skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Thursday, October 28, 2010

kawan

aku gembira.sangat.thanks kawan :')
<3

kau.

tak tahu nak tafsirkan rasa itu sebagai apa.
kalau dulu mungkin aku suka
tapi sekarang ntah lah.
aku asyik nampak kau je sekarang..
dulu masa aku berharap sangat nak tengok kau,aku tak pernah pun nampak!
haih..

Thursday, October 21, 2010

quick updates!

ohhohh
currently kat perlis.
brodband tak bawak balik.
so ni update kt cc jek!
da berkurun aku tak dtg sini!
tapi tempat ni still sama je!
tak berubah lansung!
hoho..
next week final!
doakan aku bole jawab ye!
study in progress..hehe
;p

Monday, October 18, 2010

buaya!


aku perempuan normal dan tipikal.so aku suka beg dan kasut.tapi,aku selalu face problem tiap kali nak beli kasut!bagi aku,susah nak jumpa kasut yang sesuai dan selesa dengan kaki.penah je aku beli kasut,pakai sekali then tak pakai dah.sampai sekarang berabuk bersarang labah2 dalam almari.kadang2 sampai satu tahap aku jadi fedup.paka je la flip flop tak pun kasut flat dari vinnci.BOSAN!


TAPI!hah ha!sekarang aku dah jumpa kasut yang selesa dan sesuai ngan kaki aku!!CROCS!yep.memang agak rabak ye masa mula2 beli!tapi yang best sebab kaki tak rabak.super duper comfy!suka gyla!!


tapi hari tuh kasut aku makan tuan.jalan sampai terpeleot so kaki aku sakit tak boleh nak pakai crocs.jadi dalam hati berangan nak beli sepasang lagi crocs.heheh.so usha2 kat internet...









dulu masa mula2 kuar crocs spesies ni,mata aku alergic je tgk!tapi lama2 jadi trend.comel!



hah masa aku mula2 nak beli crocs,aku berkenan gyla spesies ni!macam heels!selesa kottt!!tapi bila fikir2 balik aku nak terkejar2 naik bus kang tergolek aku tepi jalan.so aku kena carik yang stabil dulu sebagai beginner.so nak beli kasut ni tinggal angan2 je la...sobsob.


lepas tu crocs siap kuar aksesori lagi untuk kasut!!sumpah comel!!tapi kasut aku tade lubang2 so tak bole beli..sobsob.. T_T




yang ni memang pilihan hati nombor satu!!aku memang gyla sangat dengan animal print!dah la flat lak tuh!time kaki aku sakit memang mengidam gyla lah nak kasut ni!!




eh2!yang ni pun suka jugak!tapi pernah nampak ada orang dah pakai kaut ni kat kampus..jadi nafsu kurang sikit.tapi still ada keinginan nak!

yang ni aku pernah try masa g quenssbay (qb) hari tuh.demam2 pun terbukak gak mata aku nampak crocs buat sale.yang ni kalau tak silap aku rm2++ tapi ada sale tinggal rm1++ je..dia ala2 pumps ckit.yang penting selesa!!tapi duit tade nak beli time tuh..hukhuk


hah.nak nunjuk sikit kasut aku.yang dua dari kanan tuh.tapi kaler lain la.macam orang tua sikit kott..hukhuk..



aku ni taip je lebih.cakap nak beli lagi satu pasang tapi sampai skang tak beli lagi.hoho.tunggu hadiah birthday! ;p

Saturday, October 16, 2010

PYOTA bersama program BERSAMAMU TV3

semester ni memang semester yang cemerlang buat PYOTA(penang youth tourism association).program yang kami plan semua berjalan dengan lancar!daripada tayangan cerita Gadoh,trip ke teluk batik,car wash untuk kutip dana,sampailah kepada program amal bersama rumah kanak2..bagi aku semua berjaya!ohh ya..before ni kami ada event luar dengan sebuah sekolah rendah.program kerjasama bersama USM dgn WOU.dan penutup program semester ni,kami dijemput untuk sertai program BERSAMAMU TV3.cuci kereta untuk bantu pakcik azhar dengan anak2..sangat have fun!membantu sambil beramal,,membantu sambil main buih..membantu sambil main air! ;p








