skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.
Showing posts with label my thoughts. Show all posts
Showing posts with label my thoughts. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

I am back!

aku tak tahu kenapa.lately aku dah macam bukan diri sendiri.tengok cermin lepas tu menyampah dekat diri sendiri sebab gemuk.sebab banyak lemak.padahal aku rasa aku bukan macam tu dulu.

dulu aku tak kisah pun rupa aku macam mana.especially bab fizikal.terus terang aku cakap,perasaan nak kurus tu cuma 20% daripada diri aku.80% daripada tu tak teringin.sebab bagi aku,BAGI AKU LA tapi orang lain tak pernah cakap pun.bagi aku aku rasa macam aku dah cantik macam ni *bolehmuntahsekarang* .seriuosly.sebab dulu aku cukup yakin dengan diri aku.aku lansung tak ada masalah dengan size badan aku.

orang cakap muka bulat jangan pakai selendang.aku hentam ja pakai selendang macam yuna tu.mak caq siap cakap dengan nada gurau aku dah macam bulan mengambang.aku siap boleh gelak.sikit pun aku tak terasa apa-apa.dan aku jugak pernah keluaq pakai inner syiria yang melekat kat muka tu.memang bulan mengambang kuasa tiga!

orang cakap kalau gemuk pakai baju gelap.bagi nampak kurus sikit.tapi aku hentam ja pakai baju warna putih.aku hentam pakai baju kaler terang-terang.sebab apa?sebab aku yakin dengan diri aku.itu aku yang dulu.

but then aku makin rasa semua tu makin pudar.semangat aku dah hilang sikit demi sedikit.and I hate that part of my self.dan salah satu faktor yang melemahkan semangat aku ialah pandangan negatif orang ramai.masyarakat kita dah set dalam kepala otak yang kurus tu cantik.kurus tu jelita.gemuk tu buruk.gemuk tu busuk.sebab this kind of attitude orang gemuk terus jadi low self esteem and terus rasa macam nak lari sembunyi dalam gua.

masa minggu orientasi aku kat UiTM dulu,I met a girl yang plus size macam aku.tapi tersangat sangat malu!masa orang buat bulatan,dia duduk hampir2 membelakangkan orang lain.bila bercakap muka tunduk bawah.aku faham sangat2 perasaan dia.sebab aku napak budak laki tengok dia and bisik2.untuk orang plus size,that kind of perbuatan memang sungguh boleh merompak keyakinan diri!aku taknak jadi macam tu.dan aku rasa macam nak je pergi kat budak tu and cakap dekat dia yang 'its okay.just ignore pandangan orang lain!' tapi aku tak mampu nak cakap macam tu dekat dia *sigh*

then hari tu aku jumpa fauzan.dia cakap dia buat aku sebagai inspirasi. *pengsan* dia cakap dia tengok aku then dia start pakai colourful punya pakaian,start pakai colurful punya selendang and siap pakai pump heel pergi office.sebab before this fauzan tu pakai baju hitam je keje dia =..=.then terus aku rasa macam,MasyaAllah,kalau orang lain boleh jadi yakin sebab aku so kenapa aku nak hilangkan keyakinan diri sendiri?

then again aku regain aku punya semangat bila tengok Safiyya tadi.kalau orang lain boleh confident tahap maksima,kenapa aku tak boleh?yang penting aku sihat.kalau orang lain nak tunggang terbalik diet go on.sebab buat masa ni aku belum rasa nak buat macam tu.bak kata someone(serius tak ingat nama) dalam Safiyya tadi,being plus size ni special.sebab bukan semua orang macam ni.betul la tu.cuba ambik 10 orang gadis randomly.dalam sepuluh tu boleh kata 9 kurus slim melim and there's one girl yang plus size gebu comel.tak ke special tu? 

Sunday, January 1, 2012

entry 2012

tengah syok layan lagu sedih tiba2 kat luar bunga api berdentum.kacau mood jiwang aku malam2 ni.ohh btw dah 2012 rupanya.2011 dah lepas.memory 2011 dah tersimpan rapi dalam kepala dan jugak hard disk.i mean real punya hard disk.sebab nak save gambar2 2011.banyak kenangan.banyak memori.banyak peristiwa yang terjadi dalam hidup.yang manis aku simpan yang pahit pun aku simpan yang masam pun aku simpan.bukan mudah nak lupakan sesuatu kan?

for 2012 i just hoping the best for my self.aiming to achieve something higher than i used to achieve.and mybe i should start to become more mature.sebab dah practically 21.tua dah tu.should start take everything seriuosly.cuba untuk berfikir lebih matang.i'll try.

