skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Thursday, September 29, 2011

hey hey!


izzatul aiza!header taknak kalah kan?hahahaha.btw miss u! :p


pssst:blog will update soon.tengah sibuk final!sorry!

Friday, September 23, 2011

charlie!

tadi tengah dok sedap2 on9 tiba2 housemate aku si mryana terpekik pekik terloncat loncat.aku ingat apa.ulat masuk dalam seluar ke apa ke.rupa-rupanya charlie!charlie serangga yang rasanya tak ramai kot tahu.species2 semut.katanya charlie ni banyak dekat kawasan sawah padi.tapi tak semua sawah padi sebab seumur hidup aku berumah di kawasan sawah tak pernah jumpa.masuk uitm ni baru tau!charlie ni kecik cononet tapi bahaya!sebab charlie ni mengeluarkan sejenis cecair.kalau terkena kat kulit,nanti sakit!orang cakap macam kesan melecur.eh ye ke?tak sure.


ini inche charlie.kalau jumpa jangan gatai nk p belai2 ololo tomey2  meh sini nak pegang meh.

ohh ya kat sini dah memang tradisi.kalau jumpa charlie kasi selotep itu charlie.cara paling mudah untuk protect diri tanpa mencederakan diri sendiri.

harap2 tu la the only one charlie dalam rumah ni.dua tahun setengah rumah sewa orang lain riuh rendah dengan charlie tapi rumah aku rekod bersih tau charlie tak masuk.

dan paling penting jangan la terkena dengan charlie.tak sanggup doe.tengok membe2 terseksa kena charlie.aku tak nak!

merepek

selamat pagi duniaaa..eh2 aku dah lama bangun,bukan baru bangun.actually aku tengah bosan.nk update blog tapi tak ada bahan.eh ada kot bahan cuma aku tak ingat apa yang aku pernah fikir untuk dibuat entry.jadi pagi ni kita buat entry merepek je.

dah breakfast?yang duduk rumah tu untunglaaa boleh breakfast sedap2.aku makan cereal je.nak breakfast yang lebih sihat kunun.haktuih.padahal sebab benda tu senang nak makan.cuba kalau aku kat rumah.ada aku nak makan cereal?harap maap le.possibilities tu sangat la sikit.tiba2 teringin pulak nak makan nasik lemak.last time aku makan nasik lemak rasanya before puasa kot.uih ni kalau dapat sebungkus ni.pergh.terbaik!

yang tengah exam pulak macam mana?exam ok?aku ni baru lepas satu paper.ringan la jugak terasa.tapi ni tengah sesak nafas semacam je memikirkan paper paling susah isnin nanti.adehh.killer subject.law.aku tengah tak keruan.cuak kalau kena repeat.kalau ikut previous senior pun result memang tak mmberangsangkan.adeh.macam mana ni.......taknak repeat...tapi kena banyak hafal.aku ni dah la kalau bab menghafal memang out sikit.lambat je.hukhuk.takpe lah.i'll try my best.aku target lulus pun dah besar rahmat.apa?A?memang bukan dalam igauan aku pun.hukhuk.


tinggal sekejap soal exam.semalam aku berpoya poya dengan sepupuku.eh time exam kena release tension jugak.kena jalan2 jugak #alasan.haha.then sengaja cari pasal kan.masuk lah area baju2.eh banyak pulak baju cantik2.menyampah aku.time aku tengah kering ni bergelimpangan baju cantik2.seluar pun tiba2 banyak je yang berkenan di hati.menyampah aku.cuba kalau time aku tengah aim nak shoping.baju tshirt putih kosong pun tak ada yang aku berkenan.celah mana disoroknya baju pun aku tak tau.mencik aku.nak beliiiiiiiiiii.hukhuk.lepas ni nak balik perlis dahh,mana kau nak carik baju size aku lawa2.kat perlis tu baju size adik aku je ada.haihh

hmmm.apa nak tulis lagi ek?eh dah la dulu entry ,merepek aku.nak merepek pun macam tak ada idea dah.ohh ya.kalau kat atas tu ada typo ke apa ke korang pejam mata je la anggap tak nampak.masalah typo aku ni lately memang dah cronic.asyik kena kutuk je.lantak la.malas nak ambik tau.k lah.babai!

