skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Friday, August 26, 2011

dear readers,
sory sebab dah lama tak update.been very busy lately.
kat luar tu dah awan mendung kelabu.tengah terkejar kejar pack barang takut hujan.
nak balik perlis dahh!hoyeahhh! ;p
nanti update pasal raya.
ohh ya doakan cuaca baik kat perlis utk raya tahun ni.mintak dijauhkan segala banjir semua..
and lastly..
saya nak mohon ampun andai terkasar bahasa secara terang terangan mahupun yang tak sengaja.ataupun ada yang terguris hati dengan penulisan blog aku ni.ampun dan maaf dipinta..

selamat hari raya.maaf zahir dan batin :)

Tuesday, August 23, 2011

angan2 remaja

dulu masa tengah remaja,i mean time sekolah menengah.sekarang pun aku remaja lagi apaaa.hihi.ohh ya dulu masa aku zaman sekolah menegah,i have a dream.

impian aku dulu aku nak kahwin muda and then become a mother semuda yang boleh.aku target around umur 21 tu dah ada anak.even 22 tu maximum la bagi aku.haha.gatal kan?tapi ni bukan sebab aku nak kahwin muda.aku teringin nak jadi ibu muda.best apaa?yang bestnya nanti bila anak aku dah remaja,aku pun muda lagi.anak aku ambik spm aku baru around 38-39.tak ke bila aku jalan dengan anak aku nanti orang cakap macam kakak dengan adik?hihi.

aku dapat inspirasi ni sebab tengok maka ku.mak aku baru 43.aku lak dah 20.muda lagi.senang nak komunikasi.mak aku sangat memahami.lepas tu seronok wooh bila orang puji cakap mak kita cantik.hehe.

lepas tu kalau aku masih muda masa anak aku dah remaja nanti boleh hangout sama2.at least aku macam nampak cool la and maybe aku akan lebih memahami anak aku.haha.best kan?

TAPI.memang dream aku tu agak impossible la nak come true.tahun ni aku dah 20.tahun depan dah 21.sepatutnya aku dah kahwin tahun ni kalau nak realisasikan impian tu.TAPI.nak kawen?heh.calon pun tak adee.belajar pun tak habis lagi.so how come?

Saturday, August 20, 2011

RANDOM

ini post tak ada kena mengena dengan apa2 mahupun sesiapa.aku tengah sibuk.dalam kesibukan baru teringat ada benda lain nak kena buat.aku malas nak ambik  pen dan kertas.so tumpang take note kat sini aje.list siap2 sebelum aku keep lupa apa yang nak kena buat.

-full report for subject ETR. (pening.banyak.arghh)
-slides for subject sales and promotion ( *sigh* )
-tutorial law.(copy je boleh tak?)
-study for test law. (aku ingat open book.rupanya tak.itu test lain.ok thnks.)
-study for test cross culture.(ok yang ni banyak kena baca.)

list macam sikit.tapi kerja untuk semua tu berderet.ok dah tau aku bakal lagi serabut.thanks. T_T

Thursday, August 18, 2011

mereka layak dihormati

bagi aku kerja seorang guru sangat mulia.ok fine.kang ada yang buat tak faham bahasa.eh guru je?takkk.bukan guru je.semua orang yang kerjanya bagi ilmu kat orang.cikgu,pensyarah,ustazah,ustaz,teacher,eh semualah.sebab tu orang2 zaman dulu sangat hormat dengan kerjaya cikgu ni.sebab tu zaman dulu parents kalau anak kena marah dengan cikgu,mak bapak marah anak balik.sebab tu anak2 zaman dulu kalau kena marah dengan cikgu pun balik rumah diam ketaq lutut.berani nak bagitau bapak?nak mampos?tapi zaman sekarang apa cerita?kalau cikgu marah anak.siap la cikgu tunggu surat saman mahkamah.sekarang nak tegur student pun tak boleh.kes cikgu bunuh dera student kita tolak tepi dulu.yang tu tak boleh pakai punya cikgu.ni kita nak cakap pasal cikgu yang boleh pakai.

