skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Thursday, March 29, 2012

TAK ADA TAJUK

meronta ronta nak update blog tapi gambaq tak boleh nak upload.

tsk.

tsk.

tsk.

ni ja yang mampu.sekian

Wednesday, March 14, 2012

kuala lumpur.

Assalamualaikum.
hari tu lepas habis practical aku pergi jalan2 ke kl.memang tak sedar diri dengan report tak buat lagi lepas tu boleh pulak pergi makan angin.dah tu pergi kl pulak tu.terasa diri macam budak darjah enam lepas upsr pergi rombongan sekolah ke kl.lame.niat asalku nak holiday dengan BFF.tapi dua orang tarik diri.finee.aku ketegaq jugak nak pii.last2 aku pi dengan alia and jannah je.tu memang sahabat selamanya sepanjang masa tu.

plan asal nak ambik bus pukul 10 pagi.aku memang tak nak naik bus malam.paranoid sikit aku ni.tapi sebab ada masalah sikit ambik bus pukul 12 tgh hari.masa nak ambik tiket aku dengan alia tercegat depan kaunter nak dekat 5 minit.kami mana pernah ke kl naik bus.garu kepala depan kaunter.dah tu kena gelak dengan kakak dekat kaunter tu.tsk.malu.

esoknya naik bus lah kami dari kulim.5 bangla.kami 3 orang melayu.'nice'.dah tu berhenti kat butterworth pulak.then stop kat mana2 lagi ntah.adehh penat aku.10 kali bukak mata pun tak sampai2 lagi.then sampai kl time habis office hour.Ya Allah jam teruk sangat!elok la sangat disambut dengan jam macam tu.dah la kitorang turun kat kajang.nak sampai kajang lagi dah sejam jugak ambik masa.haihsss.

arrived kajang safely dengan bontot yang kebas lebih kurang pukul 8 malam.dengan perut lapar lagi.nasib baik ain sampai cepat.kalau tak pengsan aku tepi hentian bus kajang tu.ain angkut kamu balik rumah then bawak pergi makan,berseri terus muka dapat makan.then terus pergi I-CITY shah alam.ni lagi satu tempat orang kampung macam aku tak pernah pergi.tsk.











satu hal je dissaponted sikit.lampu banyak jugak yang dah padam.tak bayar bil elektrik kot?

esoknya ain bawak pergi kl.park kereta dekat pavillion then jalan pergi sekitar tu.one thing yang aku pelik apahal budak2 kat kl suka duduk atas tangga pavi?agaknya dah tak ada kerusi kot?ramai pulak tu!!aku tak paham apa motip.nak kata diorang shoping tak terfikir pulak aku mampu ke tak.tu la kot yang orang panggil budak baru nak up ye dak?

then sempat lepaskan kerinduan pada pemanis mulut kegemaran.tak tahulah bila pulak boleh dapat lepas ni.nak tunggu tuti fruti bukak kat perlis?zaman cucu aku nanti pun belum tentu ada agaknya.tsk.


 first timer




 malu aku nak ambik gamabr depan ni.then nampak geng tourist dari arab ambik gambar lek je.aku pun nak jugak bajet tourist kan?janji aku tak duduk atas tangga pavi.

lepas tu ain  sebagai tour guide yang berjaya tanya pulak nak makan apa.cepat2 jawab sate kajang yang feymes tu.tapi ain tak bawak ke kajang .tapi makan sate kajang kat putrajaya.sebab katanya tak ramai di siti,cun jugak sebab aku dah lama teringin nak ke sana.kampung lagi.tsk.

dah kenyang makan sate sedap ain bawak pusing putrajaya.semua bangunan dia bagitau.tak semua jugak la kan sebab bukan semua dia ingat pun.haha.lastly dia bawak lepak kat depan masjid putrajaya.aku tak tahu apa nama tempat.but then sini aku rasa lagi tenang compared dengan pavi.tengok ramai parents bawak anak2 main and lepas.its a good place to lepak dengan family.


