skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Friday, May 4, 2012

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

sebelum aku dicop sebagai rakyat Malaysia yang tak kenang budi dan jasa,dengan ini aku nak mulakan entry dengan jutaan terima kasih kepada kerajaan malaysia atas pemberian bauncer buku satu malaysia dan jugak bantuan rakyat 1 malaysia.maceh na?

cuma kat entry ni aku nak share pengalaman sebagai penerima BR1M.actually bukan la aku yang terima.aku cuma rasa apa yang penerima bantuan tu rasa.

alkisah macam ni.tadi aku teman tok ndak aku untuk pergi ambik BR1M tu.kalau ikut jadual,majlis akan bermula jam 2.30 petang.jadi aku dengan tok ndak decide pergi awal sikit.mana tau cepat pergi cepat la boleh balik.sampai sana around 2.10 ptg.tu pun dah ramai umat manusia.

mula2 kena daftar dulu kat kaunter.tapi masalahnya orang kat kaunter tak sampai2 pun lagi even jam dah 2.30 lebih.padahal penerima bantuan dah penuh segenap ruang.dengan cuaca panas nya.tempat duduk tak cukup.kesian aku tengok orang2 tua dengan orang yang kurang upaya.macam-macam ada.yang datang dengan tongkat.dengan kerusi roda..kesiann.

nak dekat 2.50 baru lah nampak batang hidung staff yang bertugas dekat kaunter then barulah boleh mula proses pendaftaran.masa tu tok ndak aku dah rasa tak berapa nak sedap badan sebab tok ndak ada masalah jantung sikit.dah siap daftar cepat masuk dalam dewan.nasib baik la dewan ada aircond kalau tak boleh pengsan tunggu!

aku ingat bila dah habis daftar dah lega dah.rupanya tak.sebab kena tunggu proses pemberian bantuan pulak.adess.yang ni satu hal.tunggu punya tunggu bukan main lama tapi masih tak bermula.masa aku tengah tunggu tu ada seorang makcik approach aku.katanya dia dah tak mampu nak tunggu.dia datang dengan tongkat sebab kaki dia sakit.dia cakap dia dah tak boleh tunggu,dah tak tahan sakit kaki sebab tadi kena berdiri masa tunggu proses pendaftaran.kesian aku tengok dia.dia mintak aku pimpin sampai kereta.aku tolong hantar dia.tu baru seorang.yang lain aku tak tahu lah macam mana rasa kena tunggu macam tu.

tok ndak aku pun dapat tau yang rupanya baucer tu boleh claim dekat bank.tok ndak yang memang tak sedap badan terus ajak aku balik.dia cakap dia takut rebah kat situ nanti susah.masa aku balik jam 5 petang tadi VIP masih tak sampai.majlis masih tak mula.dan aku tak pasti bila majlis akan mula dan berakhir.

pasal bantuan tu aku setuju sebab boleh ringankan beban rakyat.tapi cara pemberian tu.hmm.mostly penerima warga emas,orang kurang upaya.yang bawak anak-anak kecik pun ramai.kesian terpaksa tunggu lama.aku terkilan sebab staf sampai lambat.KALAU PENERIMA BOLEH SAMPAI LEBIH AWAL,KENAPA BUKAN URUSETIA?kesian tengok orang kena tunggu.

VIP pun lambat sampai.yelah aku faham.VIP orang penting.banyak kerja.orang yang lebih susah dan tak mampu ni kena lah tunggu.dah orang nak bantu tak boleh nak complaign.kalau tak nanti orang cakap tak bersyukur.

aku tak sure pulak macam mana flow majlis bila dah start.apa yang aku harapkan tak ada ceramah berunsur politik macam aku selalu alami masa nak terima bantuan untuk anak yatim dulu.aku harap majlis boleh mula dengan cepat dan bantuan boleh terus diberi.aku harap macam tu lah.

ini bukan entry tak bersyukur atau nak merungut,sekadar nak berkongsi pengalaman.and again,terima kasih atas bantuan yang diberi.

p/s:tak ramai yang tau bantuan boleh claim kat bank.so mereka tunggu sampai majlis mula and habis.

