skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Thursday, November 3, 2011

Jam

aku ada satu perangai yang satu2 nya perangai yang aku tau aku ikut perangai abah.yang lain maybe ada tapi aku tak tahu.tak ada siapa2 nak bagitau pun.aku punya habit yang memang ikut trait abah habis habisan ialah habit pakai jam.

dari dulu memang aku suka pakai jam.aku rasa macam tak sah kalau keluar rumah tak pakai jam.tapi kalau setakat tok suruh pergi ambik daun pandan belakang rumah tak la pulak aku pakai jam.tapi abah lagi hardcore kot.tok cakap abah tanggalkan jam masa masuk toilet dengan tidur.lain masa kalau nak cari jam abah,kat tangan beliaulah jawabnya.

bagi aku jam tu satu keperluan.bukan sekadar aksesori.jangan ditanya aku pakai jam untuk apa.untuk tengok masa.aku tak suka sangat tengok masa kat handphone sebab menyusahkan.nak kena keluarkan dari poket/beg.then nak kena tekan2 button baru screen nak tunjuk masa.kalau pakai jam senang.tengok tangan pappp dah tau masa.

eh tapi kadang2 aku kena update masa tanya jam orang lain jugak.err err sebab gatal cepatkan jam sendiri 5 minit lagi awal dari jam orang lain.then mulalah masa aku jadi tunggang tebalik.

ingat lagi my official first watch.yang ni kira up la sikit kot.brand QnQ kalau tak silap aku.wan yang belikan.ohh lupa wan pun perangai pakai jam sama macam aku dengan abah.eh balik kepada cerita jam aku,jam aku tu pun bodoh2 je.tali hitam.tapi tahan lama sangat.but in the end tak ingat pulak apa jadi dengan jam aku.

and my current watch.ada seutas je.sebab aku bukan jenis tukar2 jam ikut baju ikut majlis.semua tempat aku bedal pakai jam tu la.aku pergi masuk hutan pun jam tu.aku pergi shopping pun jam tu.aku pergi kelas pun jam tu.maka nak dekat 3 tahun dah jangka hayat jam tu.

dan petang tadi aku sedar jam tu dah mula menunjukkan tanda2 pecah.sayang wooh dengan jam tu!saya ulang lagi sekali.jam saya macam nak pecah2 sikit.

ehem2.maka dengan muka tak malu my birthday wish tahun ini ialah seutas jam tangan.ada orang nak bagi tak? *mukatakmalu*

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...