skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Wednesday, January 11, 2012

sawasdekarpp!hatyai mari~

Assalamualaikum.
selamat bertemu kembali!lama tak ketemu.yelah aku kan publish new entry sebulan sekali.sebulan kemudian baru nak ada entry baru..ahaha..nak menghupdate entry baru ni pun bukan senang.sesak nafas aku tunggu gambar di upload.internet lembab mengalahkan siput berjalan!nak pakai internet office pun ai tak mahu..aiii kan pekerja harapan 2012.mana boleh guna harta office untuk kepentingan pribadi.. *puih*

nak dijadikan cerita,i have one relative yang stay dekat hatyai.my tok cik live there.setiap kali datang rumah aku mesti dia jemput pergi sana.tapi tak pernah berkesempatan nak pergi.but then baru2 ni last minutes punya plan my family nak pergi sana.maka sampailah daku ke tanah hatyai.

sebelum memulakan perjalanan.plan awal 10 am sharp kereta akan bergerak meninggalkan rumah.kononnyelahhh..padahal 10 am kat rumah lagi..disebabkan terlalu last minute ada yang pagi tu baru nak buat border pass.yang tiba2 tetamu datang rumah lagi..nak mencari geran kereta yang ntah letak dekat mana but then bila dah jumpa geran tiba2 decide bawak kereta lain.ok fine.memang aku tak bengang even aku yang susah payah cari geran tu.tsk.ohh ya geran kereta diperlukan ye pembaca sekalian kalau nak bawak masuk kereta ke hatyai..


kudap kudapan dalam kereta.perut aku harus sentiasa di isi.dua jam perjalanan macam2 aku sumbat.alih2 perut buat hal.ambik kau.padan muka aku..ohh ya this trip to hatyai was all about food.kerja aku makan,jalan,makan,jalan.takde nak shopping apa2 pun.jimatt duit.btw nampak firefly?bajet naik flight.




dalam kereta


di awal perjalanan aku dengan cik fairuz ni bukan main eksaited.gelak sakan.kerja makan,cakap,gelak,makan cakap,gelak.tu je.cukup lepas setengah jam masing2 senyap.yang dengar berdengkur je.hahaha

dalam sejam perjalanan from kangar sampai lah ke bukit kayu hitam.kami pergi hatyai via sempadan bukit kayu hitam ni.ada satu lagi alternatif melalui padang besar.tapi sebab tok cik aku rumah dia dekat dengan bukit kayu hitam so guna laluan ni.kat sini kena turun kereta bawak border pass jalan kaki pergi cop.nasib baik time weekdays so tak ramai.kalau weekend katanya sesak.katanya kalau datang dengan bus pun semua passenger kena turun cop sendiri.tu pun tak sure betul ke tak.apa yang aku dengar je la.


tahap keaktifan masih tinggi.muka eksaited pegang border pass mengalahkan muka menang cabutan bertuah.ohh plus eksaited akhirnya keluar sempadan malaysia setekah hampir 21 tahun hidup.sadis.tsk.

antara ahli rombongan.tengah tunggu untuk cop pass untuk kereta pulak.ni memang betul2 sempadan ni.bangunan yang sebelah kanan gambar tu kompleks sempadan tempat cop border pass.yang kat belakang kami tu dah kawasan thailand la tu.time ni line fon memang dah takde.roaming je.kalau nak bankrup silalah jawab panggilan masuk.sama2 turun kredit.hukhuk.btw muka aku dah bulat macam dulang  T_T

kazen :p

wan buat muka comel =..=

lebih kurang 5 minit drive melepasi sempadan sampailah rumah tok cik aku.park kereta jauh sikit from rumah.so kena jalan la masing2.ni area rumah kedai.mostly rumah2 kat sini berniaga depan rumah.


macam aku cakap tadi..rumah2 kat sini banyak yang berniaga.mostly banyak kedai makan.but tak sure pulak halal ke tak.tok cik aku pulak bukak salun.

duduk sini komfem sihat.orang jamu bua-buah segar yang besar gedabak.terkejut aku tengok size pisang.lepas lepak2 borak kitorang teruskan perjalan ke hatyai.dari area rumah tok cik (danok) ke hatyai ambil masa 1 jam.sambung tidur kroh krooh..

bukak mata perut terus lapar tapi mulut terus senyum sebab first stop Restaurant Chekkar ni..restaurant ni faymous among malaysians for muslim and halal food.mostly yang ada masa aku datang ni memang orang malaysia.aku rekomend gila2 untuk singgah makan sini.sedappp!dont worry dia punya pekerja boleh cakap melayu sikit2 so untuk prosedur ambik order should be no problem. 



nak lebih sihat silalah minum air putih je just like we did.jimat pun jimat.sihat pun sihat!

aku recommend lauk2 yang aku makan that day.ikan tenggiri kot yang gambar atas tu,then tom yam putih,sayur campur and beefsteak ayam.yang lain boleh je order ikut selera.tapi lauk dia memang sedappp!lapar doe tengok balik.haihh..tom yam memang terbaik la..dah nama pun hometown untuk tomyam kan..tak sedap jugak tak tau nak cakap apa lg.



muka kenyang




selesai makan bergambar lagi.kawasan luar restaurant pun cantik.tengok tu ada signboard restaurant.sila cam.nanti boleh datang ke tempat yang betul.