Thursday, May 3, 2012

kenduri kendara kenduru

this few days back i was super duper busy.one of my relatives get married last sunday and yang kahwin tu saudara yang rapat,so i was involved in her wedding process from A-Z.aku punya sibuk dah tahap macam aku yang nak kahwin.and bila aku cakap aku involved from A-Z, aku incharge from petik daun inai plus giling daun inai untuk pengantin,prepare the door gift,bawak the bride pergi jumpa mak andam,sampailah kepada habiskan lauk pauk kenduri.ehehe.


preparation started few days before hari kenduri.one thing yang best pasal kenduri ialah ramai2 berhimpun bersembang panjang sambil tolong2 apa yang patut.sayangnya kenduri ni guna khidmat katering.kalau tak mesti lagi best.dulu2 kalau kenduri orang kampung masak sendiri.aku selalu jugak ikut tok pergi siang bawang.yelah kan masak sendiri,so kena la potong bawang ,siang ikan bagai.time tu best je rasa.meriah.sekarang ni semua pakat guna katering je.hmm.dah hilang satu kemeriahan kenduri.


apart from door gift,ni baru sebahagian.door gift baaaaaanyak nak kena buat.

pengantin nikah hari Jumaat.tapi masa nikah ni panggil kaum keluarga terdekat ja.yang baju biru ni masa akad nikah.ohh ya the bride ni sepupu kepada arwah abah.i supposed to call her mak long liza.tapi taknak kalah panggil aunty liza.ngeh ngeh.and her husband,we called him uncle joe.lagi taknak kalah =.= btw masa malam akad nikah satu keping gambar aku pun takdak.sebab sibuk basuh pinggan kat dapur.



hari sabtu laaagilah aku busy.sebab rumah sendiri pun nak kena kemas.semua kazen balik.yeayy!then petik daun inai dengan tok.lepas tu guna cara paling manual iaitu giling dengan tangan.tok ngah aku boleh pulak gelak tengok aku giling inai.mencik tau.hilang keyakinan!

hari ahad hari kenduri.aku dengan kak ngah bawak aunty lizapergi bersiap.mak andam sombong uolls.tak boleh tengok process make up.mencik.sebab bosan aku ajak kak ngah breakfast.kami punya breakfast pun taknak kalah.bukan nak cari nasik lemak or roti canai.

ambikk.sekali snack plate buat breakfast.breakfast la sangattt.eh jangan salahkan kami tau!kami datang pukul 10.45 a.m tp set breakfast dah habis.tak pasal2 kena makan snack plate tau!(padahal niat asal nak hentam secrete recipe tapi awal sangat secrete recipe pun tak bukak lagi)

balik je dari bawak pengantin bersiap,lepak dengan aunty liza kat bilik pengantin.masa tu tetamu tak datang lagi.so kami la yang conquer bilik pengantin tu.bajet macam bilik pengantin sendiri.hehe



ni je gambar pengantin yang aku ambik.ngehngeh,soryy.malas nak heret camera masa hari kenduri.tak cukup tangan weyy.mana nak makan nasik hujan panas dengan ayam masak merah sedap,mana nak makan bubur kacang lagii.kek lagii.sibuk tau sibuk?

bila dah setel semua,tetamu pun dah balik,dah siap kemas sikit-sikit,maka beramsur pulang lah kami.tapi bila cucu tok embun dah berhimpun mana lengkap kalau tak ada sesi photography.











last but not least nak ucap tahniah kepada aunty liza dengan uncle joe.semoga kekal sampai ke akhir hayat and cepat2 dapat baby comel! ;)

Sunday, April 15, 2012

I am back!

aku tak tahu kenapa.lately aku dah macam bukan diri sendiri.tengok cermin lepas tu menyampah dekat diri sendiri sebab gemuk.sebab banyak lemak.padahal aku rasa aku bukan macam tu dulu.

