skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Saturday, March 10, 2012

the end.

at last penat lelah selama beberapa hari dan beberapa malam tidur tak berapa nak cukup,my report was completed.padahal ada masa 2 minggu tapi macam biasalah kalau tak last minute tak thrill buat kerja.otak tak function betul2 kalau tak last minute.yelah kalau dah lusa dateline mana taknya otak aku kerja sekeras kerasnya.cuba kalau bulan depan dateline harini aku dah start buat report memang nak buat satu ayat pun susah sebab otak tak jalan.

bila dah siap tiba masa yang dinanti kena jejak uitm penang untuk submit.bukan main happy lagi aku dapat jumpa kawan2.duduk perlis memang forever alone aku.tsk.ohh ya masa hari submit report aku bajet pergi kampus masuk bilik lecturer letak report atas meja done boleh blah pergi suka ria kat jj.tapi tanggapan aku silap besar.

bukan main serabut aku pagi tu.start my day dengan realised yang hari tu hari isnin tapi aku tak bawak baju kurung.sungguh aku tak mau kena saman dengan pak guard.musnah rekod bersih aku kang nanti.nasib baik tok jadi penyelamat.pergi kampus pakai baju kurung tok.tsk.tu pun masa nak zip kain tarik napas tahan napas aku.nasib baik baju kurung tok kitew lawa2.buatnya macam baju orang tua.  T_T

sampai kampus aku dapat tau ada benda tak cukup untuk submit report.menapak pergi kolej untuk beli fail dgn fotostat bagai.turun lemak satu kilo.lepas tu cari bilik panel tak jumpa.sigh.banyak betul dugaan.




desprete punya pasal terpaksa submit borang penilaian guna fail kuning anak badak aku tu.nak jimat tenaga dan wang ringgit punya pasa.hukhuk

ni lorong wajib nak ke kelas.setiap hari lalu jalan ni.paling benci lalu time bulan puasa sebab dekat lorong ni ada kitchen.buatnya lalau masa bulan puasa time budak2 culinary tengah masak ke pergh boleh makruh puasa aku bau makanan.ohh me.wearing tok's baju kurung..hukhuk

selesa segala hal nak dekat pukul 5 petang.aku tengok orang pun dah nampak nasik sebab memang tak makan lagi untuk hari tu.pilih untuk makan kat kapitan.beriani ayam terbaik.


ok aku lapar bila tengok gambar ni balik..



then dua hari lepas tu tiba masa untuk present.cuak habaq hanggg..ni presentation terakhir untuk diploma.walaupun ada masalah sikit masa hari presentation tu biarlah.aku dah tak nak fikir.yang penting semua dah lepas dan aku dah cuba buat yang terbaik.

masa mar tengah present.aku tengah dup dap dup dap tunggu giliran.


maka dengan berakhir presentation tu,kira tamatlah pengajian aku selama 3 tahun.3 tahun yang penuh dengan pahit manis.tapi banyak sangat yang manis sampaikan yang pahit pun aku rasa manis.tengok balik kad matrix rasa macam baru semalam je beratur nak buat kad matrix ni masa semester 1. dah 3 tahun dah berlalu..

bila diingat ingat balik seronok pulak aku fikir.masa belajar kat penang dulu banyak dugaan.nak ulang alik pergi kelas pun susah.aku,alia,jannah dengan syahida mana ada transport nak ke kelas.bus uitm tu lah yang jadi kesayangan kami.bus tu pulak bukan tentu masa.orang lain tidur lagi,kami dah bangun awal2 sebab nak kejar bus.eh lupa pulak farid and faizal sekali.teman satu bus lah tu.time hujan jangan di kata la.basah pun basah la.bus tu pulak kadang2 macam mogok.time aku nak naik bukan nak muncul.elok dah bayar rm1.20 kat rapid baru bus nak sampai.rasa macam nak menangis je.rm1.20 untuk perjalanan sekangkang kera tu macam sungguh tak patut.rm1.20 tu boleh buat beli teh ais satu bungkus kat abc corner.tapi ada je pakcik rapid yang baik halal kan 20 sen tu.thanks pakcik :p. dan bila fikir2 balik,kami yang naik bus susah payah ni pun boleh pergi kelas,orang yang ada kenderaan lagi lah patut boleh pergi kelas kan?

lagi satu pasal makanan.masa awal sem bukan main meriah.tinggal nak hujung sem pandai2 la catu duit bagi cukup.time hujung2 sem tu duit syiling pun aku korek himpun2 sampai cukup.tak pun masak lauk ala kadar ke.telan megi ke.seronok zaman susah senang dengan kawan2.dan aku bersyukur bila aku susah senang pun orang kat sisi aku masih orang yang sama.thanks kawan2 untuk 3 tahun yang indah ni :)



lepas ni aku tak tahu lah bila akan ke penang pulak.so saat2 terakhir aku nikmati makanan kesukaan yang tak mungkin boleh dapat di perlis.

terima kasih penang untuk memory indah ini.nanti jumpa lagi ok?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...