skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Friday, September 23, 2011

merepek

selamat pagi duniaaa..eh2 aku dah lama bangun,bukan baru bangun.actually aku tengah bosan.nk update blog tapi tak ada bahan.eh ada kot bahan cuma aku tak ingat apa yang aku pernah fikir untuk dibuat entry.jadi pagi ni kita buat entry merepek je.

dah breakfast?yang duduk rumah tu untunglaaa boleh breakfast sedap2.aku makan cereal je.nak breakfast yang lebih sihat kunun.haktuih.padahal sebab benda tu senang nak makan.cuba kalau aku kat rumah.ada aku nak makan cereal?harap maap le.possibilities tu sangat la sikit.tiba2 teringin pulak nak makan nasik lemak.last time aku makan nasik lemak rasanya before puasa kot.uih ni kalau dapat sebungkus ni.pergh.terbaik!

yang tengah exam pulak macam mana?exam ok?aku ni baru lepas satu paper.ringan la jugak terasa.tapi ni tengah sesak nafas semacam je memikirkan paper paling susah isnin nanti.adehh.killer subject.law.aku tengah tak keruan.cuak kalau kena repeat.kalau ikut previous senior pun result memang tak mmberangsangkan.adeh.macam mana ni.......taknak repeat...tapi kena banyak hafal.aku ni dah la kalau bab menghafal memang out sikit.lambat je.hukhuk.takpe lah.i'll try my best.aku target lulus pun dah besar rahmat.apa?A?memang bukan dalam igauan aku pun.hukhuk.


tinggal sekejap soal exam.semalam aku berpoya poya dengan sepupuku.eh time exam kena release tension jugak.kena jalan2 jugak #alasan.haha.then sengaja cari pasal kan.masuk lah area baju2.eh banyak pulak baju cantik2.menyampah aku.time aku tengah kering ni bergelimpangan baju cantik2.seluar pun tiba2 banyak je yang berkenan di hati.menyampah aku.cuba kalau time aku tengah aim nak shoping.baju tshirt putih kosong pun tak ada yang aku berkenan.celah mana disoroknya baju pun aku tak tau.mencik aku.nak beliiiiiiiiiii.hukhuk.lepas ni nak balik perlis dahh,mana kau nak carik baju size aku lawa2.kat perlis tu baju size adik aku je ada.haihh

hmmm.apa nak tulis lagi ek?eh dah la dulu entry ,merepek aku.nak merepek pun macam tak ada idea dah.ohh ya.kalau kat atas tu ada typo ke apa ke korang pejam mata je la anggap tak nampak.masalah typo aku ni lately memang dah cronic.asyik kena kutuk je.lantak la.malas nak ambik tau.k lah.babai!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...