skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Monday, August 1, 2011

tragedi sadis di 1 ramadhan

assalamualaikum! *ambik nafas jap.prut senak* 

alhamdulillahh.selesai sudah hari pertama berpuasa.amacam?best?ke dah batal puasa dalam bilik air?jangan begitu la harapnya.pergi bazaar tak?aku pergi bazar yang dekat  masjid bandar perda ni tadi.tu pun atas ehsan orang.kalau tak,memang tak pergi la jawabnya.meriah sungguh.sesak nafas aku.sempit.tiba2 aku rasa populasi masyarat permatang pauh ni macam dah bertambah dua kali ganda dari sebelum ni.tapi okay jugak la boleh aku cuci mata.kikikiki.

ohh ya.kalau anda semua berbahagia berbuka disamping keluarga,aku tragis sikit hari ni.alkisah macam ni.sepatutnya hari ni aku kelas pukul 6 petang.tapi semalam dapat text yang kelas tunda ke pukul 8.15 malam.tapi ada test.test.test.test.test.nampak tak di situ?aku ada test hari ni tapi semalam baru ku tahu.sentap sat aku disitu.TAPI.nasib baik open book.sunguh lega perasaan disitu.

maka bila kelas 8.15 mlm takut tak sempat pergi kalau berbuka kat umah.tambah pulak bus rapid yang macam hare tuh.memang tak boleh diharap.jadi aku dengan housemates semua decide nak berbuka kat kampus je.TAPI.7.15 baru nak keluar rumah.then tengok jalan macam dah lengang.sempat ke nak berbuka ni??rapid pun memang tak nampak batang side mirror lansung.aku dah cuak.then tengok muka sesama sendiri.dalam hati memang dah dapat feel kena berbuka kat bus stop je ni.sobs.

aku cadangkan berbuka kat kedai terdekat ni dulu.elok2 kami jejak langkah sampai dekat kedai makan.tiba2 namapak bus rapid dari kejauhan.tak ke hare macam tu?time tunggu tak ada time tak tunggu tiba2 muncul.penat tau puasa2 kena ulang alik jalan ke hulu ke hilir macam tu?dah elok2 naik atas bus dengar sayup2 azan berkumandang.memang berbuka telan air liur je la.dah la dalam bus tu pakat minum air soya..air cincau.sobs.sedapppp.nganga je tengok tau.

sampai cafe kampus semua dah nak habis makan.cepat2 makan terus naik ke klas.senak aku makan rushing tadi.sampai kelas lecturer aku bagi soalan then dia cakap bole hantar esok.HANTAR ESOK.HANTAR ESOK.penat2 aku rushing tadi takut lambat.tiba2 dia cakap TEST HANTAR ESOK?KTHNKSBYE.

4 comments:

  1. ko nye cuci mate x tinggal...huhu...

    ReplyDelete
  2. bulan puasa smpat lagi cuci mata nya? lol
    bunyi mcm tak sempat maghrib je tuh?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...