macam aku cakap tadi.zaman dulu orang cukup hormat dengan tenaga pengajar.student cukup takut nak melawan.tapi sekarang?kadang2 aku rasa ramai yang dah hilang hormat dengan tenaga pengajar.lagi2 kalau tenaga pengajar tu muda.lagi la senang dipijak pijak kepala.

kadang2 bila orang tengah mengajar,cakap dalam kelas tu fenomena biasa.finelaahh.nak fikir positif maybe tengah discuss ke apa kan?tapi kalau suara student lagi kuat dari suara lecturer tu sendiri aku rasa macam dah tak proper.nak discuss pun boleh je dengan nada suara rendah kan?bagi aku kinda rude.tak tahu lah bagi orang lain kan?tapi ntah lah..kadang2 aku rasa ada je yang sengaja bising2 dalam kelas.buat tak tahu je bila orang cakap.hmm..tak patut kan semua tu?

zaman sekarang punya situasi,tenaga pengajar yang tunggu pelajar.tenaga pengajar masuk on time,pelajar masuk memang out of time.suka hati nak datang pukul berapa.kesian lorgh kat tenaga pengajar.ingat tu kelas  kau punya?

pelajar zaman sekarang bahasa kalau bercakap dengan tenaga pengajar memang dah tak ada sempadan.hilang segala hormat.dah tak fikir yang walau macam mana kamceng pun kita dengan mereka,batas kena ada.ni sampai kalau diorang terasa hati,elok ke tu?

dan aku selalu tengok.zaman sekarang orang suka sangat ajuk pelakuan tenaga pengajar.gelakkan mereka.ajuk mereka.cuba kalau mereka nampak,mereka dengar.tak ke sakit hati?kita sendiri pun ada kelemahan dan kekurangan kan?so rasanya tak perlu kott nak ajuk kelemahan orang.kalau kita yang terkena,rasanya kita pun sakit hati kan?

kadang2 maybe kita ingat tu perkara biasa.tapi bila umur dah besar panjang otak yang Allah bagi tu dah boleh pakai kot rasanya.cuba fikir balik apa yang patut apa yang tak.sebab once kita lukakan hati mereka,sekali ilmu tu tak halal,satu apa pun tak masuk otak.tu ayat cikgu aku sendiri cakap,aku ingat sampai sekarang.

ni entry bukan nak tunjuk aku ni baik sangat ke apa.sekadar peringatan dan renungan bersama.untuk aku sendiri jugak.ni kang ada pulak cakap aku skema lah apa laa.nak cakap pun cakap la.ada aku kesah?haha

p/s:entry ni dibuat setelah dengar luahan hati insan2 yang bergelar tenaga pengajar yang rapat dengan aku.bukan sengaja atau rekaan semata mata.

Tuesday, August 16, 2011

wish list activities-EDburger! DONE!

semalam lepas makan char kuew teow di entry ini,kami teruskan jelajah ke destinasi ke dua.ya anda tak salah baca.lepas makan char kuew teow kami ke ED burger.yang ni pun dekat je.dekat area permatang pauh.hew hew.malu kitew.eh tapi bukan makan kat situ.tapau balik rumah.kedai ni kedai tepi jalan je.

kalau ikut harga agak berpatutan.tak mahal pun.




 sorry la gambar tak menarik sikit!selekeh!hahaha.tapi rasa boleh tahan.aku order footlong.aku suka sebab tak ada ikan bilis macam dekat footlong burgerboy yang aku makan di entry ini.tapi kalau ikut presentation burger boy memang cantik la.

aku bagi 3.5 daripada  5 bintang.so 2nd place done! ;p

Monday, August 15, 2011

wish list activities-char kuew teow jalan tenggiri! DONE!

ingat tak entry sebelum ni aku ada buat list pasal wish list activities yang aku nak buat dengan BFF tu?aku bajet esok lusa baru nak pergi.out of the blue ain ajak pergi hari ni!maka kami decide ke lokasi paling dekat dan senang iaitu