Monday, September 19, 2011

final?homayyy!

well hello there!welcome back to school for degree students which have been in honeymoon for about 4 month!untunglaa cuti panjanggg.and for uitm students,well our journey have come to the end.this week we will be facing our final semester examination.and for me,it will my last sem at uitm penang :(

well i'm really hoping to be listed as dean's list student.tapi harapan tu macam dah punah berkecai bila aku fikir2 balik subject law yang susah nak mati tu. *sigh* takpelah.i'll be stdying hard for all my papers and then redha and tawakal je la.hukhuk.

my paper will start this wednesday.tapi macam biasalah.selagai tak last minute selagi tu aku tak study betul2.hihi.taka da thrill la study awal2 kan? *alasan*





dan tadi alia pengaruh aku beli benda ni.well she's really good in persuading me to buy something.and me.sangat senang terpengaruh =.= takpe lah.nanti kita tengok sejauh mana sticky notes yang clourful dan berbeza bentuk ni akan membantu aku.

and lastly,good luck yeah untuk final exam?do well and selamat berjaya! ;p

fesyen

few days back aku ada tengok cerita HIP TV.yang kat tv 9 tu.then ada satu segmen.segmen penyampai hot fm tunjuk baju raya masing2 then penonton kena nilai baju raya diorang ni.aku tak setuju sangat dengan segmen tu.sebab si penonton tu kutuk macam2 baju raya penyampai hot fm tu.

'out of date'

'warna merah sangat'

'liplap sangat' 

lebih kurang macam tu la komen2 diorang.tapi mostly negatif.aku taktau la macam mana yang elok di mata orang2 tu.sebab aku tengok elok je.cantik je.

serius aku tak faham erti fesyen.yang aku tengok cantik,yang tu la kena kutuk dengan orang2 fesyen.yang buruk di mata aku tu la yang dipuji dunia fesyen.huhu

dan sebab fesyen lah orang kena sentiasa update wardrobe.kena ikut perkembangan semasa katanya.dan for those yang tak ikut akan kena kutuk macam penonton yang mengutuk tadi tu.

aduii.salah besar ke kalau orang tak ikut peredaran fesyen?kadang2 sebab fesyen ni orang membazir wang ringgit untuk nampak cantik.aku tak kisah pun orang nak berfesyen.cuma tak payah la kutuk orang2 yang tak berfesyen.kesian kot.diorang pun ada hati dan perasaan.

yang penting bersih,kemas dan tutup aurat kat?

Saturday, September 10, 2011

konvoi raya ke nibong tebel.

syawal tu sebulan kan?so tak dikira lambat lagi kalau nak pergi beraya pada syawal ke sepuluh ni.maka tanggal 10 syawal ni aku dengan classmates telah beramai ramai berkonvoi menyerang rumah lecture kitorang kat nibong tebel tebal.yang best sebab konvoi ramai2 7 kereta plus beberapa motor.aku tak ingat motor berapa bijik so letak beberapa.senang.actually rumah lecturer aku buat open house plus tahlil.dah makan free.takkn aku nak tolak kan?hihi.jadi alkisah menumpang la aku dengan classmates sendiri.nak buat macam mana..tak ada kereta.sobs.

janji nak gerak pukul 11.tapi macam biasalah.bukan senang nak tunggu semua sampai.gerak lambat jugak.nak dekat pukul 11.30.


 dengan ehsan belas kasihan ain la aku dapat pergi.trimas ain! ;p






perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai.sampai2 je makanan terhidang maka perut lapar terus ngap.sorry gambar makanan tak ada,im too busy eating sampai tak ada masa nak ambik gambar.

assalamualaikum.ada orang kat rumah?saya nak dtg berayaaa!






lecturer tersayang! :) ohh ini tuan rumah.sorry  akak cun ni taken! ;p

kelass betul handfon ikat getah!hihi







thanks to tuan rumah a.k.a miss alia sebab jemput kami.kamu makan kenyang sangat!sendat baju i time balik!hihi.
ok nak balik dh.k bye!

Thursday, September 8, 2011

diskriminasi size size

gemuk2 aku ni pun.aku suka fesyen.i might not that fashionable la.aku pakai pun macam disaster.tak ikut peredaran zaman punya fesyen pun.but.macam mana pun aku still macam perempuan lain jugak.suka tengok baju cantik2.suka window shopping.suka shopping.

TAPI.setiap kali aku nak  shopping i'll face the same problem.SIZE.baju tu dah elok2 dah aku berkenan.cantik molek dah!sekali bila aku tanya size..

'tak ada size besar la'

=.=

dah tu kalau semua baju size kecik cinonet macam size baju adik aku je,orang2 besar macam aku nak pakai apa?kain guni?selalunya kalau baju size aku,memang out of trend punya baju.baju stok makcik2 punya.nak aku jadi macam makcik2 jugak eh kalau aku pakai baju tu?

aku selalu terfikir.apa salahnya kalau baju yang cantik2 tu buat versi besar2 sekali.bukan susah.design sama.tambah kain je lebih sikit.ok tambah kain banyak.yang penting biar semua orang boleh pakai.biar semua orang boleh merasa.

bila aku komplen bising2 macam ni,people might say.


