skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Friday, January 28, 2011

pekan koboi

hari ni dah start cuti bagi uitm.uni lain aku tak sure.apa lagi.hoyeah la!ramai dah yang beransur pulang.and ada je yang dah burn klas hari ni sebab nak balik rumah punya pasal.seronok pulak tengok ramai pakat2 seret bag nak balik.area rumah aku pangsapuri idaman ni memang dah lengang.bak kata tajuk entry ni,pekan koboi.

tadi masa turun pergi beli makanan sempat usha2 area sini.parking dalam ni dah lengang.kalau tak,jenuh nak berebut.kat luar pun kalau tak berderet kereta sampai block jalan.ni tak.kosong!

kedai2 makan pun semua lengang je.kalau tak time aku keluar tadi memang pack.berderet.tapi hari ni aku tengok tukang masak rilek je.ada satu kedai lagi tutop teros.baleh nampak la besar pengaruh student2 kat area sini.kami sebagai student ni penyumbang utama ekonomi kat sini.yelah.kalau kami takde,family mana la nak layan makan kat kedai2 macam tu.student gak yang yang jadi regular customer.


bila student2 dah balik ni,pakguard2 dengan pakcik2 surau boleh rilek la.kalau kami ada je panas punggung tengok student2.semua tak kena.so sekarang ni pakcik2 dah boleh rilek la kan?


makcik2 area sini lak nanti mesti takde cerita nak gosip dah kan?yelah kalau tak petang2 bagi anak2 main kat playground then diorang lak bukak cerita pot pet pot pet pasal studnet uitm.tak pelah makcik.kurang sikit dosa mengumpat satu minggu.

tak gitu?

Monday, January 24, 2011

kalau aku tengok pun aku cuma kecewa,baik tak payah tengok kan?
kalau aku tengok pun,aku cuma sakit hati,baik tak payah tengok kan?
kalau aku tengok pun cuma buat aku rasa macam nak nangis,baik tak payah tengok kan?

baik.
aku taknak tengok fb kau lagi.

:')

Sunday, January 23, 2011

social networking

teringat zaman dolu-dolu.nak berkawan mesti kawan2 satu kelas,satu sekolah,satu tempat ngaji,satu tempat tusyen.ruang lingkungan berkawan cuma di tahap itu.lepas tu zaman dah up.dah ada internet.tercipta email.tapi email aku tak layan sangat.zaman tu aku layan chatting.masuk channel kampung lagi yaww!arghh..fikir2 balik,apakah yang aku dah buat? =.=
okay.it doesnt matter.then zaman lagi up.maka tercipta lah friendster.aku buat friendster tak ingat dah masa form berapa.tapi masa tu sapa ada friendster boleh pergi sekolah show off


'hey aku ada friendster' =.=


zaman tu rumah aku ada internet.tapi zaman tu lame gyla samapai taktau nak buat apa dengan internet.arghhh.kenapa aku macam tu dulu?cuba kalau sekarang.heh.ohh tadi aku try bukak friendster aku balik.(nasib baik ingat lagi password!)


terkejut mak tengok friendster dah kaler hijau skarang!impressed.agaknya nak bersaing dengan fb la kot.huhu..



ohh yang ni feymes gyla dikalangan budak sekolah.myspace!ce gitau kat aku zaman ms tgh up gyla siapa yang tak ada ms?semua ada kan?tapi tensyen wooh ada ms!layout nak kena up!kena selalu tukar2 layout.lepas tu kena fikir nak letak lagu apa.lepas tu zaman tu semua stok2 nak letak bunkface yuna je.mencik taw!


o.0

tadi bukak ms.yang ni sumpah aku tengok dah pening sekarang.ntah papa je.dah tak best!ohhh ya.dulu mostly musician suka la pakai ms.sbb boleh letak lagu2 diorang.kena lak zaman tuh band indie tgh hot,lagii laa...





yang paling in sekarang kan?ada ke orang tade fb skang?tade.dari budak kecik sampai orang tua semua ada.dulu masa mula2 fb ni tercipta,selalu orang yang dewasa yang pakai.budak2 tak heran sangat sebab depa ada ms depa.tapi sekarang mcm tak selamat dah fb.bak kata a friend of mine,yanie