The man behind the program.my tour guiding lecturer.dy yg buat kitorang terlibat dengan mcm2 program.thanks en saiful azli! ;p (pssstt..cameraman bg kami main camera.so ni tengah action konon2 tengah interview wakil rakyat..hehe..btw,en saiful ada lesung pipit yang manis! :) )




mamat ni frust tak dapat masuk mass com.so kami bagi can dy main kamera dengan mic tv3 tu puas2 ;p hehe.




ohh ni tengah main konon2 tengah interview usahawan kuih raya..tetttttt! haha




'BMW' yang sangat berjasa kat kami!thanks ye ain bawak kami naik JDP(janda dua peranakan ;p)!..kereta ni lepas cuci baru kami sedar kaler putih rupanya!haha




dua doraemon teruja dengan van tv3.haha



penat ouh cuci van besar gedabak ni!


paip sembur air tu kalau kena badan boleh merah!tapi bukan sebab kena batang paip.tp sebab kena air yang laju gila!



gosok..gosok..


masing2 cuba nasib kot2 dapat jd duta tv3.sebab tu bodek dengan angkat 3 jari tuh.




kesimpulannya aktiviti hari ni sangat fun!act banyak lagi gambar.tapi belum kutip lagi dari camera orang lain.maybe next time kalau aku rajin aku upload lg..thanks kepada tv3 sbb belanja kami lunch! ;p thanks jugak sebab bagi kami peluang sertai program ni..thanks kepada penasihat pyota en saiful azli dan en saiful bahri sebab turun padang.thanks kepada pakcik azhar bagi kami tolong beliau.thanks sebab bagi kami main air buih sabun ;p


kepada anda semua,sertailah kelab2 yang ada..banyak faedah boleh dapat..banyak pengalaman baru..seronok!tak sia2 kalau masuk..tak kiralah kelab apa pun..yang penting kita mesti enjoy masa jadi mahasiswa mahasiswi..rugi sangat2 kalau hidup mandom je kat kampus..hidup mesti fun! ;p


dan untuk semester depan,tanggungjawab sebagai ketua program akan aku cuba laksanakan sebaik mungkin. :)

Friday, October 15, 2010

minggu ni habis.
Alhamdulillah!
minggu ni sibuk sangat.
tidur tak cukup.
headache.
masalah
so weekend ni tak tidur puas2!
sampai tanak bangun!!!
haha
bole ke macam tu? ;p

Monday, October 11, 2010

Alfatihah...

tadi aku terima mesej dari mak long.


'tok chah dah takdak'


Innalilah..

siapa tok chah?
orang yang aku anggap macam nenek aku..
orang yang terima aku seadanya sebagai ahli keluarga baru tanpa secubit pun rasa benci..
malah aku dilayan seperti keluarga darah daging..
tak pernah aku rasa tersisih bersama beliau..
di usia 82 tahun (kalau aku tak silap) beliau masih kuat..sihat tubuh badan..
masih mampu menyapu dedaun kering di laman..
masih mampu berjalan ke rumah jiran..
masih kuat kudrat beribadat mengadap Allah..
masih kuat sujud di tikar sejadah tanpa bantuan kerusi..
arwah sangat menjaga makan pakai beliau..
air sejuk tidak disentuh..
makanan berlemak tak dijamah..
yang menjadi santapan perut hanyalah makanan sihat ulam ulaman..
tak hairanlah kalau beliau masih kuat..

petang tadi tok chah makan bersama cucu beliau..
tiba2 beliau mengadu sesak nafas..
beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital..koma..
dan menghembuskan nafas terakhir..


tok chah ialah ibu kepada ayah tiri aku..
tahun depan raya 9 beradik kepada ayah tiri aku pasti tiada makna tanpa ibu tersayang..
Alfatihah.