hari terakhir ain bawak makan ke nilai.tukar angin sikit.membe2 aku teringin nak makan steambot.rindu seoul garden lettew.aku tak ingat apa nama kedai ni tapi bagi aku berbaloi datng sini sebab banyak pilihan makanan.daripada daging perap sampailah ke seafood.sayur2 pun banyak jenis.cuma minuman je tak free macam kat seoul garden.





sory alia.heheee


lepas makan balik rumah relax.malam tu pergi makan mcd sebab nak jumpa boifren orang tu.untunglaaaa ada boifren kan!! *jeles*

esoknya pukul 10 naik bus balik perlis..thanks ain sebab pinjamkan kami rumah kau yang selesa gila tu!thnks jugak bawak kitorang jalan2.rindu doe nak jumpa kau lagi!lepas ni bila lagi nak jumpa agaknya ye?

Sunday, March 11, 2012

i wonder..

i always wonder how my life would be if abah is around?my life might be different kot?paling utama i wanna be abah's little girl forever!macam anak perempuan yang lain.kan orang cakap anak perempuan rapat dengan ayah kan?but macam mana pun I LOVE YOU MAKKK!!no matter what! :p

then maybe i live in our own small house together with abah and mak.or maybe abah and mak still live with tok and wan.not sure.but last time macam tu lah.alah tak kisah.mana-mana je.

then maybe boleh kurus sikit kot sebab boleh mintak abah to be my personal trainer.haha.sebab abah active sukan.boleh jog tiap2 ptg sama-sama.tu pun kalau aku rajin kan?ngeee

lepas tu kan boleh merengek rengek mintak blacberry ke sebijik.galaxy tab ke sebijik..dah nama pun abah's little girls kannn..anak abah mesti boleh dapat kan mana tauuu.lagipun orang laki kan senang sikit nak nego mintak all those gadjet stuff.ngehngeh.

then ada lagiii..boleh pergi family vacation every year dengan abah and mak!!macam best je tengok abg long-kak ngah-wafi pergi jalan-jalan setiap tahun.ecah dengan ilman jangan cakap.london lagi tauu.kelasss~alahh kak long tak mintak jauh2 pun.dalam malaysia pun bolee.heheee

then at my age of 21 ni mesti dah ada father-daughter talk about about marriage kan?ngeh ngeh.then boleh takutkan husband-to-be dengan cakap 'kalau nak kahwin datang jumpa abah.tu pun kalau berani la sebab abah garang tau!grrr~' hahaha.then the best part is to have abah as the wali. :p



add on:i wonder kalau abah ada dah boleh kecek2 kat abah mintak belikan sneakers pink yang aku nampak kat kedai petang tadi.heheeeeee :p

Saturday, March 10, 2012

the end.

at last penat lelah selama beberapa hari dan beberapa malam tidur tak berapa nak cukup,my report was completed.padahal ada masa 2 minggu tapi macam biasalah kalau tak last minute tak thrill buat kerja.otak tak function betul2 kalau tak last minute.yelah kalau dah lusa dateline mana taknya otak aku kerja sekeras kerasnya.cuba kalau bulan depan dateline harini aku dah start buat report memang nak buat satu ayat pun susah sebab otak tak jalan.

bila dah siap tiba masa yang dinanti kena jejak uitm penang untuk submit.bukan main happy lagi aku dapat jumpa kawan2.duduk perlis memang forever alone aku.tsk.ohh ya masa hari submit report aku bajet pergi kampus masuk bilik lecturer letak report atas meja done boleh blah pergi suka ria kat jj.tapi tanggapan aku silap besar.