'aku nak mencarut kat fb pun dah tak best.anak sedara,mak,ayah,makcik,pakcik aku semua ada fb.siap boleh komen dengan aku pakai bahasa nogori lagi'


see?besar ouh pengaruh fb.ce tengok masa mark apantah nama dia cakap nak shut down fb.satu dunia gelabah weh!gelabah sampai dr rozmey pun nak buat drbook!haha



so sekarang aku nak cuba benda baru.actually takdak la baru sangat.lama dah benda ni.aku ja lame baru nak aktif.

its twitter!best gak bnda2 tweet ni.tapi rasa macam lagi cool kalau boleh tweet pakai bb kan?hukhuk

Saturday, January 22, 2011

how to say no?

heh.senang je.cakap je la TAK.tapi kalau sesenang itu,takde la aku nak manaip di sini.sebab in a certain condition,tak mudah to say NO.okay.aku bagi situasi.mmbe korang ajak teman dy pergi kedai.tapi korang letih nak mampos and tanak teman dy g kedai.ingat senang ke nak cakap no?ingat senang ke nak cakap

'weh malas la.ko g la sorang'.

aku tak taw orang lain.tapi kalau aku,susah weh!nanti kang ada yang merajuk la apa la.aku ada kawan yang selalu jadi mangsa macam ni.kawan dia apa2 hal pun mesti nak mmbe aku ni teman.kesian gyla mmbe aku.tak pasal2 kena pergi merata just sebab kawan dy ni taknak jalan sorang.what the fish?


okay.persoalannya kat sini bukan pasal budak yang tanak jalan sorang tu.tapi macam mana nak cakap tak dengan penuh berlapik dan tanpa mengguriskan hati mana2 pihak.lagi satu situasi kalau korang ada barang2 yang korang sayang.kalau boleh taknak bagi orang lain pinjam yelah dah nama pun barang yang di sayang for sure takut rosak calar ke apa kan?and again masalahnya ialah takut orang tu terasa kalau tak bagi.kang tak pasal2 kena cop sombong dan kedekut lak.
*sigh*


susah kan?

Thursday, January 20, 2011

AMARAN.ENTRY INI MENGANDUNGI GAMBAR2 YANG BOLEH BUAT ANDA MUNTAH HIJAU.SILA PREPARE BALDI SEBIJIK ATAU BOLEH TERUS TEKAN PANGKAH UNTUK TUTP TERUS PAGE INI.SEKIAN.


eheh!hari ni hari thaipusam!selamat menyambut kepada yang menyambut!eh tak!saya tak sambut.cuma sahut seruan pihak pemerintah untuk jadi 1malaya.tak salah untuk wish.kita satu!ehem.


well.pulau pinang ni nampaknya banyak penyambut thaipusam maka kami bercuti untuk hari ini.hiphiphoray!dan bila namanya pelajar tourism,maka hati membuak buak mahu berada di luar rumah yakni di tempat tumpuan pelancong.ehem.


dengan simpati ain hamiza,maka berjalan jalan lah kami!yeah.horay lagi sekali.


tempat pertama kami tuju taman robina ni.actually dulu kami pernah datang sini.dan ada sejarah sikit dengan tempat ni.masa tuh aku dgn alia bosan yang amat.ain pun bosan.so kami keluar nak lepak.sebab dah muak dengan pantai bersih,ingat nak cari port lain.so kerah si alia fikir mana tempat best sebab dy paling ariff dengan tempat ni.dy sugesst pantai taman robina.katanya best.maka kami terus shot pergi sana.pergi2 hampeh!umat manusia sorang pun tade!gelap lak tuh!kedai2 semua tutup..alia cakap dulu ramai kemain orang.memang suspicious gyla.lagi dalam kami masuk lagi scary weh.siap nampak pagar macam pagar kandang.kena pulak time tuh kes arwah sosilawati tengah hot,maka tanak sacrifice nyawa,maka tros blah!


jadi hari ni tiba2 teringin nak p usha apa ada kat situ.time siang2 ni semangat berani ada lah sikit.maka,inilah taman robina!



bila sampai pantai ni ramai lak orang!agaknya dah bukak balik pada public.tapi yang ramai nye kapel je pun.buat port maksiat.pegang sana pegang sini.buat sakit mata je tengok.





ain request nak buat pose mcm ni. =.= kalau anda igt pose ni ada kat sini.



