skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Friday, April 8, 2011

cinta ibu bapa vs cinta dunia

cinta tu ada banyak.cinta kepada tuhan,cinta kepada rasul.cinta kepada ibubapa.cinta kepada jantina berlawanan.dan dalam banyak2 cinta orang paling suka cinta dengan jantina berlawanan.tipu la kalau cakap 'aku tak minat nak bercinta' sumpah tipu.kalau anda manusia normal,rasa macam tu memang akan ada.dan once dah jumpa cinta yang kononnya sejati,aku rasa cinta tu kadang2 jadi melampau.sampai tahap aku tengok cinta kepada orang luar yang bukan sedarah sedaging tu lagi hebat kalau nak compare dengan cinta kepada orang yang melahirkan kita dan jugak orang yang dah bela kita bagi makan pakai dari kecik sampai umur dah tua bangka.

hebat sungguh kan cinta yang konon cinta suci ni?padahal cinta tu belum tentu pun jadi jodoh kita.silap2 bercinta bagai nak rak sampai abaikan mak bapak tapi at last kahwin dengan orang lain.cinta kepada tuhan tu lagi lah.yang tu aku taknak sentuh.yang tu masing2 patut paham apa yang patut.

kadang2 aku tumpang simpati kepada ibu bapa yang dipinggirkan kerana cinta tak pasti ni.mak ayah cakap lansung tak makan saman.tapi boipren girpren cakap?mak aih.patuh macam dah jadi suami.kadang2 dengan ibu bapa suara tinggi ke langit.but when it comes to pasangan,pijak semut pun tak mati.kesian ibu bapa yang di anak tirikan dengan situasi macam ni.

bodoh sungguh buat macam tu.cinta kepada jantina berlawanan tu datang dan pergi.boleh tukar2 lagi.tapi cinta dan kasih sayang ibu ayah pada kita sampai mati.tak ada tukar ganti.kepada yang buat macam tu kepada mak bapak sendiri baik insaf.sebelum terlamabt.sebelum menyesal.sebelum mereka pergi tak kembali lagi.or worst,kita ni yang pergi dulu ak sempat nak mintak ampun mintak maaf.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...