dulu aku tak kisah pun rupa aku macam mana.especially bab fizikal.terus terang aku cakap,perasaan nak kurus tu cuma 20% daripada diri aku.80% daripada tu tak teringin.sebab bagi aku,BAGI AKU LA tapi orang lain tak pernah cakap pun.bagi aku aku rasa macam aku dah cantik macam ni *bolehmuntahsekarang* .seriuosly.sebab dulu aku cukup yakin dengan diri aku.aku lansung tak ada masalah dengan size badan aku.

orang cakap muka bulat jangan pakai selendang.aku hentam ja pakai selendang macam yuna tu.mak caq siap cakap dengan nada gurau aku dah macam bulan mengambang.aku siap boleh gelak.sikit pun aku tak terasa apa-apa.dan aku jugak pernah keluaq pakai inner syiria yang melekat kat muka tu.memang bulan mengambang kuasa tiga!

orang cakap kalau gemuk pakai baju gelap.bagi nampak kurus sikit.tapi aku hentam ja pakai baju warna putih.aku hentam pakai baju kaler terang-terang.sebab apa?sebab aku yakin dengan diri aku.itu aku yang dulu.

but then aku makin rasa semua tu makin pudar.semangat aku dah hilang sikit demi sedikit.and I hate that part of my self.dan salah satu faktor yang melemahkan semangat aku ialah pandangan negatif orang ramai.masyarakat kita dah set dalam kepala otak yang kurus tu cantik.kurus tu jelita.gemuk tu buruk.gemuk tu busuk.sebab this kind of attitude orang gemuk terus jadi low self esteem and terus rasa macam nak lari sembunyi dalam gua.

masa minggu orientasi aku kat UiTM dulu,I met a girl yang plus size macam aku.tapi tersangat sangat malu!masa orang buat bulatan,dia duduk hampir2 membelakangkan orang lain.bila bercakap muka tunduk bawah.aku faham sangat2 perasaan dia.sebab aku napak budak laki tengok dia and bisik2.untuk orang plus size,that kind of perbuatan memang sungguh boleh merompak keyakinan diri!aku taknak jadi macam tu.dan aku rasa macam nak je pergi kat budak tu and cakap dekat dia yang 'its okay.just ignore pandangan orang lain!' tapi aku tak mampu nak cakap macam tu dekat dia *sigh*

then hari tu aku jumpa fauzan.dia cakap dia buat aku sebagai inspirasi. *pengsan* dia cakap dia tengok aku then dia start pakai colourful punya pakaian,start pakai colurful punya selendang and siap pakai pump heel pergi office.sebab before this fauzan tu pakai baju hitam je keje dia =..=.then terus aku rasa macam,MasyaAllah,kalau orang lain boleh jadi yakin sebab aku so kenapa aku nak hilangkan keyakinan diri sendiri?

then again aku regain aku punya semangat bila tengok Safiyya tadi.kalau orang lain boleh confident tahap maksima,kenapa aku tak boleh?yang penting aku sihat.kalau orang lain nak tunggang terbalik diet go on.sebab buat masa ni aku belum rasa nak buat macam tu.bak kata someone(serius tak ingat nama) dalam Safiyya tadi,being plus size ni special.sebab bukan semua orang macam ni.betul la tu.cuba ambik 10 orang gadis randomly.dalam sepuluh tu boleh kata 9 kurus slim melim and there's one girl yang plus size gebu comel.tak ke special tu? 