roughly,ini la rupa pantai taman robina ni.






ohh aku suka gambar ni sebab aku nampak sama size dengan mira.kan?kan? *angguk la!*


lepas pusing2 kat pantai ni,teringat yang ain teringin nak p mengkuang dam.so decide pergi sana lak.yepp.jarak macam jauh nak mampos bagi aku.tapi pergi gak!hehe



ini masa dalam kancilghini ain.kecik tapi padat! ;p



ololo sweetnyer hubbby tolak stroler anak!eh ni dah sampai mengkuang dam.



percubaan menjadi cover album exist zaman 90-an. (sila fokus pada ain)




sapa paling hot?



patah lah hati~



kami memang suka buat perkara sweet macam ni!hikhik










aksi gedik yang buat2.kami tak naturally gedik so nampak fake kan?


gambar ni perlukan masa untuk buat keputusan before snap pic ni.yelah ko ingat senang nak baring atas rumput depan public yang asyik usha ko just sebab ko asyik snap pic?



totally love this! ;p


mereka housemate.yang kanan taken.yang kiri available.berminat contact saya. :)


ouch geli!haha



sahabat :)


sungguh tipical.maaf.



omaigod!



mereka yang nak.saya tak salah! ;p


ain eksaited!


penat konon2 buat photoshoot and jalan2 kat sana,maka kami beransur pulang.sebelum tuh singgah minum dulu.dahaga gyla sampai halusinasi air tasik kat mengkuang dam dah macam air sirap.




ini muka letih.



sekian :)

Wednesday, January 19, 2011

hey!its EXKEP DAY!

apa itu EXKEP?EXKEP atau pada nama lainnya ialah EXPO kelab dan persatuan UiTM Pulau Pinang.sebab apa aku tiba2 cakap pasal EXKEP?sebab hari ni hari EXKEP! *winkwink*


selama berlansungnya hari EXKEP iaitu pada hari ini dan esok,para pelajar diwajibkan mendaftar dan menjadi ahli kepada 3 buah kelab dan persatuan.

maka pada hari ini,shift aku,alia dan jannah untuk jaga booth kelab kami dari pukul 12.30 sampailah 5.oo petang.and we're representing our club which is Penang Youth Tourism Association(PYOTA).ala..the one and only club yang aku selalu canang dalam blog ni lah!


tugas jaga booth ni secara kasarnya promote PYOTA,cop borang student,ajak orang masuk club.secara zahirnya macam senang.tapi realitinya,PENAT WEH!bukan sorang dua yang datang.ramai kott!yang datang pulak ingat semua behave ke?datang je segerombolan junior macam2 kerenah,penat nak melayan!btw akak(tuanya aku =.=) seronok dengan kedatangan korang! ;p ada je datang tanya soalan bodoh nak kacau,lepas tu g pusing2 kacau booth orang lain.lepas tu datang kacau booth kitorang lagi.haha.terhibur hati!


basically tak susah nak promote PYOTA neh.ulang ayat sama je.


'kami banyak buat charity'


'kami masuk BERSAMAMU'


'kami pergi jalan2'



pokpek cikit.gelak2 ckit.isi nama.kami cop.done.dah dapat ahli! dan untuk kali ni,terkejut aku tengok jumlah penyertaan.ramai weh!bukan setakat student tourism je.MECHI<3>



pendaftaran ahli baru


booth PYOTA


kedatangan tuan penasihat club


tukang jaga booth



trip ke Genting


Sehari Sihat Bersama PYOTA


trip ke Bukit Tinggi


club rakan cyber siap ada maskot lagi weh!


sory tak sempat nak snap pic booth yang lain sebab sibuk2 sangat2!tapi overall meriah dan berjaya.esok shift orang lain pulak jaga!