bukan main serabut aku pagi tu.start my day dengan realised yang hari tu hari isnin tapi aku tak bawak baju kurung.sungguh aku tak mau kena saman dengan pak guard.musnah rekod bersih aku kang nanti.nasib baik tok jadi penyelamat.pergi kampus pakai baju kurung tok.tsk.tu pun masa nak zip kain tarik napas tahan napas aku.nasib baik baju kurung tok kitew lawa2.buatnya macam baju orang tua.  T_T

sampai kampus aku dapat tau ada benda tak cukup untuk submit report.menapak pergi kolej untuk beli fail dgn fotostat bagai.turun lemak satu kilo.lepas tu cari bilik panel tak jumpa.sigh.banyak betul dugaan.




desprete punya pasal terpaksa submit borang penilaian guna fail kuning anak badak aku tu.nak jimat tenaga dan wang ringgit punya pasa.hukhuk

ni lorong wajib nak ke kelas.setiap hari lalu jalan ni.paling benci lalu time bulan puasa sebab dekat lorong ni ada kitchen.buatnya lalau masa bulan puasa time budak2 culinary tengah masak ke pergh boleh makruh puasa aku bau makanan.ohh me.wearing tok's baju kurung..hukhuk

selesa segala hal nak dekat pukul 5 petang.aku tengok orang pun dah nampak nasik sebab memang tak makan lagi untuk hari tu.pilih untuk makan kat kapitan.beriani ayam terbaik.


ok aku lapar bila tengok gambar ni balik..



then dua hari lepas tu tiba masa untuk present.cuak habaq hanggg..ni presentation terakhir untuk diploma.walaupun ada masalah sikit masa hari presentation tu biarlah.aku dah tak nak fikir.yang penting semua dah lepas dan aku dah cuba buat yang terbaik.

masa mar tengah present.aku tengah dup dap dup dap tunggu giliran.


maka dengan berakhir presentation tu,kira tamatlah pengajian aku selama 3 tahun.3 tahun yang penuh dengan pahit manis.tapi banyak sangat yang manis sampaikan yang pahit pun aku rasa manis.tengok balik kad matrix rasa macam baru semalam je beratur nak buat kad matrix ni masa semester 1. dah 3 tahun dah berlalu..

bila diingat ingat balik seronok pulak aku fikir.masa belajar kat penang dulu banyak dugaan.nak ulang alik pergi kelas pun susah.aku,alia,jannah dengan syahida mana ada transport nak ke kelas.bus uitm tu lah yang jadi kesayangan kami.bus tu pulak bukan tentu masa.orang lain tidur lagi,kami dah bangun awal2 sebab nak kejar bus.eh lupa pulak farid and faizal sekali.teman satu bus lah tu.time hujan jangan di kata la.basah pun basah la.bus tu pulak kadang2 macam mogok.time aku nak naik bukan nak muncul.elok dah bayar rm1.20 kat rapid baru bus nak sampai.rasa macam nak menangis je.rm1.20 untuk perjalanan sekangkang kera tu macam sungguh tak patut.rm1.20 tu boleh buat beli teh ais satu bungkus kat abc corner.tapi ada je pakcik rapid yang baik halal kan 20 sen tu.thanks pakcik :p. dan bila fikir2 balik,kami yang naik bus susah payah ni pun boleh pergi kelas,orang yang ada kenderaan lagi lah patut boleh pergi kelas kan?

lagi satu pasal makanan.masa awal sem bukan main meriah.tinggal nak hujung sem pandai2 la catu duit bagi cukup.time hujung2 sem tu duit syiling pun aku korek himpun2 sampai cukup.tak pun masak lauk ala kadar ke.telan megi ke.seronok zaman susah senang dengan kawan2.dan aku bersyukur bila aku susah senang pun orang kat sisi aku masih orang yang sama.thanks kawan2 untuk 3 tahun yang indah ni :)



lepas ni aku tak tahu lah bila akan ke penang pulak.so saat2 terakhir aku nikmati makanan kesukaan yang tak mungkin boleh dapat di perlis.

terima kasih penang untuk memory indah ini.nanti jumpa lagi ok?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...