skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Monday, July 4, 2011

selesai sudah program keluarga angkat.dah selamat pulang.dah selesai sesi gelak ketawa.dah selesai sesi makan kenyang.dah selesai sesi air mata masa nak balik.

ni my first experience join program keluarga angkat.aku punya minded masuk u harus join at least sekali.sebab macam best.dan memang best! 

TAPI.bagi aku program keluarga angkat ni bukan sekadar nak seronok2 je.its more than that.bagi aku program ni bagaikan satu tanggungjawab baru kepada peserta.which is tanggungjawab kepada keluarga baru.kau dah seronok2 duduk rumah orang dengan makan pakai terjaga,dah tu kau balik takkan nak lupa terus?tanggungjawab nak bertanya khabar tu dah tergalas kat bahu.kalau sakit pening kena pergi tengok.yelah takkan nak abaikan je?

based on my own experience,aku dapat rasa how they love and treat us like a family.makan memang lebih.tak kenal erti lapar.rumah selesa.bilik cantik perfert.kau nak habiskan minyak motor abah pun habiskan lah.abah pergi isi nanti.for me mereka menepati definisi hospitality itu sendiri.they are the best hospitality.lagi baik dari hotel 5 bintang rasanya.

dari segi duit lansung tak lokek.nak makan apa cakap.mak masak.nak balik sipa bagi hadiah.dapat duit belanja.padahal baru kenal 3 hari dua malam.siap malam pertama tu aku rasa masing2 tersipu sipu malu lagi.malam kedua baru nak rancak.tapi too bad hari ketiga dah nak balik.kalau dapat lagi lama mesti lagi puas.katanya mak2 mengeluh tak sempat nak masak macam2 untuk anak baru.ayah terkilan tak sempat nak bawak anak baru jalan2.



dan aku serta farah(paling kiri baju hitam)  dilayan dengan sangat baik oleh mereka. :)

terima kasih daun keladi.

1 comment:

  1. kalau selalu mungkin mereka pulak yg tak larat...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...