selesai makan pusing2 bandar sikit then check in hotel.kami stay dekat budget hotel yang sangat budget but at the same time selesa!rm55 for one night untuk one standard room.sesuai la kalau student nak datang sini.murah.cari Indra Hotel.hotel ni dekat dengan town and shopping complex..nak shopping boleh jalan kaki je!

lepas check in semua 'pengsan'.kumpul tenaga untuk makan malam.elok sangat tu.lepas magrib masing2 perut dah kosong.ikan tenggiri tom yam beafsteak semua dah habis digest.lepas tu lapar balik.see?kan aku cakap trip ni memang makan je memanjang.jalan apa pun tak lagi.tapi makan dah berkali kali.untuk dinner makan dalam town tu jugak.we decided guna famous and main public transportation kat hatyai.apa lagi kalau bukan tut tut.bila lagi nak merasa kan?nak drive pun penat je.so simpan kereta elok2 kat basement parking lot hotel then naik tut tut!

bahasa bukan masalah.ada je driver tut tut yang boleh cakap melayu.macam yang kami naik ni la..ohh ya group aku total 14 orang.sepatutnya kena ambik dua tut tut.tapi nak senangkan perjalanan kami sumbat semua sekali dalam satu tut tut.teeheee..lepas tu tiap kali kat korner semua risau kalau2 tut tut terbalik -.-


tengah mencuba mampatkan semampat yang boleh.kalah tin sardin.wafi cakap dah macam nak seludup orang.

orang kat luar usha pelik.tut tut kecik tapi yang turunnya ramai!

bab2 tempat makan halal kat hatyai mak caq aku memang pakar.aku ikut je,ready dengan perut.malamnya kami rasa nasi ayam siam.

ni kedai yang jadi pilihan.nak bagitahu nama kedai pun aku tak lepas tulisan siam so korang tengok je la ye.

kedai ni cikai je.macam makan kat gerai2 tepi jalan.tapi rasa dia tak cikai okeh.kenyang perut beta.hihi

yang ni aku tak sure namanya apa.dia macam telur dadar tapi penuh dengan seafood kat dalam.ada sotong,udang and siput dalam tu.seafood dia banyak!tak lokek inti.kat atas dia tabur taugeh.sedap!habis licin.ni konon2 appetizer.sila cuba kalau datang sini!

ni aku punya.nasi ayam.boleh pilih ayam goreng atau rebus.i choosed ayam goreng.sambal cili tu pedas weh!.sila cuba kalau suka makanan pedas.ohh ya makanan kat kedai ni memang dia hidang dengan daun bawang ni.maybe orang siam buat ulam kot.aku buat hiasan je lah.tak kuasa nak makan.nasi aku banyak lagi untuk dimakan.ehehe.ohh tapi sayang ayam dia ciput jek.

antara menu lain yang boleh rasa bihun/mee/kueteow sup dan jugak sup2 yang lain.contoh boleh pilih sup tulang or sup daging ke.ikut selera tuan2 dan puan2.

lepas sesi tambah lemak kita buat sesi cubaan kurangkan lemak.sebab apa aku cakap cubaan?sebab sesi ni jalan2 sambil shopping sambil berharap lemak dapat dikurangkan walau sedikit.tapi hampa.harapan tinggal harapan.lemak tak kurang jugak.tsk.

jalan2 dekat area hotel.dia lebih kurang macam uptown jugak.harga murah compare dengan malaysia.tapi kena pandai tawar menawar la.

ni dalam shopping complex.sepupu aku main lego dengan anak siam mana pun tak tahu.
yang aku tengok barang2 dalam shopping complex boleh tahan murah.contoh make up (estee lauder) dengan perfume.memang berbeza dengan malaysia.

ni yang aku cakap ala2 uptown tu.kat sini banyak hotel.boleh pilih ikut bajet.kalau bawak anak2 pegang2 la ye.kang hilang mana mau cari?

jalan2 sejam dua makan lagi.ni sesi supper.nasib baik aku kat sini dua hari satu malam je.kalau seminggu,tak sanggup.silap2 penimbang pun boleh pecah kalau aku timbang!

nak rekomend satu kedai ni!teh ais plus charkuew dia terbaik!charkuew dimakan dengan kaya perisa pandan.tambah pulak kalau dapat yang panas2 baru lepas goreng lagi terbaik!lagi satu kena try pulut mangga.pulut yang lembut dimakan dengan mangga manis.taknak komen.sebab nanti komen aku semua sedap je.dah tu apa lagi boleh ganti perkataan tu?lazat maybe?

teh ais.kalah mapley.

charkuew comel.

tengah rancak makan anak gajah lalu sekor.aku risau kalau tiba2 dia naik minyak free je mati kena pijak.

lepas makan makanan penuh lemak dan minyak balik hotel tidur nyenyak..end of day 1.day 2 nanti aku sambung.mula2 nak buat satu entry tapi gambar belambak.so kita bahagi dua.ada jugak alasan aku nak update blog kan?

2 comments:

  1. khusyuk gile baca cerita awak kat Hatyai..cepat update.nk baca sambungan part 2 pulak

    ReplyDelete
  2. terharunya baca komen mcm ni! :')
    ni yg semangat nk update blog slalu ni! :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...