skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Friday, April 1, 2011

langkawi-day 2

kalau ikut perancangan awal,sabtu pagi tu sepatutnya kami pergi cable car.tapi celik mata suasana sejuk semacam sampai rasa macam taknak bangun.sekali tengok hujan!dah frust dah time tu sebab pakat2 eksaited nak naik cable car.so tukar plan pergi island hoping.sebab masing2 tak penah buat dan tak boleh nak imagine rasa island hoping tu macam mana,so mula2 tu rasa macam so-so je.tak eksaited sangat.tapi bila dah try!walaweh best wooh!

apa2 hal breakfast dulu.ohh ya hotel kami tak include breakfast.sebab kalau tengok memang ada kaunter receptionist then satu bangunan hotel.kecik je.so hujan2 pun redah jugak perut lapar punya pasal.pasal makan jangan risau.pagi2 pun kat area cenang tu banyak je kedai mkn pagi local food.tak kempunan punya lah setakat teh tarik dengan roti canai kuah banjir tuh.kedai yang kami makan tu harga sangat affordable.memang standard harga.tak ada mark up pun.so puas hati sangat!


teh tarik panas di kala pagi yang hujan.awww~
yang species lagi sanggup perut kosong asalkan boleh tidur tu memang tak turun breakfast..ni pulak muka tak tidur takpa janji perut kenyang.hehe


island hoping

island hoping melibatkan aktivity melawat pulau2.actually 3 pulau kalau ikut pakej kami tu.abg boat tu offer utk pergi pulau yang lain tapi kena tambah extra cas la.tapi kami refuse sebab 3 pulau tu pun dah letih and nak jimat duit cket.


 kan aku cakap faizal memang dedikasi bawak banner?ini masa dekat jeti untuk ke island hoping.eh2 ni bukan jeti feri langkawi tu.ni jeti boat2 kecik je.

untuk island hping naik speed boat.classmates aku yang ada masalah pening2 manja dengan ombak laut memang dah cuak.teringat masa ombak kat redang tu fuhh sampai tahap ada yang lembik jugak la muntah2.tapi time island hoping ni chillex je ombak dia.tak pening even masa tu hujan sikit.aku mula2 risau jugak bila hujan.tapi so far Alhamdulillah semua ok :)





first stop pulau beras basah.cantik sangat pulau tu!air pun bersih je nak mandi pantai.maybe sebab tak ramai yang pergi so tak ramai yang contribute untuk pencemaran maka environtment bersih dan cantik.nak mandi manda pun best sebab tak sesak kalau nak compare dengan cenang yang boleh di ibarat macam jalan2 kat kl.ramai!

 aku ni kan tak ada camera.maka gambar pun kutip2 je.maka terjumpalah gambar2 bajet maskulin ni.haha



subhanallah..cantik kan? :)

 untuk island hoping aku sangat risau bila kat pulau tu takut2 tak ada jeti.yelah selalu tengok dalam tv kena terjun terus kalau nak turun then time nak naik kena panjat je boat tu.yelah memang aku risau lah dengan keadaan badan aku yang comel ni.ingat senang ke?hoho.tp nasib baik semua pulau ada jeti!termasuk pulau beras basah ni sebab lecturer aku cakap masa dia satang dulu memang tak ada jeti.huhu



kalau kau buat macam ni nora ranap pokok =.=

 sampai2 je boys terus terjun dalam air.yang perempuan malas nak basah2 then tiba2 hujan!apa lagi.dah alang2 basah tu terjun sekali je!best wooh main air ramai2!eh tapi kan kalau kat pulau ni tak boleh mandi dalam2 sangat sebab ada binatang apa ntah nanti kena gigit kat kaki sakit.bahaya sikit.