Saturday, April 14, 2012

kecewa

kalau ikut tajuk orang boleh tafsir mesti pasal cina.nope.tak ada kaitan lansung dengan cinta.nak cinta apa benda kalau bercinta pun tak?its okay.I'm just waiting for someone halal to me ;p

i'm just dissapointed with my self.at the age of 21,i did not have any achievement to be proud of.duit still kena mintak.seposen pun belum ada duit sendiri.study?masih kena hina dengan orang.body?masih out of shape.kerja?tak jumpa lagi.

these are only secebis benda yang aku boleh list.tapi satu pun tak boleh nak dibuat bangga.i just dissaponted with my self.

dalam masa yang sama kawan-kawan aku ada yang dah jumpa good job.dah earn duit sendiri yang cecah rm1000+ (dalam umur macam ni kalau boleh dapat banyak tu memang dah seronok tak sangga).ada yang dah bekerja di luar lingkungan kawasan rumah.padahal aku masih kat perlis.tu belum sebut pasal yang jumpa pasangan hidup.semua dah macam happy dengan hidup.

aku?looks like i am just a useless nora.

Monday, April 9, 2012

Journey to Universal Studio Singapore~ part 3

kita sambung cerita USS okay?

THE LOST WORLD


jurasic park ni ada banyak activity best!first aku try CANOPY FLYER.mula2 aku tengok track dia aku macam ohh okay.boleh naik ni tak extreme sangat ni.dan time aku pergi memang tak ada orang.kejap je beratur dah boleh naik.bila benda ni gerak je Ya Allah kecut perut aku!bagi orang lain biasa je kot tapi bagi aku..extremeee!

ni haa canopy flyer tu.aku cilok google je sbb tak ambik pic hari tu.
lepas tu aku try JURASSIC PARK RAPIDS ADVENTURE.yang ni best wei!aku naik sampai dua kali!TAPI kalau nak naik sila pakai rain coat!sebab yang ni memang korang akan basah kalau naik!nak save SILA BELI RAIN COAT KAT MALAYSIA sebab kalau kat sana plastic rain coat pun dah 3 dollar.cuba convert.nak dekat sepuluh hengget dah tu,rugi2.aku beli kat Tesco baru rm2.

ehsan google ye pic ni.haaa nanti kena duduk dalam benda kuning tu then dia akan gerak atas air,best!


lepas dah basah2 main air aku pergi tengok show kat WATER WORLD.show ni pun besttt!ternganga aku tengok weh!okay memang semua benda aku cakap tapi dah memang best pun nak buat macam mana kan?
masa show ni,ada certain seat tau.kalau duduk bawah dia tulis SOAK yang mana memang akan basah!atas sikit daripada soak ada SPLASH.kononnya basah2 manja gitew.kalau duduk atas sekali kering.kering la sangat!!!sebab masa aku pergi orang yang duduk atas pun basah skali.sebab orang2 yang buat show tu akan sembur air =.= 


tu tukang sembur air!
sebelum show start nampak macam tenang.tapi tenang2 air jangan disangka tiada letupan serta tembak menembak.

FAR FAR AWAY
dah habis meletup2 aku masuk tempat comel sikit.far far away.alaaa yg shrek tuu!kalau dah nama pun masuk tempat shrek,mesti tengok SHREK 4D ADVENTURE!


dalam shrek 4D adventure ni pendek kata korang akan terlompat lompat atas kerus,dibasahi hingus keldai and kaki kena kacau dengan labah-labah.hehe.taknak cerita lebih.korang pergi and rasa tau! ;p

lepas tu lepas tu aku dengan kak ngah naik ENCHANTED AIRWAYS.yang ni actually roller coster.aku bila nampak word roller coster tu kalau ikut hati tak nak naik dah.tapi bila baca description dekat map 'climb aboard this junior roller coster for a flight over far far away' bila baca JUNIOR ROLLER COSTER  tu terus aku fikir alaahh budak-budak punya ni boleh naik ni tak takut pun nii.TAPI.hakikatnya junior la sangat kan?terjerit jerit jugak aku bila naik.haihhhs.maybe aku yang penakut sangat kut?tapi ada nenek tua naik rilex je.malu aku =oo=