2012.belum tahu apa yang bakal terjadi.moga dipermudahkan segalanya.InsyaAllah.

Wednesday, November 2, 2011

How Confidence Has Changed My Life

i have to admit.i think i have the lowest confident level compare to others.my biggest obstacle in gaining my confidence level should be my body.being around skinny and 'non-fat' friends made my confidence level become low.to speak in front others memang bukan benda yang aku akan buat.i was a pasif person.lansung tak aktif.tak involve pun dalam mana2 persatuan since sekolah rendah.then bila sekolah menengah,same things keep happen.

but as i grew up,my environtment change and i've met many wonderful people that transform me to become a better person.uitm buat hidup aku berubah.being a tourism students force me to 'bukak mulut'.macam mana nak jadi tourism person kalau bercakap pun tak nak kan?then aku start become aktive.dalam kelas banyak cakap.tak segan silu lagi nak menjawab or bagi opinion dalam kelas (which was benda yang aku tak buat sangat masa sekolah).then i've started to invole dengan PYOTA(penang youth tourism association).i've become a committe member.started to lead a project on my own even tak grand mana.then involve dengan charity program.sebab PYOTA la aku ada peluang untuk being interview by TV3 and being watch by satu malaysia dalam rancangan BERSAMAMU!(aku jadi sukarelawan untuk rancangan tu).

then bila jadi tourism person dah kena start cakap depan orang.kalau dulu depan classmates sendiri pun aku segan sangat.but then sejak masuk uitm cuak tu dah kurang.tak sebanyak dulu.nak kata tak cuak lansung tu tipu sangat la kan?macam mana tak kurang kalau hampir setiap minggu nak kena present depan kelas.so makin lama rasa takut memang kurang.

bila aku jadi semakin yakin dengan diri sendiri,i think my life shange 360 darjah.my life change from dull and boring to a colourful life.seronok  bila exposed kepada dunia luar.

bila hidup aku dah berubah,i realise yang size doesnt matter lagi.i mean being a plus size women bukan alasan untuk aku malu and sia-siakan my life.i just have to ignored what people said and just live my life.size bukan faktor penghalang.yang penting keyakinan.and that's how confidence has change my life.


add on!

bila rasa diri dah yakin,nak menggetis depan camera pun bukan masalah even banyak mata memandang.haha
:p

psttt:walaupun ku tau grammar tunggang langgang,still yakin jugak nak menaip entry rojak ini!ahaha.apa salahnya.its about beeing confident kan? :p

Monday, September 19, 2011

fesyen

few days back aku ada tengok cerita HIP TV.yang kat tv 9 tu.then ada satu segmen.segmen penyampai hot fm tunjuk baju raya masing2 then penonton kena nilai baju raya diorang ni.aku tak setuju sangat dengan segmen tu.sebab si penonton tu kutuk macam2 baju raya penyampai hot fm tu.

'out of date'

'warna merah sangat'

'liplap sangat' 

lebih kurang macam tu la komen2 diorang.tapi mostly negatif.aku taktau la macam mana yang elok di mata orang2 tu.sebab aku tengok elok je.cantik je.

serius aku tak faham erti fesyen.yang aku tengok cantik,yang tu la kena kutuk dengan orang2 fesyen.yang buruk di mata aku tu la yang dipuji dunia fesyen.huhu

dan sebab fesyen lah orang kena sentiasa update wardrobe.kena ikut perkembangan semasa katanya.dan for those yang tak ikut akan kena kutuk macam penonton yang mengutuk tadi tu.

aduii.salah besar ke kalau orang tak ikut peredaran fesyen?kadang2 sebab fesyen ni orang membazir wang ringgit untuk nampak cantik.aku tak kisah pun orang nak berfesyen.cuma tak payah la kutuk orang2 yang tak berfesyen.kesian kot.diorang pun ada hati dan perasaan.

yang penting bersih,kemas dan tutup aurat kat?

Thursday, September 8, 2011

diskriminasi size size

gemuk2 aku ni pun.aku suka fesyen.i might not that fashionable la.aku pakai pun macam disaster.tak ikut peredaran zaman punya fesyen pun.but.macam mana pun aku still macam perempuan lain jugak.suka tengok baju cantik2.suka window shopping.suka shopping.