Monday, January 17, 2011

tertekan.

saya sedang tertekan.
sangat tertekan.
terlalu tertekan......

computer reservation system

hari ni satu kelas SAHAJA.pukul 12 TENGAH HARI.so tayah nak risau monday blues sgt.kelas ada satu time tgh hari kalau tak bersyukur gak tktaw nak cakap apa.

hari ni subject best.



computer reservation system a.k.a abacus.


belajar ni best woh!belajar subject ni untuk buat reservation kat travel agent.paling best sebab part ticketing!boleh taw real punya jadual flight.yeah.kalau nak flight g london pakai malaysia airlines ke,british airways ke,bole je check.nak taw pukul berapa ada?bole je check!nak tengok business class pergi korea yang korang minat sangat tu boleh je tengok!selama ni aku dengar pasal abacus ni kat maksu je.sebab dy kerja bahagian ticketing kat malaysia airlines.tapi da belajar lagi best!



ini rupa inche abacus system.biru je. =.=




dari dulu dengar maksu cerita pasal job dy aku dah tertarik.kalau kerja kat airlines best!dapat ticket free to anywhere setiap tahun..and kalau nak naik flight pun kalau tak silap aku kena bayar 10% je dari harga asal.dah jadi standard naik bus dah kan?


TAPI!belajar benda ni cuak weh!sebab we use the real system to learn.ini bukan simulator.kalau salah tekan boleh terbook real ticket weh!kalau setakat kuala lumpur to penang (KUL-PEN) je boleh gak nk bayar setakat beratus.kalau terbook ticket g JEPUN,cukup ke duit PTPTN nak buat bayar?so bila setiap kali nak tekan enter cuak cikit ye.hukhuk.but overall,saya suka abacus! *winiwink*

Sunday, January 16, 2011

gemuk,gemuk,gemuk.

kawan aku si A ada mengadu.classmate sendiri mengutuk mengeji pasal size badan.padahal si A tuh takde la besar mana pun.kalau nak compare dengan aku,aku ni lagi gedempol.classmate A tak habis2 cakap si A ni gemuk.boleh pulak siap cakap depan orang ramai.kesian kawan aku.bukan setakat si A je.kawan aku si B,C,D dan ramai lagi la yang senasib dengan size badan aku selalu jadi bahan umpat keji.tu belum lagi masa zaman sekolah rendah zaman hingus meleleh.dok kutuk tak habis-habis.

orang yang badan kecik ni tak fikir eh perasaan orang lain?ingat orang yang badan besar ni tak teringin ke nak kurus?tapi tak semudah A,B,C.dan kadang2 mereka redha je sebab dah selesa dengan kekurangan diri dan kelebihan lemak di badan.

dan si A ni,satu minggu dy down sebab tak habis2 kena kutuk.kacau emosi dan perasaan orang.TERIMA KASIH banyak2 kepada yang suka mengutuk ni.


menjadi orang bersize plus2 ni perlukan jiwa yang kental.kental dengan umpat keji.kental dengan pandangan serong orang.kental bila tak boleh bergaya cantik.ingat senang nak cari baju?tapi satu kata2 alia yang aku setuju.


'at least orang yang badan besaq macam kita dah terlepas satu dosa.cuba pikiaq.kalau badan kita kecik,fesyen macam2.mulalah nak pakai baju tak cukup kain.baju ketat sendat.buat naik nafsu sang lelaki hidung belang'


dan menjadi orang yang berbadan besar ni selalu menjatuhkan tahap keyakinan diri si pemilik badan.kalau hati tak kuat,nak lalu depan orang ramai pun rasa malu.sebab rasa macam diri kena kutuk.rasa macam orang tengah pandang dengan pandangan penuh sinis.


paling tragis bila selalunya love life si pemilik badan besar ni tak seindah orang kurus.ada orang laki nak kat perempuan badan besar?susah weh nak cari.orang tak pandang pun.dan perempuan sendiri bila ditaanya ciri lelaki idaman,jawapan yang pasti

'kurus,tinggi,hensem.blaa,blaa.'

dah tu kami yang besar ni sapa nak suka?cuba bagi si badan besar jalan dengan si cantik manis badan kurus.siapa yang orang pandang?ya.si cantik manis kurus.

terima kasih dunia kerana diskriminasi anda semua.

bak kata afrond,badi.haha

badi?heh.khurafat je smua tuh!maybe boleh kata bad luck kot.peristiwa semalam plus incident harini.


alkisah lagi......
i was supposed to pick ain kat jeti.sebab semalam berjoli sakan sampai pulau,maka tangki kancilghini beliau kosong.bawah E dah kot!cuak aku.dalam hati doa sakan mintak2 sempat sampai petronas.mintak2 jangan la mati kat petak kuning tengah trafic light.sampai je dengan pantas p bayar duit then bukak penutup tangki mnyak.pusing sepuluh kali ketat nak mampos.pas kat alia kot2 aku ni lemah takdak tenaga.pusing2 lagi tak boleh bukak.lama koottt!orang semua dah pandang2.malu..hukhuk..then pam sebelah ada abang bawak satria.cuba komunikasi dari hati ke hati.buat mata bersinar sinar cket.


