skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Friday, September 28, 2012

universal studio singapore-budget

Assalamualaikumm..berikutan dengan post aku tentang trip ke singapore di  sini  sini  dan  sini ramai yang bertanya pasal budget aku masa ke sana.i'm sorry i took such a longgg time to create this post.dan disebabkan dah lama,i'm sorry again kalau tak dapat bantu banyak sangat.sebab aku pun macam ingat2 lupa dah pasal info and details..

so lets beginn..

transportation cost:
untuk yang ni,ada beberapa pilihan untuk anda semua.boleh je naik kereta api ke singapore macam most people did.kalau banyak duit terus je ambik flight ke sana.tapi kalau nak save banyak duit SILA TIDUR DI JOHOR!sebab boleh dapat hotel murahhh~so bila anda stay di johor kos pengangkutan cuma perlu ambil bus ke sana.TAPI.since aku from utara.dan johor tu jauhhh.dan aku tak sanggup naik bus ke sana,maka aku pilih Air Asia.tambang aroung RM120+ untuk pergi dan balik.in termasuk semua laa insurans dengan seat bagai.kalau nak lagi jimat book earlier.

extra:please spare some more ye sebab from airport/steseb bus perlukan kenderaan jugak.lainla kalau hotel sebelah je kan?so untuk jimat SILA GUNA BUS.or teksi.dan SILA RAJIN BERTANYA.malu bertanya sesatlah bila travel sendiri.paham?

package cost:
untuk yang malas nak handle your vacation,SILA GUNA TRAVEL AGENT.boleh dapat cheaper price for hotel.untuk pacakage yang aku ambik ni include hotel (include breakfast) + ticket to USS + transport to USS.harga package aku around RM300+ (kalau tak silap rm320).bagi aku package aku ni berbaloi sebab dapat hotel yang extra super duper selesa!which is Hotel Mutiara Johor Bharu.aku dengan kak ngah kan tak ada niat pun nak jalan around JB so a comfortable hotel is needed since kami nak lepak dekat hotel.kalau nak jimat boleh bagitau travel agent your budget untuk hotel.boleh cut cost dah kat situ.dan lebih memudahkan bila include transport,tak perlu susah payah nak ke USS.ada je bus dari JB nak ke USS.tapi susahhhhh.dan untuk yang bertanyakan pasal contact number agent tu,i'm sooo sorry sebab aku dan kak ngah dah hilangkan contact number travel agent tu..dan nama travel agent pun tak ingat!double sorry!but dont worry..banyak travel agent with great packages.cari dan cari dan cari okay? :)

makan cost:
untuk makan ni sila la bajet sendiri ikut perut.aku dengan kak ngah tak bujet pun.sebab kami suka makan.kehkeh

shopping cost:
haaa yang ni pun ikut hampa laa nak bujet banyak mana.untuk shopping di USS aku tukar lebih kurang rm200 kalau tak silap.dapat la lebih kurang 80 dolar singapore.80 dolar tu cukup sangat untuk anda anda beli sedikit souvenier dan yang penting makan masa kat USS.tu pun duit aku lebih tau.haaa balik tukar kat malaysia sambung shopping kat sini.keh keh.

jadi total bujet aku lebih kurang rm550.but then kalau hampa semua rajin dan pandai berjimat,boleh kurang lagi tuu.pandai2 cut cost yang mana tak perlu..

last but not least,harap info tak seberapa ni membantu lah anda semua :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...