TAPI.setiap kali aku nak  shopping i'll face the same problem.SIZE.baju tu dah elok2 dah aku berkenan.cantik molek dah!sekali bila aku tanya size..

'tak ada size besar la'

=.=

dah tu kalau semua baju size kecik cinonet macam size baju adik aku je,orang2 besar macam aku nak pakai apa?kain guni?selalunya kalau baju size aku,memang out of trend punya baju.baju stok makcik2 punya.nak aku jadi macam makcik2 jugak eh kalau aku pakai baju tu?

aku selalu terfikir.apa salahnya kalau baju yang cantik2 tu buat versi besar2 sekali.bukan susah.design sama.tambah kain je lebih sikit.ok tambah kain banyak.yang penting biar semua orang boleh pakai.biar semua orang boleh merasa.

bila aku komplen bising2 macam ni,people might say.


'apasal ko tak kurus je?kan senang?'

jawapannya senang.aku selesa dengan diri aku.badan aku macam ni aku selesa.aku boleh hidup.dan aku rasa bukan aku je rasa macam tu.ada je yang lain2 kat luar tu selesa being chubby and big.sebab tak semestinya kena kurus untuk rasa bahagia dan yakin dengan diri dan tubuh badan sendiri kan?besar2 aku pun aku rasa macam sexy je?hahahaha.ok joking.back to topic.sebab tu aku tak kurus.and lagi satu,bukan senang nak kurus kan?dan ada je yang jadi plus size sebab masalah kesihatan.jadi kena la terima fizikal diri macam mana pun.

so pengeluar2 kena la menepati kehendak and demand orang2 macam aku.susah sungguh kalau nak cari baju seluar.semua stok size kecik2.dan bukan semua tempat ada jual plus size punya baju.maybe kat kl ada jual.tapi yang tak stay kat kl ni macam mana?even online pun aku belum jumpa online store yang jual plus size baju yang cantik.ada la satu.tapi standard la.baju tak cantik.

kalau semua kedai tak jual size besar2,then orang gemuk tak ada peluang la nak pakai maxi dress.tak ada peluang nak pakai dress.tak ada peluang nak pakai skirt.tak ada peluang nak pakai lawa2.kalau macam tu orang gemuk macam aku pakai baju kedah dengan kain batik then duduk rumah diam2.macam tu eh?

p/s:kalau ada jumpa online store yang jual plus size outfit,tell me.nak usha. 

p/s 2 :orang kata orang gemuk kena pakai baju warna gelap.kena pakai baju hitam.puihh.SALAH.





siapa cakap orang gemuk tak boleh pakai warna putih? :p

Thursday, August 18, 2011

mereka layak dihormati

bagi aku kerja seorang guru sangat mulia.ok fine.kang ada yang buat tak faham bahasa.eh guru je?takkk.bukan guru je.semua orang yang kerjanya bagi ilmu kat orang.cikgu,pensyarah,ustazah,ustaz,teacher,eh semualah.sebab tu orang2 zaman dulu sangat hormat dengan kerjaya cikgu ni.sebab tu zaman dulu parents kalau anak kena marah dengan cikgu,mak bapak marah anak balik.sebab tu anak2 zaman dulu kalau kena marah dengan cikgu pun balik rumah diam ketaq lutut.berani nak bagitau bapak?nak mampos?tapi zaman sekarang apa cerita?kalau cikgu marah anak.siap la cikgu tunggu surat saman mahkamah.sekarang nak tegur student pun tak boleh.kes cikgu bunuh dera student kita tolak tepi dulu.yang tu tak boleh pakai punya cikgu.ni kita nak cakap pasal cikgu yang boleh pakai.

macam aku cakap tadi.zaman dulu orang cukup hormat dengan tenaga pengajar.student cukup takut nak melawan.tapi sekarang?kadang2 aku rasa ramai yang dah hilang hormat dengan tenaga pengajar.lagi2 kalau tenaga pengajar tu muda.lagi la senang dipijak pijak kepala.

kadang2 bila orang tengah mengajar,cakap dalam kelas tu fenomena biasa.finelaahh.nak fikir positif maybe tengah discuss ke apa kan?tapi kalau suara student lagi kuat dari suara lecturer tu sendiri aku rasa macam dah tak proper.nak discuss pun boleh je dengan nada suara rendah kan?bagi aku kinda rude.tak tahu lah bagi orang lain kan?tapi ntah lah..kadang2 aku rasa ada je yang sengaja bising2 dalam kelas.buat tak tahu je bila orang cakap.hmm..tak patut kan semua tu?

