dalam dunia ni wanita kedua yang aku adore sangat selepas mak aku ialah tok(nenek) aku.bagi aku tok layak dibuat idola oleh aku instead of aku ambik artis tak berapa nak berakhlak or ahli politik yang bagi aku memang tak boleh nak dibuat idola.yelah takkan nak ambik orang2 korup pakai tudung nampak jambul rambut berkarat buat idola kan?memang hancuss.
aku dibesarkan oleh tok sejak tapak kaki besar dua jari bak kata tok.sebab lepas kawin mak dengan abah memang duduk sekali dengan tok dan wan.disebabkan aku the only cucu kat rumah memang aku dimanja.tapi dimanja dengan sepatutnya.mak pun cakap dari aku baby tok yang banyak ambik alih tugas jaga aku.hidup aku sederhana.nak kata susah pun tak,senang pun tak.InsyaAllah apa aku nak aku dapat.cuma lambat atau cepat.tapi tak ada lah aku nak mintak melampau lampau dekat tok.aku pun tahu tahap kemampuan kami macam mana.
tok sangat tegas tapi dalam masa yang sama manjakan aku.kalau aku kat rumah,sampai sekarang pun aku takut nak keluar rumah kalau tanpa izin tok.dan kalau aku dah mintak izin memang aku tak berani nak pergi jauh2 takut something happen.pergaulan aku dengan lelaki pun sangat dikawal.biasalah orang tua kan.tok tak nak aku rosak jadi tak beromal berakhlak.teringat dari zaman aku sekolah,aku ni kalau balik sekolah semua benda nak cerita kat tok.tapi dari dulu sampai sekarang tak berani nak bukak mulut cakap pasal kawan laki.kalau nak kena marah cuba la cakap.hatta raya pun tak pernah lagi kawan laki datang ke rumah walau pun beramai ramai.sampailah raya tahun lepas classmate aku pecah rekod time raya datang rumah.tu pun aku cuak yang amat masa nak mintak izin kat tok.
tok sangat pentingkan pelajaran.especially matematik.aku ingat lagi aku naik je darjah dua memang kena hafal sifir sampai sifir dua belas.hujung minggu bangun pagi hafal sifir dulu.kalau dah boleh hafal baru boleh tengok tv.dan aku rasa sebab tok lah minat aku terhadap matematik tak pernah padam.malah bukan aku seorang.semua cucu tok kena pandai kali-kali(sifir).bak kata mak su,kalau tak pandai math bukan cucu tok Embun la namanya.biasalah oang tua maka cara tok sangat berbeza dengan parents muda.kalau aku kena marah dengan cikgu kat sekolah cukup tak berani nak bagitau tok sebab kalau aku bagitau pun aku yang kena balik.sebab bagi tok aku takkan kena marah kalau aku tak buat salah.tok pernah jumpa cikgu aku then cakap 'kalau wana ni buas(nakal) cikgu rotan ja'.hoho.klasik kan?
tok sangat sayang anak cucu.bab makan memang nombor satu.kalau dengar cucu2 nak balik tok dah mula kerah wan(masa wan sihat) pi market beli apa yang patot nak buat masak.setiap kali masak dah macam nak buat kenduri pun ada.tok takut cucu2 tak cukup makan.tok takkan duduk makan selagi cucu2 dia tak mula makan.prinsip tok 'kalau tak makan mana boleh mengaji(belajar)' haha.tengok badan aku pun boleh agak la kan? ;p
seumur hidup aku tak pernah berpisah lama dengan tok.sampailah masa aku form 4,aku masuk asrama.minggu 1st aku kat sana terus tok datang dengan wan dengan pak lang.tok nampak2 aku ja terus peluk cium aku.haha.rindu katanya padahal aku rasa bari 3 hari aku masuk asrama.dan sepanjang aku kat asrama,kalau aku tak boleh outing balik rumah,tok akan datang melawat aku.tak pernah fail.datang bawak makanan sedap2 then makan sama2 kat bawah gazebo dekat dengan asrama aku.dan sampai sekarang,kalau cuti sem dan bila sampai masa aku kena balik penang ja tok mula la buat muka sedih.sunyi la tuh aku tak dak kat rumah :)
bagi aku tok sangat kental.masa tok tak boleh jalan aku dengan kak ngah jaga tok.boleh nampak tok sangat determine nak cepat sembuh.setiap hari tok cuba bertatih melangkah nak cepat baik.tak sedap hati hal rumah tangga dia tak dapat uruskan dengan kudrat sendiri.dan sekarang,wan terlantar sakit,tok tak pernah jemu jaga wan yang dah beberapa bulan keluar masuk hospital.tak pernah nak merungut terpaksa tidur kat hospital tu.kadang2 tok sampai taknak balik rumah walaupun kami anak cucu tok nak tukar shift jaga wan kat hospital.tok nak wan 24jam depan mata dia.memang anda akan cakap tu memang tanggungjawab seorang isteri.tapi kalau tengok kat wad yang wan duduk tu ramai ja yang isteri buat tak peduli cuma datang masa waktu melawat.dulu pun masa moyang2 aku masih ada,tok yang jaga.Alhamdulillah moyang2 aku panjang umur sampai 90 tahun lebih.jadi urusan nak makan minum kencing berak tok yang jaga dengan wan.tok tak jijik pun nak buat semua tu.memang tok isteri yang terbaik.
masa aku menaip ni sungguh aku rindu dekat tok.macam dah lama sangat aku tak balik rumah.dan sebab rindu lah aku tulis semua ni.tok......rindu! :'(
tok aku yang paling kiri tu.yang kanan maksu aku.budak kecik tengah tu my cousin. |
ko wat aku teringat kt nenek aku kt kg! sedih wooh!
ReplyDeletehuhu..sebak kak anis baca entri ni...
ReplyDeletebetapa dalamnya kasih sayang nora kat tok...:)
ain:ko tringat aku lg tringat!hukhuk
ReplyDeletekak anis:thnks :) msetilah nora syg tok..dy yg jaga nora dari kecik..
sedeyh,,tape t cuti kak nora balikla tgk tok yea :)
ReplyDelete