skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Sunday, March 13, 2011

incik tv yang baik

baru selesai menonton tv.terasa sungguh jakun bila dah lama tak mengadap kotak magic tu.maunya tak magic,kotak tu boleh buat orang melekat 24 jam.sanggup tolak makan minum sebab nak tengok tv.buku apatah lagi kan.memang tolak ke tepi bila nampak tv.sebab tu lah tv jadi musuh utama para ibu walaupun setiap hari para ibu tunggu nak tengok telenovela.okay pembetulan.ada masa jugak para ibu memusuhi tv.iaitu masa bila golongan anak degil ketegaq takmau baca buku sebab nak tengok tv.

tapi bagi aku tv itu benda yang baik.tv lah benda yang mengeratkan hubungan sesama family juga sesama rakan taulan.it's a precious moment for me bila masa balik kampung berebut sofa dekat ruang tengok tv di rumah.then berebut remote control dengan wan aku yang selalu sembunyi remote dalam gulungan kain pelikat beliau di pinggang.memang aku kalah dalam perebutan remote!dah kalah tiba masa duduk tengok tv channel pilihan tok dengan wan.pasangan sehati sejiwa sama sepakat nak tengok Gerak Khas.aku ikut tengok.mulut kata benci Gerak Khas tapi hati sayang nak tinggal masa emas itu.terasa rugi sungguh kalau aku decide untuk terperap dalam bilik mengadap laptop.masa depan tv lah nak bergurau senda sambil pekena cekodok panas kalau tok rajin masak cekodok.i just love home too much!sungguh rugi kalau duduk rumah tapi tak gather dengan family.nampak tak akar umbi penyatuan keluarga.tv kan?walaupun kadang2 end up tv tu terpasang tanpa ada penonton sebab para penonton sibuk bercerita buat drama keluarga sendiri.sungguh aku rindu masa itu!

kalau di rumah sewa,memang boleh hitung dengan jari jumlah masa aku tengok tv dalam seminggu.ni semua dek kerana si internet yang hadir dalam rumah ni.internet di dalayan penuh mesra.tak pernah pun aku tengok internet tu dipinggirkan.kesian sungguh incik tv.masing2 buat hal sendiri.entah macam mana aku rasa tv tu sungguh bosan.nasib baik kat rumah aku tak wujudnya internet,kalau tak aku akan hilang masa dengan orang tersayang.aku akan jadi social recluse yang duduk dalam bilik melayan si inck internet.

terima kasih incik tv!








2 comments:

  1. mai la umah kak anis lagi..

    blh lepak2 tgk tv macam aritu...hi3

    ReplyDelete
  2. boleh je..nnti kita tgk tv sama2!hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...