'abang kami dalam kesusahan,tolong plzz!!!!'


then nampak macam abang tu balas bahasa hati ke hati aku.



'takpe dik.meh abang tolong'



dy park keta kat sbelah,tolong bukak.tapi hampa.tak boleh jugak =.=
last2 mintak tolong pakcik keje petronas tuh.nasib baik boleh!!!!!!


dah la ain dah lama samapai.kesian lak kat dia kena tunggu lama.dah la isi mnyk pun meter kat E gak.memang kontang tangki minyak tu kitorang kejekan semalam.hukhuk.


dah tu ada gak insident2 kecik yang mengganggu kosentrasi.nasib baik berjaya gak ambik!tapi sorry ain sebab lambat!

penat menjerit dengan khurafat!

hari ni buat kerja gyla lagi.pergi tengok movie.AGAIN.







kali ni tengok cerita melayu lak.khurafat.dengar cerita macam best.tengok review pun cakap seram.memang seram weh!penat kot terkejut tengok cita neh!sakit tekak sebab menjerit.boleh tahan.cerita melayu yang unpredictable.tapi for those yang dah tengok cerita ni,ingat tak part si johan dalam hutan?boleh lak g angkut jenazah perempuan tuh dalam hutan?gyla!


TAPI.sebelum dapat duduk kat kerusi pawagam dengan aman untuk menonton cerita neh,banyak halangan dan dugaan yang ditempuh.hukhuk.

alkisah nya begini....
afrond ajak g tengok khurafat.1st decide nak tengok time 10.30pm kat jj.tapi macam tak sempat dah.so kitorang ingat nak lepak dulu then tengok yang pkul 12.30.pusing2 punya pusing,TERmasuk penang bridge.(heh.TER la sangat!haha)so bila dah sampai ke pulau,mana lagi kami tuju.yeah.ITS QUENSBAY.AGAIN.mula2 saja nak lepak2 kat area luar qb.tapi alang2 kat sana,baek tengok midnight dekat sana je.bila dah naik,g check nak beli tiket,FULL.yes.PENUH.pergh.bengang lak.tengok jam dah pukul 11.30.satu ja pilihan yang tinggal.PATAH BALIK G TENGOK KAT JJ.(time ni tak teringat pun nak g tengok kat gurney -.- ) cepat2 masuk keta.masa nak balik,boleh pulak salah jalan!the clock is ticking.tunggu lif kat qb pun punya la lambat!then drift2 cket,dengan hasil usaha penat lelah afrond,sempat sampai jj pukul 12!.dah parking kat jj,boleh lak salah pintu!pintu yang tempat afrond parking tu tutup!naik keta balik,pusing jj sampai jumpa pitu yang bukak.naik atas nak beli ticket.bajet muvie pukul 12.30.sekali pukul 12.15.tengok jam pukul berapa?12.15!!!arghh.beli jugak la sebab nak tengok jugak.masuk2 duduk je terus muvie start!iklan tayah tengok.and we didnt missed even a scene. :')


puas hati dapat tengok walaupun banyak cabaran dan onak duri.



nota gatal:rasanya tadi dalam muvie tuh majoriti budak uitm je.tapi banyak mamat2 hensem woh! *winkwink*

Saturday, January 15, 2011

jantan loser

tadi ke quenssbay(qb) dengan emma dan rakan2.malam minggu memang penuh umat manusia kat situ.paling tak boleh blah jumpa jantan loser jahanam.masa tuh kat depan movie.tunggu nak tengok midnight.ada satu kapel neh.pergh memang macam nak mengawan la sial.bole lak peluk2 nak comolot depan orang ramai.yang mamat tuh awek dy tengah peluk,ko taw apa mamat tu buat?dy jeling2 mmbe aku si emma weh!memang jantan ni pandai cover.buat2 kononnya nak toleh kiri kanan tapi mata kat mmbe aku.boleh plak?gatal nak mampos.ingat takat tu je.rupanya kebetulan tengok movie yang sama.dah nak balik sampai dah masuk keta pun boleh usha2 lagi.padahal awek kat sebelah.dah r melayu takde rupa melayu dah.rambut karat.siap tindik lagi kott mamat tuh!yang si awek jangan cakap.dressing maut wa cakap lu.tapi siang2 dah kena kencing ngan balak sendiri.apacer?



nota tambah:tengok cite faster td.bole lah.aku bagi 3 out of 5.