CHAR KUEW TEOW JALAN TENGGIRI

lokasi dekat area sunway.ni bukan sunway kl ye kawan2?ni sunway dekat penang.aku tak tahu nak bagi route macam mana.tapi kalau pergi area sunway tu kan ada banyak kedai kan?haa nak senang cari yang ada signboard lebuh tenggiri.err.err.membantu tak route yang aku cuba bagi?hihi

ini dia AJK PENGANKUTAN kami.mengharungi langit malam demi mengisi perut comel kami.

 haaa!ni sign board yang kau cakap!i hope this is the only one la kedai yang ada sign board ni.kalau tak mati kau bagi route salah.hukhuk


 ini betray!sebab tak makan.esok punya lokasi jangan harap hang tak makan alia!grrr~


aku dengar cerita tempat ni punya char keuw teow feymes.miera yang before ni penah datang sorang2 pun cakap memang ramai dan sesak.tapi aku tengok tadi lengang jek.maybe sebab tarawih kot.




macam mana pun bagi aku char kue teow kat sini agak mendukacitakan laa.aku expect lebih.so so je rasa.udang pun kecik je.miera cakap rasa dah lain.dulu sedap.tapi not bad la..

aku,miera,ain bagi 3 bintang out of 5
fauzan bagi 3.5 bintang out of 5.of fauzan ni memang pelik.tak hairan lah kalau dia lain dari yang lain. ;p


so DONE tugasan pertama!esok nak makan mana pulak?tunggguuuuuuu...

tugasan semester 5

ni semester akhir aku kat penang.next sem aku bakal practical kat destinasi yang belum pasti kat mana.aku harap perlis tercinta.maka sem ni sem terakhir nak berhurray hooray dengan kawan2 tersayang especially ahli BFF.

jadi untuk mengisi saki baki masa2 akhir yang tinggal,kami bercadang untuk mengisi setiap detik dan saat dengan aktiviti istimewa dan jugak menhidangkan santapan lazat buat perut masing2 yang bulat.*except for perut miera.perut miera separa bulat.eh tak.perut miera tak bulat lansung!*

tadi lepas isi 4 perut bulat dan 1 perut kempis dengan tutti frutti feveret,kami duduk bersidang bermusyawarah mana arah tuju.yang pasti bukan pendapat dan idea dari fauzan.thanks to someone yang bagi tunjuk arah.maka here goes our wish list and our final tugasan for semster 5:

wish-list-activities:
-go to sedim for the last time and this time plan nak masak nasi putih dengan sardin plus telur dadar
-go to padang besar and not to forget timah tasoh yang ain teringin sangat nak pergi sebab tengok klip  vedeo alyah.
-nasi ketam juru (target dalam masa terdekat sebab dekat je jarak)
-nasi ketapang
-char koey teow jalan tenggiri (target kedua dalam masa terdekat sebab dengar cerita sedap)
-mee udang pulau sayak
-pasembor gurney drive (ini dengar ceritanya pasembor yang dibuat sambil berjoget.intresting kan? *winkwink* )
-laksa (aiseh yang ni lupa pulak kat mana.nanti kena rujuk balik ajk pengangkutan)
-chaorasta (ini tempat feymes beli jeruk.target pergi before raya)
-ed burger (katanya lagi sedap dari burger boy yang aku pernah makan di entry ini.betul atau tak?nanti kita terjah!)
-oblong 7e pauh indah (ini sangat dekat.katanya lagi sedap dari oblong depan rumah sewa aku ni)
-ikan stim limau bm tomyam (bm tomyam selalu dah pergi cuma ada yang suggest menu ni.sedap katanya.tak pa nanti kita try!)

and not to forget,our mega vacation.hihi.vacation kat mana?tungguuuu.nanti aku beritahu.yang ni harap sangat dapat pergi before semester ni habis.ini perancangan terbesar.kami hanya mampu merancang.harap Allah menentukan trip kami jadi.aminn :)

ohh ya anda memang tak salah baca.80% daripada list kami memang nak terjah tempat makan.nak buat macam mana tummy comel kami suka makan.hihi.nanti kalau aku berjaya sampai dekat semua tempat tu aku akan update kat blog.and lastly,presenting.....