MADAGASCAR

kat madagascar ni aku naik  ride MADAGASCAR : A CRATE ADVENTURE. konsep dia lebih kurang macam naik rakit tapi rakit yang elok dan selesa laaa.then nanti rakit tu gerak atas air masuk terowong then boleh jumpa watak-watak madagascar menyanyi la apa la.yang ni kalau korang baca aku describe memang macam simple je buat again.BESTTT!


blur =..= sebab elok nak snap gambaq 'rakit' tu gerak.hmmphh

jadi tulah antara attraction yang ada kat USS.banyak sangat sebenarnya!tapi aku malas nak story semua.aku bagitau yang main je.hikhik..alaa nanti kalau korang pulak nak pergi tak supprise pulak en en en?tak gitu?eh btw,nanti kalau hampa pi USS cuaca panas wehhh!lepas tu nanti mesti dahaga en en?mesti nak ayaq sejuk en en?hampa jangan lupa try ayaq ni tau?rasa dia macam slurrpee kat 7e tu.boleh ambik sendiri and campur flavour.aku beli yang harga 4dollar50 cents sebab yang tu paling murah.muahaha.sebab beli yang murah dapat bekas plastic macam ni je sobs.



kalau hampa banyak duit boleh beli bekas macam yang kat atas ni.aku nak trasformerrr!tapi budget traveller tak boleh demand tinggi tinggi sobs T_T

jadi sekian laporan panjang lebar aku pasal USS.best!tak rugi sangat2 datang sini.nanti korang datang pulak k? :)



Sunday, April 8, 2012

Journey to Universal Studio Singapore~ part 2

second day tu awal2 lagi aku dengan kak ngah dah turun breakfast.sebab driver akan pick up dekat hotel pukul 8 untuk ke USS. (our package include transportation to USS).nasib kami baik sangat2 sebab on that day kitorang je customer.so abg driver tu bawak kami berdua dalam sebuah van.kalau ada customer lain segan la pulok.hew hew.



menurut abg driver aku tu,untuk masuk ke Singapore kena isi borang ni and then serah kat imigresen Singapore.aku bernasib baik sebab abang tu dah get ready siap2 borang ni so boleh isi awal2 and then tak susah masa kat imigresen nanti.ohh ya kebetulan masa hari yang sama satu group manager KFC from Asia seramai 1800 orang akan ke USS jugak.so abang driver tu cakap better gerak awal so tak sangkut kat imigresen nanti.



Alhamdulillah disebabkan kami gerak awal,sikit pun tak sangkut kat imigresen.dan satu lagi kelebihan kami sebab kami bergerak dalam group yang kecil.cuba imagine kalau ikut group by bus,kena tunggu semua 44 orang selesai and then jamm lagi dengan bus yang banyak.komfem lambat sampai!

sampai je kat sana collect ticket and then USS here i comeeee!! :p

ticket :)


kami sampai USS pun tak bukak lagi so sementara nak tunggu bukak ambik gambar dengan globe hikmat ni.orang datang jauh2 semua nak ambik gambar kat sini.jadi jangan nak berangan sangat boleh dapat gambar kau sorang dengan full globe tanpa ada orang lain interprame.hukhuk

USS ni ada banyak section.so first thing to do get a map!masuk2 je banyak staff kat situ distribute map for free.so bila ada map senang sikit nak tahu hala tuju and boleh tau jugak show semua start pukul berapa.


HOLLYWOOD
kat sini boleh feeling ala2 dekat Hollywood gitu.satu show yang aku masuk kat sini ialah Monster Rock.ala2 teater musical gitew.

bagi aku show ni biasa2 je..
kalau nak beli cendramata ada Universal Studio Store ada kat sini.silalah rabakkan poket anda beli cendramata banyak2.

dah nama pun dekat Hollywood kan?jadi jangan terkejut la kalau tengah jalan tiba2 eh ada show kat tengah2 tu.kalau nak menari bersama sama pun no hall~

then kalau nak makan,kat sini ada makanan halal wehhh!aku memang dah aim nak makan kat sini since Hanis Zalikha buat entry pasal USS.fast food restaurant ni konsep ala2 kat oversea gitew.kalau nak rasa kelainan dia datang la cuba! MEL'S DRIVE-IN namanya .

sory aku memang lemah kalau bab ambil gambar ni =.=


burger dgn fries tu sedapppp

bukan tu je yang ada kat Hollywood ni,ada baaanyak lagi.tapi malas aku nak state satu2.hehe.kalau yang nak pergi sini,boleh rujuk maps.

