dimulakan dengan gambar 'bandaraya' kangar yang 'pesat membangun'..semua tutup.lumpuh teros pekan ni!
kereta ni dihanyutkan air banjir..kesian..mintak simpang la keta aku jadi cam ni.meraung family aku!
sekolah aku ni dulu dah penah naik air masa banjir 2004 kalo tak silap aku.bekas air bah pun ada lagi!pas tu kali ni naik lagi air..bukak sekolah nanti memang kejenye cuci sekolah je la..yang boleh jadi terok tu sebab ada sungai dalam sekolah ni.amacam?cool tak dalam sekolah ada sungai?ni bukan tahap parit kecik tuh.sungai besar okeh!
ni padang dekat ngan area hospital.yang building kat belakang tuh hospital la tuh.cuba imagine.dah la dalam tu orang sakit.jadi macam ni lak.mesti susa.kalo ada emergency ke,orang nak beranak ke?tak ke tragis?
yang belah sana sikit tu sungai.bayang kan air sungai sama je paras ngan jalan.tak ke bahaya!tengah sedap2 jalan tetiba blup jatuh dalam air. Innalillah je kalo stok taktau berenang macam aku ni.
bas2 lak tersadai je tepi jalan yang selamat.ramai mmbe aku plan nak balik tapi tak bole sebab dengar cite stesen bus memang trok air naik.
aku dengar hanya kenderaan berat macam ni je bole lalu kat most jalan kat perlis.orang yang setakat keta keciik tu duduk diam2 je la dalam umah ye?kalau nak jejalan g bli lori sebijik.hehe
ni lak umah mmbe aku kat kampung.kesian sebab dah kena pindah..
katanya banjir kali ni lagi terok.aku harap cepat la air surut.susah kalau banjir.bekalan air tade.elektrik tade.nak g mane2 pun susah..dan bahaya lak tuh..and kalau kena pindah g penempatan banjir lagi tak best!mmbe aku cite kat sana tak bersih lansung.sardin tak masak je bg orang makan.beras bole lak basuh ngan air banjir.gila ke apa?
ohh ya..btw Alhamdulillah tok cakap umah kami tak masuk air.sipi2 je kat pintu.jiran2 aku lak ramai gak kena pindah..papepun doakan banjir kali ni cepat reda ye?aminn..
p/s:sumber gmbar dari fb kawan aku.
ohh ya..btw Alhamdulillah tok cakap umah kami tak masuk air.sipi2 je kat pintu.jiran2 aku lak ramai gak kena pindah..papepun doakan banjir kali ni cepat reda ye?aminn..
p/s:sumber gmbar dari fb kawan aku.
No comments:
Post a Comment