Saturday, October 9, 2010

:)

i thought it is easy for me to throw away my feeling towards you..
but im totally wrong..
i saw your smile..
it is still the same just like what i saw for the first time..
its never change...
every time i see your smile..
its killing me!

Friday, October 8, 2010

tanakkk!!!

dari semalam tekak sakit.and bangun pg td its getting worst!
hidung dah start tersumbat..hingus lak gedik je nak meleleh *bersin*
i know its not a good sign!
tanak sakit!
minggu depan test banyak..
kalau sakit mati lah aku! T_T


teringat lagi demam teruk hari tuh!
scary!
nak bangun pun tak larat.
mandi pun tanak sebab sentuh air rasa macam nak beku dah.silap2 bole mati shivering sorang! (sumpah kau hiperbola!)
tanak macam hari tu.buat susah kawan..housemates..
kelas pun tak boleh pergi (ehem.ini saya agak suka..eheh.. ;p)
nak tidur pun susah..


SAYA TANAK SAKIT!!!!!!!
hey fever+cough+flu!
please go away!!!!
shuuuhhh!!

Wednesday, October 6, 2010

MATI

SAYA SANGAT PENAT.
TAPI SANGAT BEST!
TAPI ESOK ADA TEST MANDRIN DAN QUIZ GEO.
SEBENTAR LAGI SAYA ADA KOKO
HIDUP SAYA BAKAL BERAKHIR KALAU HARI2 MACAM NI.
*SIGH*

exam :(

final dah sangat around the corner.kalau main kejar2 memang dah betul2 belakang aku.tinggal masa untuk sentuh aku je.if im not mistaken 27 nov..sory tak ingat..huhu..ask me whether im ready or not.and of coures my answer is a big no!.huhu..im kinda last minute person dalam hal study.im not that type yang boleh start study dari awal tahun then last semester benda tuh masih melekat dalam kepala.ohh no!sangat tidak.kalau bab hafal2 ni aku agak slow.kena baca dua tiga kali.then baru boleh ingat.then kena buat latihan kalau nak glue benda tu dalam otak.tapi benda ni aku selalu skip..huhu..TAPI!kalau bab number, i like it very damn fucking much(tiru style org tuh punya ayat ;p)!!..aku boleh deal dengan berpuluh puluh kertas soalan math.tapi sangat terkial2 nak hafal even satu page..huhu..nak kena telan kismis berkotak kotak ni!aku sangat enjoy kalau study math..dan aku sangat tension kalau menghafal..huhu..malang nya..no more math in my live :'(


okay.bila study last minute,major problem that i will face for sure la tak sempat nak cover semua.dan itulah faktor kerendahan markah aku selama ni...huhu..TAPI.macam mana tak sempat nak habis study pun,walau macam mana tak tahu aku nak jawab,aku takkan tiru..bagi aku,biarlah markah sikit..tapi biar berkat.tak guna kalau markah tinggi kalau tiru.tu bukan markah kita pun.tu markah notes.(kalau bawak toyol la..)..aku lagi rela markah aku rendah..



aku sedar aku ni bukan baik sangat pun..aku dulu pun pernah tiru gak..tapi sebab satu peristiwa,sumpah aku taubat tanak tiru lagi dah!


masa tuh aku form 1..yela 1st time kena jawab paper sejarah yang berjela jela fakta.sape nak baca?sape nk ingat?memang bukan aku la...so aku pun bawak toyol..(jangan tiru aksi ini!).tapi kantoi ngan cikgu yang jaga exam tuh.and i got a big 0 for my sejarah paper..luckily just ujian bulanan.bukan periksa penggal..so tak masuk report card pun.kalau tak,sure kantoi dengan wan.mati kena pancung aku!!


dan sejak tuh,aku memang dah insaf.NO MORE MENIRU DALAM EXAM!.tak elok.tak berkat.berdosa..dan sampai sekarang aku masih pegang prinsip ni.biarlah markah aku sikit.tapi berkat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...