikit rupa hotel uitm.




  okey lepas tu sesi memenuhkan memory camera.














sekian laporan dari saya. ;p

SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER: Saya Blogger Wanita

tak pernah2 aku join segmen.ni first time.hari tu aku tengok ada orang tu join segmen terus meriah follower.ni saja la nak try.mana tau kot2 boleh tambah follower macam orang tu kannn.

btw siapa yang berminat nak join sila kelik banner yeah.


Tuesday, July 26, 2011

mana aku letak ek?

kalau aku kena buat list kelemahan diri sendiri aku lah paling hebat.boleh gebang besar dan jadi pemenang.sebab well biasalaah diri ni manusia biasa penuh dengan kelemahan kan?dan salah satu kelemahan terbesar ialah aku ni careless campur nyanyuk.

macam mana aku punya careless tu?aku selalu letak my stuff merata rata then lupa mana letak.benda paling selalu aku 'hilangkan' ialah kunci kereta.lepas tu cuak sebab takut kena marah.hukhuk.maka untuk solution aku letak key chain gedabak kat kunci.konon2 senang nak detect.tapi kadang2 hilang jugak  T_T

hari tu pendrive aku hilang.ok2.tak hilang la sangat.aku yang tak tahu mana aku letak.punya cuak.sayang doe satu2nya pendrve 8 gb yang dapat free tuh.serabut aku time tu la nak pakai pendrive.tak kan aku nak hantar assigment satu page pakai hardisk kot?kau buang tabiat?dah kata hilang tu aku beli la yang baru.berat hati kau tahu?hukhuk.tup2 baru2 ni masa nak balik perlis aku jumpa pendrive tu dalam beg laptop. =.= celah mana bila masa aku letak kat situ pun aku tatau. *sigh*

then atas cruise hari tu aku hilang kad penting tuh.alaaa yang kad nak swap masa beli barang plus kunci bilik tuh.cuak tau?kalau kena bayar macam mana?kalau kena marah dengan lecturer macam mana?sobs.macam nak nagis jekk.nasib baik jumpa kat receptionist!

malu doe muda2 dah pelupa.buat jadi kena bahan dengan member je tau tak?huh.nak kata suka makan kepala ikan tak pulak.apa masalah ntah aku ni.dan ni yang latest jam aku.hilang.AGAIN.ok aku tak nak cakap hilang.aku tau ada somewhere dalam rumah ni cuma tak tahu celah mana aku letak.damn.benci ahh macam ni.sumpah tak selesa tak pakai jam.tu benda wajib aku pakai tahu?kalau tak pakai dah terserlah kulit belang2 bekas jam kat tangan yang bertone kulit gelap.demm!mana jam aku!!!!!!!!!!grrrr~

Monday, July 11, 2011

jerejak rainforest resort.day 2.

mari sambung cerita dengan day 2.lepas penat lelah kena tinggal dalam hutan semalam,macam biasa pagi tu mula liat nak bangun pagi.tapi gagahkan jugak bangun sebab nak tengok orang tu.hihi

aktiviti pertama ialah jungle terking.sambil tunggu nak mula,pakat2 dok main ular hak milik staff kat sini.aku?neverminddd.aku tengok je la.


b4 masuk hutan kena panaskan badan dulu


aku penah buat jungle trekking b4 ni.maka cuak jugak.aku ni stamina bukan tinggi pun.tapi try jugak.takkan nak elak?tapi seriously penat weh!!!!!!trek dia curam.naik bukit turun bukit.penat nak mampos!aku macam nak menangis je.bila nak habis pun tatau la.tapi berkat semangat kawan2 aku,aku teruskan jugak.even aku memang kat belakang,ada je junior aku yang tunggu.ada je kawan yang tunggu bagi semangat.thanks :') ohh lupa lak.anda tau kan sejarah pulau jerejak?ni dulu kawasan penjara dengan tempat orang sakit kusta.jadi jungle trekking ni nak bawak kita tengok tempat tinggalan tu la.

ni dulu sumber air pesakit kusta.diorang yang buat sendiri


dapur pesakit kusta

haaa.ni area penjara!


bilik tahanan


see?1930.dah berapa tahun?kira sendiri



 then masa trekking tu terjumpa tempat night solo drop semalam.
nampak tak belerang?

yang ni sumpah tak bole blah.nampak tak betapa dekatnya kami antara satu sama lain? =.=


titi gantung.tapi aku tak lalu sini sebab tak ambik pakej ni.
 balik dari treking yang memakan masa sejam setengah(hampir dua jam actually) rehat dalam 20 minit them sambung main tresure hunt.lari2 pulak!kan aku cakap boleh pecah lemak kalau kat sini?

kira wall climbing punya wall
 main punya main dapat number 3!even kami paling lambat habis,tapi point kami banyak jawapan yang betul.maka hadiah lagi..hihi.

2nd place

1st place
 lepas main terus lunch.last day baru dapat makan semeja ramai2 =.=


 lepas makan balik bilik pack barang then ready nak balik.sumpah sedih! i had so much fun dekat sana...
picture bersama guide


nak pergi jerejak lagi bole?

p/s:ini orang yang buat saya lagi taknak balik.hihi ;p




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...