skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.
Friday, April 1, 2011
ada yang sudi
setiap manusia ragam dan kesukaan mereka berbeza.ada suka macam tu,ada suka macam ni.dan bagi aku dunia blog ni tu pun macam tu.aku percaya setiap pembaca ada preference masing2.ada yang suka blog kutuk orang.ada yang suka blog ala2 lucah sikit.ada yang suka blog fesyen.bagi aku sendiri aku suka blogger yang suka tulis pasal life.aku suka nak tau apa orang lain buat,macam mana hidup orang lain..i just love to know more about others.sebab tu aku rasa dalam blog aku mostly yang aku tulis pasal life aku.coz i belief ada yang sudi membaca.it doesnt matter la walau pun follower aku 60 orang je pun.at least penat2 aku cerita ada 60 orang yang sudi membaca nukilan tak seberapa ni.dan kalau ada lebih dari 60 tu,yang out of my follower list tu aku sangat bersyukur.rasa macam nak lompat ke langit pun ada.serious :) .eksaited wooh!.dan bagi aku malas sangat nak baca blog yang kutuk mengutuk mengeji.kadang2 aku baca certain blog,ada yang meluat baca blog yang asyik tulis pasal life blogger tu.bagi aku biar lah orang tu.mereka ada hak.kalau dengan bercerita macam tu can make someone happy dan satisfy tak salah kan?
Thursday, March 31, 2011
langkawi-day 1
tumpang lalu..tumpang lalu..yihaaa..tuan punya blog sudah mari~ maap sangat-sangat tak sempat nak hupdate blog.ni pun aku baru nak boleh bernafas.minggu ni aku sangat2 la bizi.nak buat macam mana.minggu ni kena submit minggu ni baru nak terkial kial buat memang disater la kan.hikhik.tapi macam mana pun aku sudah kembali ke tanah jajahan blog aku.maka kini tiba masa kita cerita pasal langkawi!
actually this trip is a part of my assigmnet untuk subject tour planing.kiranya kami kena plan tour dan kami gak la yang kena attend tour.masa mula2 pilih tempat classmates aku yang advanturous semua tu pakat2 nak p hutan belum.terkedu sebentar aku di situ.aku ni not that type yang suka masuk2 hutan ni.memang tak ada bakat dan tak berapa gemar.huhu.tapi disebabkan ada masalah tertentu kami terpaksa tukar tempat.kami suka pergi jalan2 kat pulau sambil sun bathing sambil cuci mata usha mat saleh pakai bikini maka PULAU LANGKAWI pun terpilih!
kami bertolak lebih kurang 10 pagi 27 mac.pergi sana melalui kuala perlis.aku baru bajet semangat nak show off naik bus uitm g kuala perlis.tapi bus uitm full.kempunan.hukhuk.tapi tak pa.bus ISA pun bus ISA laa...
sebelum apa2 hal kena tangkap gambar dulu.ni masa nak setting camera mahal.kena setting leklok baru muka boleh jadi cerah bersinar dan flawless tanpa jerawat yang mengganggu.
ni rupa banner.puas hati mak tengok banner besar gajah.time pergi redang dulu kecik cinonet je.hukhuk.ohh ya kredit kepada faizal yang uruskan pasal banner.ohh ya lecturer aku pun puji si faizal ni.memang gigih dengan bertanggungjawab.kemana kami pergi memang sentiasa bawak banner.takde la berkepam je letak kat hotel.tahniah faizal! ;p
my fav picture :)
kalau namanya lelaki kena tunjuk macho cket.macam mana nak tunjuk macho?macam mamat yang angkut air mineral ni.nama tuan empunya badan firdaus.tapi nama glemer tores.single ke tak?aku tatau.tanya tuan empunya badan.hehe.
ohh ni masa stop kat rnr gurun.kami tatau nak buat apa dah.tangki buah pinggang pun dah kosong je kalau nak kencing pun.maka ambik gambo je.