'apasal ko tak kurus je?kan senang?'

jawapannya senang.aku selesa dengan diri aku.badan aku macam ni aku selesa.aku boleh hidup.dan aku rasa bukan aku je rasa macam tu.ada je yang lain2 kat luar tu selesa being chubby and big.sebab tak semestinya kena kurus untuk rasa bahagia dan yakin dengan diri dan tubuh badan sendiri kan?besar2 aku pun aku rasa macam sexy je?hahahaha.ok joking.back to topic.sebab tu aku tak kurus.and lagi satu,bukan senang nak kurus kan?dan ada je yang jadi plus size sebab masalah kesihatan.jadi kena la terima fizikal diri macam mana pun.

so pengeluar2 kena la menepati kehendak and demand orang2 macam aku.susah sungguh kalau nak cari baju seluar.semua stok size kecik2.dan bukan semua tempat ada jual plus size punya baju.maybe kat kl ada jual.tapi yang tak stay kat kl ni macam mana?even online pun aku belum jumpa online store yang jual plus size baju yang cantik.ada la satu.tapi standard la.baju tak cantik.

kalau semua kedai tak jual size besar2,then orang gemuk tak ada peluang la nak pakai maxi dress.tak ada peluang nak pakai dress.tak ada peluang nak pakai skirt.tak ada peluang nak pakai lawa2.kalau macam tu orang gemuk macam aku pakai baju kedah dengan kain batik then duduk rumah diam2.macam tu eh?

p/s:kalau ada jumpa online store yang jual plus size outfit,tell me.nak usha. 

p/s 2 :orang kata orang gemuk kena pakai baju warna gelap.kena pakai baju hitam.puihh.SALAH.





siapa cakap orang gemuk tak boleh pakai warna putih? :p

Tuesday, September 6, 2011

hoi hoi!raya weh!!

hello peeps!
ahahaaa.lambat kan aku?lame kan aku?orang semua dah keluar dua,tiga entry raya.aku baru nak terkial kial keluar satu.maap leee.kat rumah tak ada intenet.nak update macam mana kan?ni dh jejak penang baru boleh update.ni pun aku update sekali harung je.maka..terimalaahhhh....


my outfit raya
alhamdulillah tahun ni dapat sponsor dari orang2 tersayang maka dapat la jugak 3 pasang baju kurung.

ini yang dipakai masa raya pertama.last minute shopping punya baju ni.sale 50%.memang aku rembat le.suka sangat dengan manik2 kat baju tu.just nice.tak mak datin sangat.



2nd punya baju kurung kaler hijau ni.mak i sponsor.hihi.thanks mak!sedondon okay dengan mak aku.kelas gittew!

ohh btw.pic ni nak tunjuk gambar kasut tuuu!saja tahun ni getiss sikit raya pakai wedges.berbaloi balaoi.tak mahal dan yang penting selesaaaa!nampak laa aku ni tinggi sikit.tak la ketot sangat kan?

pre raya
sampai ke desa tercinta hari jumaat.tapi sibuk ke hulu ke hilir mengalahkan nak buat kenduri kawen.tapi dalam kesibukan,aku sambar jugak si eton buat teman berbuka saat2 terakhir ramadhan.

 masa tunggu eton cari kasut,testing camera handphone baruuu.kelass kau eton!

gambar ni bukan nak tunjuk muka bolat aku punn.nak tunjuk hamba Allah belah kanan tu.hensem en?hihihihi

raya!
pagi raya aku incharge jaga rumah time orang pergi sembahyang raya.tahun ni kazen perempuan aku semua raya rumah nenek diorang lagi satu.tinggal aku sorang je!mana nk potong ketupat.nak sapu sampah.nak masuk kuih dalam balang.kalut aku!tapi salah aku jugak getis taknak buat awal2.konon tak feel kalau buat awal2.tapi last2 padan muka aku!aku dah siap buat semua baru aku pergi mandi.elok2 aku pakai baju orang dah datang beraya.aku nak pakai bedak pun tak sempat!serabai je akuuu!



 tengok mak aku.kuruss je.aku?berlemak!!



gambar getis di pagi raya.aww~

then petang raya 1st baru kazen2 yang lain sampai.baru boleh nak ber camwhore ramai2.aku rasa raya aku tak akan bermakna kalau tak ada mereka2 yang aku sayang ni.

malam tu celebrate birthday my kazen ilman.kesian tiup kek kecik je..hehe



kami power rangers baju kelawaq!

siblings








raya kedua
keriangan raya di teruskan dengan lawatan sambil beraya ke rumah sedara mara.tapi gambar dorang semua tak ada.gambar aku je ada,hahaha

i see the light!

tak tau kenapa gambar ni jd mcm ni.padahal tak edit pun!




dan..lepas pulang beraya kegedikan bersama kazen di teruskan!









itu saja cerita raya saya tahun ini.and hows urs? ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...