NEW YORK
kalau nak feeling2 macam kat New York sikit boleh datang sini.main attraction ialah Steven Spielberg show iaitu Lights!Camera!Action!.aku sukaa gilaaaa show ni weh!effect-effect yang dia tunjuk memang real.tiba2 aku cuak pulak tengaok ribut dalam ni.real weh real!kalau compare dengan effect filem Malaysia hmmm..jauh beza rasanya.so Steven Spielberg show ni is a must tauu!

ehsan Google




selain daripada tu kalau nak bergambar dengan character2 macam kung fu panda pun mostly banyak kat sini.kalau rajin tunggu time diorang datang then boleh snap puas2.aku banyak pergi tempat lain so gambar dengan character tak banyak sangatt.

SCI-FI CITY
kat sci-fi city ni ada satu yang WAJIB anda naik kalau ke USS iaitu TRANSFORMERS THE RIDE.yang ni memang ride paling best kat USS bagi aku!siapa yang pergi USS tapi tak naik ni meh sini aku nak sekeh kepala sebab dah terlepas benda syooks!aku yang datang awal and time weekdays ni kena beratur nak dekat sejam untuk naik transformers ni.kalau weekend nasib kalian la kalau kena beratur lagi lama.hehee..haa satu benda best lagi masa aku kat sini,sebabkan aku dengan kak ngah dua orang je.kami banyak boleh potong barisan naik dulu.hehe.each time nak naik ride,kalau ada available seats for two,orang datang dua orang macam kami memang untung sebab boleh terus naik!




okay ni roller coster extreme yang feymes kat USS.biru kalau tak silap aku tak extreme sangat and merah extreme.tapi aku tak naik.tak boleh weh.kalau aku naik ni tak pasal-pasal kena hantar pergi hospital.cek lemah semangat!

ANCIENT EGYPT
yang seterusnya boleh feeling2 dekat mesir sikit.eh eh kat sini pun ada satu restaurant halal tau which is OASIS SPICE CAFE.kalau tak silap ada nasi kat sini.so kalau rindu nasi sila lah menjamu selera di sini.


antara yang aku masuk masa kat sini ialah TREASURE HUNTER.naik kenderaan ala-ala jeep then pusing2 dalam tack.kat sini tak mencabar sangat but then aku dengan kak ngah menjerit sebab nampak patung ular.its a shameeeeee sebab tak ada orang pun menjerit masa kat sini =oo=




eh eh part ada lagi story pasal USS tapi aku kita stop sampai sini dulu.at least ada jugak bahan aku untuk next update.more attraction kat USS stay tume for part 3! :p

p/s:nak layam ABPBH sat.

Journey to Universal Studio Singapore~ part 1

tajuk tak menahan.journey kununnn..macam aku ni panjat bukit turun bukit je nak sampai sana.ahaha.takpe.tajuk kita kasi hiperbola sikit.jadi merujuk kepada tajuk di atas entry ni untuk aku gebang share pasal trip aku ke Universal Studio Singapore(USS).