lepas tu kan masa dalam bus boleh pulak miss alia buat sesi tour guiding.yelah kami last sem untuk subject tour guiding mana ada naik2 atas bus buat on your left handside right handside (ayat tour guide) segala bagai.jadi kami diuji time ni.aku mangsa pertama T_T
sampai kat kuala perlis dalam pukul 12.30.then lunch teros and naik feri pukul 2.00.ohh ya ni first time aku naik feri yang seat dia pelik cket.ala2 restoran lak.kami duduk atas sikit.asing dari smua orang.
| see?lain kan? |
| mula2 memang la eksaited snap gambar semua.then last2 pening mabuk laut tido je semua! |
| beg jusco tu mahal.alia sorang je bawak.mana ada tourist lain bawak.heheh. |
sampai kat langkawi around 4 sebab feri gerak lambat sikit.sampai2 je tak check in tapi terus pergi UNDERWOTERWORLD.ohh ya kat sana transport kami sewa dua buah van.so jimat sikit compare kalau nak sewa bus.lagi pun kami 21 orang je.so muat2 dua van.
| ni van aku. |
kat underwaterworld macam biasa lah tengok ikan semua.aku dah pernah pergi dah before ni so ni 2nd time.so far ikan2 kat sana sihat lagi.heheh
aku suka kawasan ni.yup ni still dalam underwoterworld lagi.area kawasan burung2 dengan labi2.
| ni kat area penguin.eh2 tu bukan penguin.tu classmate aku yang bajet kat antartik then ambik gambar gedik macam ni. =.= |
| ni real punya flamingo taw! |
gambar ramai2 wajib!dah kata g trip kelas kan?mana feel ambik gambar sorang2.
then keluar underwoterworld teros check in hotel.jarak hotel dengan underwoterworld tu memang kera sekangkang je.jalan kaki pun sampai!tapi agak2 kami nak jalan ke?memang tidak ye!ohh ya masa kat langkawi kami stay kat LANGGURA BARON.dekat sangat dengan pantai!bagi aku bilik hotel memang sangat puas hati.selesa,toilet besar,dekat dengan pantai,dalam bilik pun banyak barang.better dari bilik kat redang tu kot.kami ambik superior room yang ada 2 queen bed harga rm130.so satu bilik 4 orang.petang tu aktiviti bebas je so ambik kesempatan jalan2 kat pantai usha beach boy ambik angin.ohh kalau mengharap gambar aku mandi manda pakai bikini memang tak ada ye.dah kata pun jalan2 je kan?
then malam tu dinner kat pantai cenang je.tempat makan usah risau.belambak kat situ!nak makan apa u name it!western?makanan negara luar?local food?tom yam?semua ada.tapi ikut bajet student macam kami ni makan kedai biasa2 je ye.
ni yang aku makan.harga mahal sikit ye kedai ni.rm6.50 untuk nasi goreng ayam merah.tapi portion makanan banyak.so pejam mata makan je la.dah kata lapar kan?huhu
then lepas makan bebas jap jalan2 around cenang walk.banyak kedai souvenier.classmates aku banyak la yang memebeli.aku tak punnn.then around pukul 11 ada games.untuk games si firdaus dengan syafiq handle.
main kat pantai sambil ditiup bayu laut.kelas gittew!ohh ya game malam tu ala2 kotak beracun.sapa kena then kena buat denda.ada kena buat gaya berak,gaya seksi,buat gaya lafaz cinta lah.pendek kata enjoy gyla!happening!tambah dengan perangai classmates aku plus lecture yang open plus perangai hampeh macam kami gak,memang best!
then lepas penat main game semua balik tidur.ohh ya b4 tido balik main kad dulu then baru tido.itu sahaja untuk day 1.day 2 to be continue.kalau aku update day 2 skang gak silap2 keras aku depan laptop ni.nak pilih gamabr nak taip ahh sudah.penat aku.so entry day 2 akan menyusul.adios!
