skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Sunday, April 8, 2012

Journey to Universal Studio Singapore~ part 1

tajuk tak menahan.journey kununnn..macam aku ni panjat bukit turun bukit je nak sampai sana.ahaha.takpe.tajuk kita kasi hiperbola sikit.jadi merujuk kepada tajuk di atas entry ni untuk aku gebang share pasal trip aku ke Universal Studio Singapore(USS).

sejak2 USS tu bertapak kat Singapore,aku tengok macam berduyun je yang dah ke sana.aku yang tengok ni pun telan air liur teringin jugak nak pergi weh!dah la seumur hidup jarang pergi holiday.tsk.sebabkan aku rapat kamceng dengan kak ngah so aku goda-goda sikit kak ngah aku tu ajak travel sama-sama.once dia cakap mau je terus suruh dia handle apa yang patut!tengok pemalas punya orang.nak berjalan mau tapi handle tak mau.bijak sungguh -.-

our first plan was nak stay kat singapore and then backpack and guna MRT untuk pusing Singapore including USS.but then fikir balik bila dua orang perempuan macam tak proper pulok.so tukar plan stay je kat Jay Bee (JB).haaa tu plan paling molek sebab boleh cut cost banyak.ini sangat disuggest for those yang nak ke USS jugak.boleh save banyak weh!then nak lagi senang and jimat kami book from Travel Agent.ALWAYS TAKE NOTE YANG KALAU NAK TRAVEL SILA BOOK PAKAI TRAVEL AGENT ESPECIALLY FOR HOTELS SEBAB BOLEH DAPAT RATE LAGI RENDAH COMPARE KALAU WALK IN!pasal bilik and flight ticket aku serah pada kak ngah.aku bayar je hew hew.cakap pasal bayar,penat menabung berjimat bagai sebab nak holiday punya pasal tsk.

wajah-wajah traveller nak budget tapi tak sanggup nak kebas bontot lama2 naik bus.jadi AirAsia jadi pilihan hati.ni muka baru lepas penat berlari lari sebab dah lambat takut gate tutup.permulaan hari yang begitu baik bila berlari lari di Penang International Airport .btw muka aku dah ghuper dulang dah diameternya.haihh

from Penang to JB kejap je,tak lama.sejam perjalanan.cuma dalam sejam kena tahan nafas jangan tergoda kalau passenger lain order makanan dalam flight.budget traveller tak bole spent rm6 hanya untuk sekotak milo.no no.

bila dah sampai,kena cari jalan nak ke hotel pulak.aku dengan kak ngah dua dua tak pernah jejak kaki kat Senai Airport.arah tuju pun tak tahu.jadi kalau nak jadi budget traveller yang bijak kena banyak bertanya.kat Senai Airport tu ada kaunter pertanyaan.tanya je jangan malu jangan segan.kalau banyak duit dari airport ke hotel kami kalau pakai teksi RM44.kau mampu?kami tak mampu.so kami pakai bus je.meh sini nak bagi panduan.korang ambik bus from airport ke Larkin.cuma RM8.then dari Larkin ambik teksi ke hotel.baru RM6.total semua baru RM14.jauh beza dengan RM44!

kalau dapat tiket bus yang macam ni anda di jalan yang benar ye kawan2.


eh lupa nak habaq.aku stay kat Hotel Mutiara JB.sampai hotel around 11.45 am tapi check in supposed to be pukul 12.so lepak kat lobi dulu.dalam pukul 12 lebih check dengan front office dia cakap bilik tak siap lagi.katanya maybe sejam lagi.fine fine.sebab semangat travel tu masih ada aku sabaq lagi.pergi lunch dulu.jumpa satu kedai melayu ni kat area hotel.sebab aku lapar so rasa makanan boleh tahan laa jugakkk.

nasi ayam RM5 uolls.nasib baik portion banyakk

tweet tweet lettew

dah kenyang burp Alhamdulillah tapi masa ada lagi so jalan2 pusing2 tengok apa yang patut.nak membunuh masa la katakan.

model tak berbayar

balik ke hotel tanya dekat front office boleh pulak dia cakap bilik tak siap jugak.aku dengan kak ngah dah panas.duduk lepak lobby hotel lagi.tengok orang lalu lalang sambil penuhkan memory camera.lepas 3 jam,baru dapat bilik tsk,ya anda tak salah baca.3 jam tunggu blik.then dah sampai bilik kunci pulak buat hallllllllllllllllll.dah kena tunggu staf hotel datang tgk.aku dah lemah longlai dah kaki ni.tsk.


bila dah selesai semua Alhamdulillah bilik memang superb!berbaloi penantian 3 jam.dah dapat bilik masuk golek2 lepas tu tidur sampai esok pagi sebab nak recharge tenaga for esoknya.esok nak pergi USS so takmau letih2!





selesai part 1!nanti kasi sambung for part 2! ;p

5 comments:

  1. Replies
    1. aku bajet retis.sbb tu kena ada part by part.haha

      Delete
  2. aik, naik flight p joho ka? napa tak p spore trus? hehe. btw, uss was nice place to visit ;)

    ReplyDelete
  3. sbb stay kt johor utk save budget.kalau nk stay kt singapore bajet tak brapa nk ckup.hehe..betul2!nasib baik dh ada universal studio yg dekat dgn malaysia.merasa la jugak nk jejak kaki kat sana :)

    ReplyDelete
  4. hai bleh tak bagi details pasal travel agent tu?
    and pricing skali..
    tq :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...