skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Friday, April 29, 2011

budak sekolah mintak derma

tadi masa aku tengah fokus study (ye sila percaya) tiba2 ada orang ketuk.yang bagi salam tu aku dengar suara macam suara budak kecik.aku ingat anak tuan rumah datang nak hantar bil.sekali bila bukak ada budak2 mintak derma.yang datang bukan sorang.3 orang sekali gus!tanya la derma untuk charity ke apa.then bila tengok kat kad yang diorang bawak tu derma untuk sekolah diorang.amboi!then emma dengan alia pun bagi jelah sorang 50sen.mar je murah hati banyak sangat duit bagi sorang singgit.

duduk tak lama lepas tu ada lagi datang!dua orang pulak.amboi!kali ni aku dengan syahida pulak bagi sorang 50sen.lemak nak bagi banyak.then tak lama lepas tu ada orang ketuk lagi.ahh sudah.aku pandang syahida,syahida pandang alia,alia pandang laki kat luaq sapa ntah tak prasan.kali ni tak boleh jadi.rabak dah ni.tadi pun kutip nak bagi sorang 50 sen tu celah2 purse yang tersesat.bagi seposen2 pulak tu!maka nak selamat kami diam je.buat taktau.maaf la dik.darurat!kami semua senyap beku je.yang budak2 tu kemain kuat dah ketuk.last kesian syahida g bukak jugak.kali ni kami dah decide nak cakap je terus tak ada duit.sekali bukak budak yang tadi.

'kak,kami tertinggal pen'

okay diam.muka dah merah malu.budak tu balik je kami bantai gelak!adoyai kesian pulak budak tu..maaf la ye dik.sekolah tu pun tak patut sungguh!ada ke patut suruh budak2 mintak derma untuk sekolah.kalau untuk charity lain la sikit.at least kalau nak dapat dana ke guna la cara yang lain sikit.jual cookies ke macam kat sekolah luar negara.ni tak.tambah2 kami ni memang tengah pokai tahap kering.ulang makan megi je sekarang ni nak jimat punya pasal.tak bagi kang serba salah pulak.haih.dan lagi satu sekolah tu memang ada hak ke untuk suruh budak2 tu mintak derma?macam tak patut je.aku bangkang sungguh!


1 comment:

  1. amboi hanggg..hahah

    aku bagi untuk budak2 3 org yang bertuah tu ja..kalo mai lagi kaum kerabat depa, aku tak hulur dah ehh..aku pon kopak gak..hoho -_-""

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...