Friday, January 14, 2011

i'm hot bebeh!

baik.sila muntah bila baca tajuk entry ini.saya memang hot.kenapa?sebab cuaca hari ni panas nak mampos.tadi pergi hantar ain ke jeti.balik umah jalan kaki aku rasa macam nak mati dah dengan alia.macam jalan kat padang pasir!entah2 suhu kat permatang pauh-butterworth sekarang ni mencecah 40celcius.serius panas!

oakay.sekarang nak mandi.da boleh imagine air dari shower yang sejuk ala2 air kat sedim.lalalala~

Thursday, January 13, 2011

menuju puncak! *sila baca guna nada lagu tema program realiti tuh*

puncak mana?
puncak everest kah?
puncak ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sila scroll lg ye.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

yeah!puncak mutiara cafe!


perut ni dah lama mengidam nak makan kat sini.si huda budak degree tu dari last sem dok canang sana sini yang kononnya tempat ni best sangat.eh kejap.huda ke yang cakap?ke ain?ntah la.lupa dah.yang penting aku dengar kononnya best sangat.sedap sangat.maka kami yang kempunan ni mendaki la sampai ke puncak.puncak mutiara.hikhik.

kata blogger hangat hangit kan?so gambar kat tempat makan harus ada.niat di hati nak ambik gambar rata ceruk tempat tuh.tapi tiba2 hati terdetik.

'heh.ko rasa ko ada camera ke nora iwana oi?'

lepas tuh hati sendiri menjawab.

'aku memang tak ada.tapi SAHABAT aku AIN HAMIZA ada!'


maka dengan muka tak malu,mintak jasa baik beliau tolong ambikkan gambar.jadi..inilah hasilnya.


eh sat.AMARAN.gambar blur.sory!







ini senyuman kelaparan dari kami.terima kasih.




ohh ni aku assume sebagai appetizer.berkobar kobar aku tunggu nak snap makanan.sekali aku tengok dah kosong sebelah!tak boleh jadi cepat2 tarik suruh ain snap.haha.sedap gak.



yang ini ABC bapak punya besar!kitorang semua kongsi dua orang.3 orang pun boleh aku rasa!puas hati kot!



ini pulak nama tak boleh blah sikit.puncak mutiara sunset.hahaha.nama romantika gitew!
pojan punya.



hah.yang terkangkang ni namanya spring chicken.puas hati woh!besar sedap dan senak perut sebab banyak!ini milik aku mira dengan faizal.(eh kitorang ambik sorang satu!bukan kongsi!)




ini ayam grill.kepunyaan ain.tak sempat nak rasa.tapi macam sedap.



ini namanya chicken chop.jannah dengan alia order.puas hati.besar!kenyang!dan affordable.
*aku taw sedap sebab time janah dah semput nak makan aku tolong beliau.hikhik*




ini pulak si farid order.chicken marymary in wonderland. *eh kejap.asal aku macam ragu2 ja nama makanan ni?ahh lantak.ain yang cakap.*



fauzan lain cikit.ini ayam tinju.atau nama sebenar chicken boxing.haha.farid cakap before kena sembelih kena bertinju dulu dengan ayam ni.baru boleh sembelih.




tengok?!meja penuh kalah makan besar tahun baru cina woh!
ehem.kat belakang ada group abang hensem.(hensem ke?)ahh takpe.yang penting bersinar jugak mata aku alia dengan ain.haha



sudut atas.





kata farid kepada mira dan fauzan..
'yang ini.yang itu,semua aku punya.korang makan sikit je!'





ohh ini hasilnya.licin!




ini ain.


ini mira dengan fauzan.



enjoy makan dengan kawan2.gelak ketawa riang ria.nanti kita makan sama2 lagi eh?sayang korang!



*muah*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...