skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Sunday, March 20, 2011

$

duit dengan aku tak boleh nak letak dalam satu ayat.macam tak berapa nak ngam ja.duit masuk akaun aku lepas tu kejap dah keluar balik.yang keluar itu ikut keadaan.kalau masa pt aku masih panas dalam akaun selalunya keluar atas alasan nafsu diri.tapi bila dah makin susut akaun pt aku,laju ja keluar atas alasan yang mendesak dan menjadi kewajipan untuk aku keluarkan.nak bayar tu nak bayar ni.haih.

orang kata money is not everything.TAPI every single thing need money tau dok!nak terkencing tapi takdak duit kepit la sampai ke sudah.

kalau ikut nafsu diri semua aku nak beli.tapi bila check balik account balance,ohh sungguh sadis.okay simpan diam2 niat hati nak beli apa2.

dari dulu aku selalu cakap dalam hati. 'untung anak orang kaya.mau apa dapat.' tapi then pujuk hati balik.anak orang kaya tu belum tentu bahagia even ada semua benda.i'm much more happier dengan hidup dikelilingi keluarga yang bagi aku,harta aku sampai hujung nyawa.ya.saya kaya dengan kasih sayang keluarga.sila jangan cemburu dengan saya! ;p  *bangga*

then tengok keliling dengan sepupu yang dah bergaji.whoa best ada gaji!semua bule beli!then semangat berkobar kobar nak cepat kerja.then kira dengan jari balik punya lambat lagi aku nak bule kerja.okay simpan lagi niat tu.ohh ya jangan di sebut part time work.saya tak mungkin dibenarkan buat itu!

okay duit.mari kepada saya!saya perlukan anda!kan bagus kalau boleh di fotostat duit2 tu.hoho.tapi kalau boleh nanti jadi macam zaman jepun dulu.apa ke nama?duit pokok pisang?heh.arwah monyang aku cerita zaman tu semua kaya.duit berguni tapi sekupang pun tak guna sebab tak ada nilai.haha.


extra:saya mahu mp3 player!cari2 yang below rm50 agak2 boleh dapat tak?

1 comment:

  1. sgt bahagia dengan kaya kasih sayang...

    kak anis sgt bahagia..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...