lepas almost sejam kat pulau beras basah gerak ke pulau dayang bunting.for sure ramai penah dengar dan tau pasal tempat ni kan?ikut lagenda siapa yang mandi kat sini boleh mengandung.tapi mitos je la.ohh ya kat pulau ni banyak monyet!eh ke kera?ntah la tapi species2 tu lah.memang kena beware sebab memang akan ada monkey attact.dan kami kena kejar dengan monyet!SAYA ULANG KAMI KENA KEJAR DENGAN MONYET!sumpah cuak gyla!ni classmates aku la saje gatal2 tunjuk2 kat monet tu.dah la banyak!sekali kena kejar!dah la yang kena kejar tu monyet besar nak mampos!time tu aku kat belakang2 sikit.membe2 aku yang kat depan semua dah jerit 'anjing!anjing!' dalam hati ahh sudah mati aku!semua pakat lari!but then ada sorang classmates laki aku FARIS SI MACHO dengan macho nya jadi hero selamatkan kami dengan halau monyet tu.budak laki lain?hampeh!aku pusing2 dah sampai ke belakang!

hah species ni la yang kejar kami!

 hah kat sini la kami kena kejar!cuba imagine nak lari sampai mana?hujung tu laut je.aku dah ingat kena terjun laut dah sebab ingat yang kejar tu anjing!lepas faris halau kau dah cuak.monyet tu memang tunggu kiri kanan jalan.nasib baik ada aiman yang tolong aku then jadi knight selamatkan aku si damsel in distress ni.haha!masa balik pun ain dengan fiza tolong.cuak beb!thanks guys :')


before jumpa tasik kena jalan sikit around 10 minutes then baru ada tasik.yang golongan pandai berenang terus terjun.tapi kalau tak pandai macam aku boleh sewa life jaket.murah je!dan bagi golongan penakut macam aku even ada life jaket pun macam tak boleh nak berenang je,maka duduk tepi2 rendam kaki je la ye.

aksi penerjun negara.






lemak T_T

kan dah cakap?rendam kaki je.hukhuk

 hah!kat sini jugak ada ala2 fish spa tapi ikan keli kalau tak silap.aku tak sempat try tapi classmates aku semua cakap geli!haipp!mata jangan tengok kanan tu.mentang2 seksi!grrrr~




then tempat ketiga pulau apa ntah tak ingat.tapi tak turun kat pulau pun.just stay atas boat then boleh tengok helang makan.abg boat tu akan spare ayam then baling dekat2 dengan boat.so siapa yang tak penah tengok brung lang tu boleh la ambik peluang ye.time ni tak ada gambar sebab semua ralit tengok helang.harap maklum.

bagi aku enjoy sangat island hoping!penuh riang ria gelak ketawa!best gilos!rasa nak pergi lagi!!!kami selesai island hoping nak dekat pukul 3.balik siap2 then pergi lunch.ntah kedai celah mana ntah driver van tu bawak,kedai memang service fail!jangan la pergi AIRPORT CORNER (depan airport langkawi)!.lambat gyla masak!patut la kami je yang pergi situ.rupanya orang lain pun tau makanan tak best!huh!

lepas makan terus pergi shoping!pakat2 rambang mata tengok chocolate!kepada anda2 yang ke langkawi,kalau rajin survey dulu harga choc sebab ada yang lebih murah kat kedai lain,ada yang murah kat kedai feymes haji ismail tuh.tu pun kalau rajin la.kalau malal tu borong terus kat satu kedai!senang!



motif gambar:beg baru


lepas shoping singgah dataran lang sat.tapi gambar semua kena pakai flash so muka masing2 jadi tangki minyak!time tu kan earth hour so gelap je.hoho.




the best part ialah dinner malam tu!tak ingat nama tempat.tapi sedap!menu banyak!kami bayar satu kepala rm20 then menu siakap 3 rasa,tom yam seafood,kerabu mangga,satu benda aku tatau nama,sayur campur,sambal belacan,KETAM MASAK BLACKPAPER YANG SEDAP!,telur dadar and buah.banyak kan?



ni benda yang aku tatau nama tu!




lepas makan perut semua dah jadi baby bump.berbaloi sangat!ingat nak balik tidur je.tapi ada game kat pantai!diorang main game tapi aku mintak excuse sebab maksu datang jumpa.ohh ya maksu bawak p makan!memang aku tak makan la unless kalau aku nak perut aku pecah.hoho.then balik bilik tidur~

sekian.....


extra:malam tu angin kuat gyla kat pantai cenang.mata memang tak selamat dari pasir!

2 comments:

  1. Assalamualaikum

    kelakar gambar yang no 2 2

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam..haha.kwn sy mmg suka ambik gmbr begitu! ;p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...