zaman sekarang punya situasi,tenaga pengajar yang tunggu pelajar.tenaga pengajar masuk on time,pelajar masuk memang out of time.suka hati nak datang pukul berapa.kesian lorgh kat tenaga pengajar.ingat tu kelas  kau punya?

pelajar zaman sekarang bahasa kalau bercakap dengan tenaga pengajar memang dah tak ada sempadan.hilang segala hormat.dah tak fikir yang walau macam mana kamceng pun kita dengan mereka,batas kena ada.ni sampai kalau diorang terasa hati,elok ke tu?

dan aku selalu tengok.zaman sekarang orang suka sangat ajuk pelakuan tenaga pengajar.gelakkan mereka.ajuk mereka.cuba kalau mereka nampak,mereka dengar.tak ke sakit hati?kita sendiri pun ada kelemahan dan kekurangan kan?so rasanya tak perlu kott nak ajuk kelemahan orang.kalau kita yang terkena,rasanya kita pun sakit hati kan?

kadang2 maybe kita ingat tu perkara biasa.tapi bila umur dah besar panjang otak yang Allah bagi tu dah boleh pakai kot rasanya.cuba fikir balik apa yang patut apa yang tak.sebab once kita lukakan hati mereka,sekali ilmu tu tak halal,satu apa pun tak masuk otak.tu ayat cikgu aku sendiri cakap,aku ingat sampai sekarang.

ni entry bukan nak tunjuk aku ni baik sangat ke apa.sekadar peringatan dan renungan bersama.untuk aku sendiri jugak.ni kang ada pulak cakap aku skema lah apa laa.nak cakap pun cakap la.ada aku kesah?haha

p/s:entry ni dibuat setelah dengar luahan hati insan2 yang bergelar tenaga pengajar yang rapat dengan aku.bukan sengaja atau rekaan semata mata.

Saturday, August 13, 2011

jam melayu

pernah dengar jam melayu?tak bukan.aku bukan cuba nak menjadi racist  di sini tapi ini reality.jam melayu tu bagi aku penghinaan terhadap kita.tapi reality.jam melayu tu senang cakap nak menggambarkan betapa lambat dan tidak menepati masanya orang melayu.bila dengar orang cakap macam tu terasa macam dihina pulak kan?tapi nak buat macam mana dah memang realiti orang kita lambat.

sekalung tahniah kepada orang melayu yang menepati masa dan tak lambat.kalian ni lah golongan yang cuba membersihkan nama orang melayu.tapi aku rasa belum cukup nak cover sebilangan besar orang melayu yang suka lambat ni.

aku mengaku.aku ni bukan lah menepati masa sangat.jadi entry ni untuk diri sendiri dan golongan2 yang selalu lambat.

aku budak uitm.tak ada bangsa lain kat sini.yang ada cuma melayu.jadi kalau kata kelas pukul 8,pukul 8.30 baru ada yang terhegeh hegeh nak sampai.8.30 tu kira baru kelas nak penuh.padahal ikut time table pukul 8 tu dah start kelas.bukannya pukul 8 tu baru terkial kial nak bangun nak terkedek kedek bersiap.dan situasi biasa lah tu kalau lecturer tunggu student.bukan sebaliknya.

haruslah semua pernah dengar betapa orang jepun menepati masa.even pengangkutan awam.kalau bus pukul 3,kau sampai 3.01 minit memang makan asap.tapi itu menurut pembacaan aku tentang situasi jepun.correct me if im wrong.aku belum ada rezeki nak jejak kaki ke sana.jadi tu lah yang aku tau pasal jepun.menepati masa.

orang kita pulak bila nak berubah?janji pukul 5,pukul 5 tu on the way.heh.on the way la sangat.on the way dekat rumah baru nak siap segala bagai.

aku sendiri pun bukan yang punctual sangat.jadi sebab tu aku rasa macam perlu berubah.tapi bukan aku seorang.semua manusia2 atas muka bumi ni tak kira lah bangsa apa sekali pun.lepas ni kita cepat sikit ok?jangan nak menyusahkan orang lain dengan sikap lambat dan lembab kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...