kerana cinta aku rasa kadang2 perempuan ni boleh jadi bodoh.bukan nak kondem kaum sendiri ke apa.tapi realiti.nak buat macam mana.terima je lah dengan redha.tindakan bodoh perempuan buat sebab lelaki yang kononnya kerana cinta.porrahhh.
kerana cinta buang keluarga.
ini benda yang saaaaaaaaaaaangat bodoh perempuan buat.sanggup tinggal keluarga sebab jantan.contoh paling baik,berderet kes perempuan malaysia lari pergi lombok ikut mamat indon.gyla ke apa?malaysia sikit punya indah permai maju aman damai pesat membangun,boleh pulak pergi lari ke lombok yang aku pernah baca rupanya sama macam malaysia puluhan tahun dulu.heh.otak tarak ka?tu satu hal.dah tu sanggup pulak tinggal family.tak sayang mak bapak ke?tak sayang adik bradik atuk nenek sepupu sepapat makcik pakcik?selama kau hidup ni mak ayah yang tanggung.yang bagi kasih sayang.yang suap makan minum.manjakan dengan harta benda korang nak apapun bagi.tup2 jumpa mamat indon,lari macam tu je?tak payah tunggu jumpa mamat indon pun la.jumpa jantan tempatan pun,kononnya dah janji nak sehidup semati.kononnya cinta sampai akhir hayat.sanggup ketepikan keluarga.bodoh..bodoh..
kerana cinta hilang maruah diri.
ini pun benda yang saaaaaaaaaaaaaaangat bodoh perempuan buat.konon kerana cinta.konon kerana sayang. 'demi u i serah segalanya.' heh yelah.sayang la sangat.konon sayang sampai dara pun nak bagi.sampai mahkota wanita pun nak bagi.lambang kesucian wanita pun nak sedekah je kat jantan?kalau ye pun jantan tu janji nak kawen dengan korang,tak payah la bodoh sangat,kalau dia tak kawen macam mana?dah puas dapat apa yang dia nak,lari tinggal koraang terkontang kanting macam tu je.habuk pun tarak.orang laki ni,buat macam mana pun tak effect apa2 pun kat diorang.orang tak dapat nak detect pun teruna ke tak.orang perempuan ni lain.tak kesian ke kat suami sebenar korang nanti kalau dapat tahu yang korang ni bekas orang?penat je suami korang kumpul duit buat duit hantaran mas kawen segala bagai.sekali dapat tau korang sedekah free je kesucian korang kat jantan ntah mana2 ntah.
kerana cinta,habis licin duit ringgit.
ni pun bodoh jugak.belum apa2 lagi korang pulak yang sara hidup boifren.ewaahh..tak termaktub dalam hukum pun kalau kapel tu kena bagi duit kat boipren.ni tak.keluar makan korang belanja.hadiah beffday tanak kalah.perfume dua tiga ratus harga.top up korang punya tanggungjawab.eh apa macam ni laa?kalau bercinta pun korang yang keluar duit.dah kawen nanti silap2 laki duduk rumah goyang kaki,korang hempas pulas cari duit buat sara hidup anak laki.dunia memangg tunggang tebalik la kalau jadi macam tu.
kerana cinta sanggup korban masa depan.
tengah dok belajar elok2,bercinta pulakk.fine la.bercinta la tonggang terbalik pun.tapi jangan la sampai kacau study.ni takk.gaduh ngan boipren hilang mood nak belajar la apa la.bodoh la macam tu weh.kalau begaduh perempuan lebih2.sekali laki tak rasa pape pun.teruskan hidup macam biasa,study leklok grad,berjaya.kita yang perempuan ni apa jadi?rugi macam tu.datang belajar ni pakai duit mak bapak rugi weh.bukan senang nak cari duit bagi kita makan kat sini.
kerana cintak sanggup kena herdik caci maki.
nama pun baru kapel.KAPEL je kott.tapi kaki tangan semua dah naik.ewahh..sanggup tuh.mak ayah jentik pun tak pernah.nak kasar sikit pun tak sampai hati.ni baru kapel tiba2 dah kena penampar penerajang.tu baru kapel.belom kawen lagi.lagi satu kalau gaduh jenis nak mencarut.keluar la segala bagai perkataan tak elok tuh.amboii..sampai tahap macam tu eh korang sanggup demi cinta?weh.boipren takde hak pun kononnya nak ajar dengan cara pukul ni.dalam islam pun,suami kalau nak ajar isteri takdenye islam cakap kena seksa sampai sakit macam tu.ada cara.and one more thing,kalau laki tu sayang,dia takkan sanggup nak sakiti orang yang dia sayang.penah korang namapak ayah korang pukul mak korang?tak kan?sebab apa?sebab ayah korang sayang mak korang.paham tak?
yelah fine.aku ni boifren pun takde.bila aku tulis macam ni kang mulala ada yang nak keluar stement konon 'ko tak bercinta ko tak paham.sayang punya pasal' yelah fine.aku ni tak bercinta.tapi aku yang tak bercinta ni bila tengok orang yang bercinta sampai tahap macam ni,hmmm.takpe lah.kalau macam ni la cinta,aku rasa aku bahagia je macam ni.
bila bercinta, semua orang buta mata n buta hati. tu yg dinamakan cinta yang berlandaskan hawa nasfu semata-mata, bukan cinta kerana Allah swt. manusia... kdg2 lupa siapa dia. hmm....
ReplyDeletebtul tu.bila cinta lupa semua.bahaya kalo smpai tahap mcm tu kak liana.
ReplyDelete