geng BFF
dari kiri,AJK GPS area penang(yg tak berapa nak membantu),AJK buli fauzan no.1,AJK buli fauzan no.2.AJK buli no.3 plus AJK GPS area kulim+bm,AJK pengangkutan plus AJK buli fauzan no.4.

sekian ;p

Saturday, August 13, 2011

jam melayu

pernah dengar jam melayu?tak bukan.aku bukan cuba nak menjadi racist  di sini tapi ini reality.jam melayu tu bagi aku penghinaan terhadap kita.tapi reality.jam melayu tu senang cakap nak menggambarkan betapa lambat dan tidak menepati masanya orang melayu.bila dengar orang cakap macam tu terasa macam dihina pulak kan?tapi nak buat macam mana dah memang realiti orang kita lambat.

sekalung tahniah kepada orang melayu yang menepati masa dan tak lambat.kalian ni lah golongan yang cuba membersihkan nama orang melayu.tapi aku rasa belum cukup nak cover sebilangan besar orang melayu yang suka lambat ni.

aku mengaku.aku ni bukan lah menepati masa sangat.jadi entry ni untuk diri sendiri dan golongan2 yang selalu lambat.

aku budak uitm.tak ada bangsa lain kat sini.yang ada cuma melayu.jadi kalau kata kelas pukul 8,pukul 8.30 baru ada yang terhegeh hegeh nak sampai.8.30 tu kira baru kelas nak penuh.padahal ikut time table pukul 8 tu dah start kelas.bukannya pukul 8 tu baru terkial kial nak bangun nak terkedek kedek bersiap.dan situasi biasa lah tu kalau lecturer tunggu student.bukan sebaliknya.

haruslah semua pernah dengar betapa orang jepun menepati masa.even pengangkutan awam.kalau bus pukul 3,kau sampai 3.01 minit memang makan asap.tapi itu menurut pembacaan aku tentang situasi jepun.correct me if im wrong.aku belum ada rezeki nak jejak kaki ke sana.jadi tu lah yang aku tau pasal jepun.menepati masa.

orang kita pulak bila nak berubah?janji pukul 5,pukul 5 tu on the way.heh.on the way la sangat.on the way dekat rumah baru nak siap segala bagai.

aku sendiri pun bukan yang punctual sangat.jadi sebab tu aku rasa macam perlu berubah.tapi bukan aku seorang.semua manusia2 atas muka bumi ni tak kira lah bangsa apa sekali pun.lepas ni kita cepat sikit ok?jangan nak menyusahkan orang lain dengan sikap lambat dan lembab kita.

another grown up lady! ;p

baru 3 hari lepas buat entry birthday.ni ada lagi seorang ni.amboi kawan2 aku semua dah grown up.semua dah 20.semuah dah besar!semua dah boleh kahwin ni!hehe.dan birthday girl lady kita untuk hari ni ialahhhhhh...

myra! ;p


cantik kan?haaa.kalau tak silap available ni.eh tapi macam tak available dah.tatau2.hehe.apa2 pun nak wish happy birthday!semoga panjang umur murah rezeki,berjaya dalam hidup dan yang penting,jumpa jodoh yang baik.

once again,happy birthday dear! :)

Thursday, August 11, 2011

walking down the memory

aku nak update blog tapi macam tak berapa nak ada idea.eh ada tapi kena fikir 10 kali dulu kalau nak publish idea tu sebab takut ada pulak yang sentap nanti.jadi aku cari alternatif lain cari bahan nak update blog.jadi aku bukak hard disk cari mana2 gambar yang boleh dibuat bahan cerita.and as i went through all the pictures,terjumpa gambar2 yang aku baru ambik dari mimi.gambar masa zaman muda-muda.zaman bergelar sweet seventeen!


kita mulakan bicara dengan gambar ni.damn you yang ambik gambar ni!buruk nak mati!tapi bila aku resize nak bagi senang upload muka buruk aku tu tak clear.thank god!muahahahah


 ni gambar dengan cikgu math aku untuk form 4 dengan form 5.dan dalam gambar ni aku form 5.rasanya before spm kot.sebab tu kalut ambik gambar dengan cikgu.oleh sebab aku minat yang teramat dengan math,jadi time kelas cikgu ni jangkamasa aku paling fresh sekali dalam kelas!memang tak mengantuk!dan one thing yang aku tak boleh lupa,pernah kena cubit dengan cikgu salmi ni sebab kantoi tak habiskan past year questions.huhu.