Monday, March 28, 2011
lelaki dan kawan.
aku sangat respect golongan lelaki yang tak kisah paras rupa dalam berkawan.aku tekankan di sini.BERKAWAN okeh.tak ada kaitan dengan cinta cintun segala bagai.lelaki macam ni nak ajak lepak gelak2 keluar hang out sama2 dengan size macam aku diorang cool je.dan aku ada kawan2 lelaki yang baik macam ni.slumber je keluar dengan aku even ada yang usha pelik.apahal?laki hensem tak bole keluar dengan pempuan montel ke?salah ye?nak kena cari sama size sama cantik sama padan dulu eh?kalau macam tu orang macam aku ni kena duduk dalam gua la alamatnya sebab takde orang nak kawan.
aku pernah je jumpa.golongan laki yang memilih dalam berkawan.BERKAWAN.boleh pulak dah kebetulan duduk semeja dah sebangsa seagama tegur pun tidak.padahal ada je mutual friends antara kau ngan aku.heh.sombong nak mampos.awek cun kurus kering kemain ramah.dengan orang macam aku bukak mulut say hai hello pun tidak.
padahal tengok muka cehh.tak hensem mana pun.kalau bercinta tu aku tak heran la sangat kan sebab memang semua pakat2 nak carik yang tahap model buat awek.takpe.fine.lantak anda semua lah.tapi pemikiran kolot senget otak macam ni memang tak boleh bawak dalam hidup.
aku untung dan bersyukur sangat jumpa golongan kawan lelaki yang tak kisah aku macam mana pun untuk dibuat kawan.before ni aku tak penah lagi la since sekolah nak ada membe laki macam tu.semacam ada gap pulok.maybe faktor usia yang membuat otak tak berapa nak matang even dalam hal memilih kawan.but now,dalam usia aku 20 tahun aku jumpa guys yang boleh dibuat kawan.yang boleh dibuat tempat berlindung dalam kesusahan.yang boleh dipinjam bahu buat tempat menangis.yang boleh sama2 kongsi riang gelak tawa.thanks :)
aku pernah je jumpa.golongan laki yang memilih dalam berkawan.BERKAWAN.boleh pulak dah kebetulan duduk semeja dah sebangsa seagama tegur pun tidak.padahal ada je mutual friends antara kau ngan aku.heh.sombong nak mampos.awek cun kurus kering kemain ramah.dengan orang macam aku bukak mulut say hai hello pun tidak.
padahal tengok muka cehh.tak hensem mana pun.kalau bercinta tu aku tak heran la sangat kan sebab memang semua pakat2 nak carik yang tahap model buat awek.takpe.fine.lantak anda semua lah.tapi pemikiran kolot senget otak macam ni memang tak boleh bawak dalam hidup.
aku untung dan bersyukur sangat jumpa golongan kawan lelaki yang tak kisah aku macam mana pun untuk dibuat kawan.before ni aku tak penah lagi la since sekolah nak ada membe laki macam tu.semacam ada gap pulok.maybe faktor usia yang membuat otak tak berapa nak matang even dalam hal memilih kawan.but now,dalam usia aku 20 tahun aku jumpa guys yang boleh dibuat kawan.yang boleh dibuat tempat berlindung dalam kesusahan.yang boleh dipinjam bahu buat tempat menangis.yang boleh sama2 kongsi riang gelak tawa.thanks :)
i'm back!
haloo halooo!
maka dengan ini saya dengan selamatnya telah kembali ke tanah jajahan pulau pinang.
LANGKAWI WAS AWESOME!!!
damn aku rindu gyla nak balik langkawi with all those sweet memories kat sana!
fun sangat kat sina.balik sini teros aku rasa stress T_T
hukhuk.
ohh btw will update later about langkawi!
i'll try my best to make it as soon as posible.
okay nak basuh baju busuk berpasir dari langkawi.
babai!
