skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Friday, May 4, 2012

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

sebelum aku dicop sebagai rakyat Malaysia yang tak kenang budi dan jasa,dengan ini aku nak mulakan entry dengan jutaan terima kasih kepada kerajaan malaysia atas pemberian bauncer buku satu malaysia dan jugak bantuan rakyat 1 malaysia.maceh na?

cuma kat entry ni aku nak share pengalaman sebagai penerima BR1M.actually bukan la aku yang terima.aku cuma rasa apa yang penerima bantuan tu rasa.

alkisah macam ni.tadi aku teman tok ndak aku untuk pergi ambik BR1M tu.kalau ikut jadual,majlis akan bermula jam 2.30 petang.jadi aku dengan tok ndak decide pergi awal sikit.mana tau cepat pergi cepat la boleh balik.sampai sana around 2.10 ptg.tu pun dah ramai umat manusia.

mula2 kena daftar dulu kat kaunter.tapi masalahnya orang kat kaunter tak sampai2 pun lagi even jam dah 2.30 lebih.padahal penerima bantuan dah penuh segenap ruang.dengan cuaca panas nya.tempat duduk tak cukup.kesian aku tengok orang2 tua dengan orang yang kurang upaya.macam-macam ada.yang datang dengan tongkat.dengan kerusi roda..kesiann.

nak dekat 2.50 baru lah nampak batang hidung staff yang bertugas dekat kaunter then barulah boleh mula proses pendaftaran.masa tu tok ndak aku dah rasa tak berapa nak sedap badan sebab tok ndak ada masalah jantung sikit.dah siap daftar cepat masuk dalam dewan.nasib baik la dewan ada aircond kalau tak boleh pengsan tunggu!

aku ingat bila dah habis daftar dah lega dah.rupanya tak.sebab kena tunggu proses pemberian bantuan pulak.adess.yang ni satu hal.tunggu punya tunggu bukan main lama tapi masih tak bermula.masa aku tengah tunggu tu ada seorang makcik approach aku.katanya dia dah tak mampu nak tunggu.dia datang dengan tongkat sebab kaki dia sakit.dia cakap dia dah tak boleh tunggu,dah tak tahan sakit kaki sebab tadi kena berdiri masa tunggu proses pendaftaran.kesian aku tengok dia.dia mintak aku pimpin sampai kereta.aku tolong hantar dia.tu baru seorang.yang lain aku tak tahu lah macam mana rasa kena tunggu macam tu.

tok ndak aku pun dapat tau yang rupanya baucer tu boleh claim dekat bank.tok ndak yang memang tak sedap badan terus ajak aku balik.dia cakap dia takut rebah kat situ nanti susah.masa aku balik jam 5 petang tadi VIP masih tak sampai.majlis masih tak mula.dan aku tak pasti bila majlis akan mula dan berakhir.

pasal bantuan tu aku setuju sebab boleh ringankan beban rakyat.tapi cara pemberian tu.hmm.mostly penerima warga emas,orang kurang upaya.yang bawak anak-anak kecik pun ramai.kesian terpaksa tunggu lama.aku terkilan sebab staf sampai lambat.KALAU PENERIMA BOLEH SAMPAI LEBIH AWAL,KENAPA BUKAN URUSETIA?kesian tengok orang kena tunggu.

VIP pun lambat sampai.yelah aku faham.VIP orang penting.banyak kerja.orang yang lebih susah dan tak mampu ni kena lah tunggu.dah orang nak bantu tak boleh nak complaign.kalau tak nanti orang cakap tak bersyukur.

aku tak sure pulak macam mana flow majlis bila dah start.apa yang aku harapkan tak ada ceramah berunsur politik macam aku selalu alami masa nak terima bantuan untuk anak yatim dulu.aku harap majlis boleh mula dengan cepat dan bantuan boleh terus diberi.aku harap macam tu lah.

ini bukan entry tak bersyukur atau nak merungut,sekadar nak berkongsi pengalaman.and again,terima kasih atas bantuan yang diberi.

p/s:tak ramai yang tau bantuan boleh claim kat bank.so mereka tunggu sampai majlis mula and habis.

Thursday, May 3, 2012

kenduri kendara kenduru

this few days back i was super duper busy.one of my relatives get married last sunday and yang kahwin tu saudara yang rapat,so i was involved in her wedding process from A-Z.aku punya sibuk dah tahap macam aku yang nak kahwin.and bila aku cakap aku involved from A-Z, aku incharge from petik daun inai plus giling daun inai untuk pengantin,prepare the door gift,bawak the bride pergi jumpa mak andam,sampailah kepada habiskan lauk pauk kenduri.ehehe.


preparation started few days before hari kenduri.one thing yang best pasal kenduri ialah ramai2 berhimpun bersembang panjang sambil tolong2 apa yang patut.sayangnya kenduri ni guna khidmat katering.kalau tak mesti lagi best.dulu2 kalau kenduri orang kampung masak sendiri.aku selalu jugak ikut tok pergi siang bawang.yelah kan masak sendiri,so kena la potong bawang ,siang ikan bagai.time tu best je rasa.meriah.sekarang ni semua pakat guna katering je.hmm.dah hilang satu kemeriahan kenduri.


apart from door gift,ni baru sebahagian.door gift baaaaaanyak nak kena buat.

pengantin nikah hari Jumaat.tapi masa nikah ni panggil kaum keluarga terdekat ja.yang baju biru ni masa akad nikah.ohh ya the bride ni sepupu kepada arwah abah.i supposed to call her mak long liza.tapi taknak kalah panggil aunty liza.ngeh ngeh.and her husband,we called him uncle joe.lagi taknak kalah =.= btw masa malam akad nikah satu keping gambar aku pun takdak.sebab sibuk basuh pinggan kat dapur.



hari sabtu laaagilah aku busy.sebab rumah sendiri pun nak kena kemas.semua kazen balik.yeayy!then petik daun inai dengan tok.lepas tu guna cara paling manual iaitu giling dengan tangan.tok ngah aku boleh pulak gelak tengok aku giling inai.mencik tau.hilang keyakinan!

hari ahad hari kenduri.aku dengan kak ngah bawak aunty lizapergi bersiap.mak andam sombong uolls.tak boleh tengok process make up.mencik.sebab bosan aku ajak kak ngah breakfast.kami punya breakfast pun taknak kalah.bukan nak cari nasik lemak or roti canai.

ambikk.sekali snack plate buat breakfast.breakfast la sangattt.eh jangan salahkan kami tau!kami datang pukul 10.45 a.m tp set breakfast dah habis.tak pasal2 kena makan snack plate tau!(padahal niat asal nak hentam secrete recipe tapi awal sangat secrete recipe pun tak bukak lagi)

balik je dari bawak pengantin bersiap,lepak dengan aunty liza kat bilik pengantin.masa tu tetamu tak datang lagi.so kami la yang conquer bilik pengantin tu.bajet macam bilik pengantin sendiri.hehe



ni je gambar pengantin yang aku ambik.ngehngeh,soryy.malas nak heret camera masa hari kenduri.tak cukup tangan weyy.mana nak makan nasik hujan panas dengan ayam masak merah sedap,mana nak makan bubur kacang lagii.kek lagii.sibuk tau sibuk?

bila dah setel semua,tetamu pun dah balik,dah siap kemas sikit-sikit,maka beramsur pulang lah kami.tapi bila cucu tok embun dah berhimpun mana lengkap kalau tak ada sesi photography.











last but not least nak ucap tahniah kepada aunty liza dengan uncle joe.semoga kekal sampai ke akhir hayat and cepat2 dapat baby comel! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...