tadi aku lepak dengan classmates.bukan apa,nak jumpa ex classmates yang datang dari kl.huda dengan pikah.dulu satu class but then diorang sambung buat fast trek so sekarang dh jadi budak degree.lepak dekat je.mcd depan rumah.aku tadi jadi nafsu serakah kejap.dah berbuka tapi pukul 10 makan jugak lagi.alaa orang belanja.takkan nak tolak pulak kan?hihi
lepas tu diorang decide nak ke uptown bandar perda.tak jauh.depan mcd tu je.mula2 aku refuse nak ikut.sebab tempat sesak macam tu bakal buat aku panas dan aku akan berpeluh.aku ni species cepat berpeluh sikit.peluh buat aku jadi rimas.tapi bila fikir membe datang dari jauh aku ikut jugak.
sini standard uptown la.macam2 benda ada.tapi sempena ramadhan ni makin banyak pulak stall.dan orang pun makin ramai.nak cari apa2 kat sini datang la.jeans paling banyak.shawl jangan cakap.kasut pun ada.membe2 lelaki aku yang join dah rambang mata.tebalik pulak.haha.
aku jumpa benda ni!!cantik!klasik sangat.murah pulak tu.pakai dengan shawl letak atas kepala.aku berkenan tapi tatau kenapa tak beli.ni balik rumah dah menyesal.bencik!
dan yang paling terbaik jumpa satin shawl!!penat aku carik kat kedai kat perlis dengan sini tapi tak pernah jumpa atas kedai.aku tak suka beli online sebab mahal.tak masuk postage cost lagi.ni kira okay lah.rm20.lepas ni nak pergi beli lagi!hihi.aku yang mula2 tak nak pergi end up aku pulak yang shopping =.=
lepas tu sambung sesi mengumpat dekat kedai ni pulak.masing2 dah haus sebab penat berjalan!btw seronok dapat cath up balik dengan diorang.ntah bila pulak la nak jumpa lagi lepas ni kan?
Farid pakai short?! WOWOW! Tokojut den ni ha. Hehehe!
ReplyDeletekan kan?seksi kan?hehe
ReplyDelete