>.<
Friday, March 25, 2011
langkawi oh langkawi
lepas berpenat lelah berhempas pulas,at last selesai gak sesi pack barang.aku kalo pack barang ni lemah cket.malas sungguh rasa.kalau bukan kerna aku nak bertolak pagi esok,takde nye aku nak pack malam ni.cuba kalau bertolak petang,silap2 tengah hari baru aku pack!muahaha.tengok tuh,kemain semangat lagi aku dan housemate.siap susun bagasi lagi.getiks kan?haha.
nanti kat langkawi aku snap gmbar banyak2 ye lepas tu aku hupdate blog.muntah la kalian sekalian tengok gambo nanti.hikhik.
dah kata pulau bebas cukai kan,pakat2 dok siap list nak kirim chocolate segala bagai.takpe2.akan ku usahakan.kalau aku ingat aku beli eh?hikhik.
akhir sekali,doakan keselamatan aku dan kawan2 ye?semoga kami selamat pergi dan kembali.semoga tak ada pape berlaku.dan langkawi,tolong jangan hujan sangat eh?hehe.
jumpa lagi nanti..insyaAllah..adios~ ;p
Wednesday, March 23, 2011
langkawi mari~
jumaat ni saya bakal ke langkawi.ohh yeah bebeh.langkawi AGAIN!hoho.untuk family aku langkawi tu destinasi wajib ye SETIAP TAHUN.ye setiap tahun saya ke sana.cuma tak ada la jalan2 sangat pun.yang ni maybe a liltle bit different sebab dengan kawan2 ramai2.yelah ramai2 nanti boleh nyanyi2,gelak2 sama2 dalam bus.nak pening mabuk laut pun ramai2 ye nanti! ;p
tapi sebelum ke sana suka2 banyak lagi kerja menanti.dengan kewangan yang tak berapa nak kukuh.tengok la silap2 cekelat pun aku beli satu je.hoho.
esok kena start packing tapi apa nak bawak pun taktau. =.=
just a beginning.
yelah.hari ni pakat kecoh-kecih result spm kan?aku harap junior2 aku tuh berjaya dengan flying colours la hendaknya.yelah.junior aku budak pandai2.semua pakat2 target nak dapat scholarship pergi oversea kan? ;p
aku dulu?hahaha.usah di tanya.cakap awal2 aku budak tak pandai.result pun buat calar rekod sekolah je.muahaha.bila dalam environment orang pandai keliling pinggang,aku pun tumpang berangan sekaki.terlalu bagi high expectation padahal kemampuan aku tak setinggi tu.masa tengok slip aku rasa macam nak menangis.balik rumah memang mencurah curah air mata bak air terjun.bagi aku,result aku memang my greatest failure dalam hidup.masa tu aku rasa aku manusia paling bodoh.tengok slip kawan2 yang memanjang sederet A.masa tu aku rasa macam life aku dah berakhir.
tak lama lepas tuh dapat berita kawan2 aku.masing2 dapat scholarship.JPA la..MARA laa..PETRONAS la..even yang dah fly pun belambak.luluh lagi sekali hati.tahan je air mata.jenuh nak cover buat muka gembira.tumpang gembia bila kawan2 tolong realisasikan angan2 aku yang tak kesampaian tu.fine.aku cuba untuk kuat.
then aku masuk uitm.and i'm taking the road not taken.jalan yang aku tak pernah nampak tak pernah nak bayang pun seumur hidup.betul lah kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan.tuhan tentukan aku kat sini maybe ada hikmah.sekarang aku tak menoleh lagi.aku redha.aku terima je ayat makan dalam cikgu kimia aku.
'nora ambik cos biasa2 je ye?alaa.management la tuh'
takpe cikgu.saya memang budak management je sekarang.tapi InsyaAllah saya cuba usaha supaya di bidang pekerjaan nanti,saya boleh setaraf dengan anak murid kebanggaan cikgu.anak murid yang selalu dapat A kimia compare dengan saya yang kimia B ni pun cikgu tak sangka sebab ingat dah fail.
to fellow readers yang berjaya dengan result spm hari ni,millions of congrats from me.dan kepada yang unlucky macam aku,ingat,its just a begining.tak ada apa pun sebenarnya.we have another path for us to succuess.peluang tu ada di mana2.mungkin dunia sains bukan untuk kita.tapi kita boleh berjaya.di bidang lain.or TOURISM maybe? ;p
Subscribe to:
Posts (Atom)