sejak2 USS tu bertapak kat Singapore,aku tengok macam berduyun je yang dah ke sana.aku yang tengok ni pun telan air liur teringin jugak nak pergi weh!dah la seumur hidup jarang pergi holiday.tsk.sebabkan aku rapat kamceng dengan kak ngah so aku goda-goda sikit kak ngah aku tu ajak travel sama-sama.once dia cakap mau je terus suruh dia handle apa yang patut!tengok pemalas punya orang.nak berjalan mau tapi handle tak mau.bijak sungguh -.-

our first plan was nak stay kat singapore and then backpack and guna MRT untuk pusing Singapore including USS.but then fikir balik bila dua orang perempuan macam tak proper pulok.so tukar plan stay je kat Jay Bee (JB).haaa tu plan paling molek sebab boleh cut cost banyak.ini sangat disuggest for those yang nak ke USS jugak.boleh save banyak weh!then nak lagi senang and jimat kami book from Travel Agent.ALWAYS TAKE NOTE YANG KALAU NAK TRAVEL SILA BOOK PAKAI TRAVEL AGENT ESPECIALLY FOR HOTELS SEBAB BOLEH DAPAT RATE LAGI RENDAH COMPARE KALAU WALK IN!pasal bilik and flight ticket aku serah pada kak ngah.aku bayar je hew hew.cakap pasal bayar,penat menabung berjimat bagai sebab nak holiday punya pasal tsk.

wajah-wajah traveller nak budget tapi tak sanggup nak kebas bontot lama2 naik bus.jadi AirAsia jadi pilihan hati.ni muka baru lepas penat berlari lari sebab dah lambat takut gate tutup.permulaan hari yang begitu baik bila berlari lari di Penang International Airport .btw muka aku dah ghuper dulang dah diameternya.haihh

from Penang to JB kejap je,tak lama.sejam perjalanan.cuma dalam sejam kena tahan nafas jangan tergoda kalau passenger lain order makanan dalam flight.budget traveller tak bole spent rm6 hanya untuk sekotak milo.no no.

bila dah sampai,kena cari jalan nak ke hotel pulak.aku dengan kak ngah dua dua tak pernah jejak kaki kat Senai Airport.arah tuju pun tak tahu.jadi kalau nak jadi budget traveller yang bijak kena banyak bertanya.kat Senai Airport tu ada kaunter pertanyaan.tanya je jangan malu jangan segan.kalau banyak duit dari airport ke hotel kami kalau pakai teksi RM44.kau mampu?kami tak mampu.so kami pakai bus je.meh sini nak bagi panduan.korang ambik bus from airport ke Larkin.cuma RM8.then dari Larkin ambik teksi ke hotel.baru RM6.total semua baru RM14.jauh beza dengan RM44!

kalau dapat tiket bus yang macam ni anda di jalan yang benar ye kawan2.


eh lupa nak habaq.aku stay kat Hotel Mutiara JB.sampai hotel around 11.45 am tapi check in supposed to be pukul 12.so lepak kat lobi dulu.dalam pukul 12 lebih check dengan front office dia cakap bilik tak siap lagi.katanya maybe sejam lagi.fine fine.sebab semangat travel tu masih ada aku sabaq lagi.pergi lunch dulu.jumpa satu kedai melayu ni kat area hotel.sebab aku lapar so rasa makanan boleh tahan laa jugakkk.

nasi ayam RM5 uolls.nasib baik portion banyakk

tweet tweet lettew

dah kenyang burp Alhamdulillah tapi masa ada lagi so jalan2 pusing2 tengok apa yang patut.nak membunuh masa la katakan.

model tak berbayar

balik ke hotel tanya dekat front office boleh pulak dia cakap bilik tak siap jugak.aku dengan kak ngah dah panas.duduk lepak lobby hotel lagi.tengok orang lalu lalang sambil penuhkan memory camera.lepas 3 jam,baru dapat bilik tsk,ya anda tak salah baca.3 jam tunggu blik.then dah sampai bilik kunci pulak buat hallllllllllllllllll.dah kena tunggu staf hotel datang tgk.aku dah lemah longlai dah kaki ni.tsk.


bila dah selesai semua Alhamdulillah bilik memang superb!berbaloi penantian 3 jam.dah dapat bilik masuk golek2 lepas tu tidur sampai esok pagi sebab nak recharge tenaga for esoknya.esok nak pergi USS so takmau letih2!





selesai part 1!nanti kasi sambung for part 2! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...