 yang ni masa program apa ntah kat sekolah.tak ingat.aku upload jugak sebab macam suka gambar ni.

 ni masa kat reading room untuk subject english.aku suka sungguh reading room ni!best!sebab boleh baca banyak buku.apa?tak percaya?aku suka baca buku okeh!dan kelas kat sini sangat santai.nak terbaring terlingkup pun boleh!ohh ya nadhirah ismail,do u remember our book?BREAKFAST IN BED!hahaha

arghh.damn u nad!ohh nad the one yang berdiri pakai baju sekolah putih tu.kalau bukan sebab nad muka fake nak mampos tu,orang boleh percaya tau yang aku memang tengah menelaah pelajaran.spoil!kan dah kantoi?


student mrsm masing2 kena buat thesis.ala2 kajian la.ni masa hari pertandingan thesis2 yang terbaik.kalau nak  di ikutkan pada umur,my schoolmates punya thesis memang sungguh impresive.banyak jugak yang develope product baru based on otak kretif mereka.thesis aku?hahaha.tak payah tanya.tak sebaik mereka.ohh ya yang aku pegang dengan mimi tu kalau tak silap cacing kot.


ni nad.with her beloved cikgu merangkap cikgu add math.suddenly teringat pulak ringtone cikgu ni.lagu bunyi gitar by p ramlee.klasik habis!!cikgu ni sangat tegas.tapi kalau buat lawak,boleh je layan masuk satu kepala.thanks cikgu sudi mengajar saya yang tak berapa nak cerdik pandai add math ni.sobs.

 ahahaha.muka naif.kalau diteliti muka memang tak berapa licin time ni.heh.tapi sekarang ni licin ke?tak jugak.

ini sir azha.guru kelas merangkap cikgu english.sporting habis!sporting tahap 18sx.haha.enjoy sangat time klas sir azha ni.teringat dulu belajar grammar pakai lagu dancing in the moonlight~lalalala~

ni seha.classmates aku yang memang rajin tahap maksima.ni gambar masa nak keluar outing.kau tengok nak outing boleh bawak buku kimia.mana tak pandai?dan seha pernah keluar statement berbunyi 'aku tak boleh hidup kalau satu hari tak bukak buku' *pengsan*

 ini masa kem physic kat mrsm langkawi.kau tengok mimi.atas notes physic bawah buku komik =.=

 aku rindu gila dengan makhluk dua ekor ni :')


ni cikgu haifa,aku sayang gila cikgu ni.cikgu ni lah yang tanam minat aku pada bio.kalau bukan sebab cikgu ni,aku rasa sampai ke sudah aku tak paham apa kejadah menatang biology tu.sebab cikgu ni lah markah bio aku naik mendadak.thanks cikgu :)

 ni masa graduasi.yeah.i know.jubah tu buruk.

 mimi,apa kita buat? =.=

ni cikgu kimia.cikgu harun namanya.cikgu ni mulut diaa.kalau kau tak tahan boleh makan hati berulam jantung!aku ni salah seorang mangsa mulut tahap laser cikgu ni.tulah.siapa suruh bengap kimia sangat dulu.padan muka aku.sobs.

ni gambar dengam homeroom.yang tudung kelabu tu cikgu homeroom.homeroom ni konsep dia macam family kat mrsm.cikgu ni merangkap mak.kalau result teruk pun mak ni la yang nak mnegadap mak bapak kau.tapi sebab cikgu homeroom kami  muda kami assume dia kakak.hihi.cikgu homeroom yang sporting yang amat.baik sangat!miss u teacher intan! 

itu je lah disebalik gambar dulu.tu je kot gambar yang aku nampak elok sikit.yang lain?hampeh!muka hitam,berminyak,jerawat,tudung senget.huii.tak sanggup nak publish!hahah,till then,bubye! :p

marah cakap marah.jangan buat muka sampai aku pulak marah.

aku tau.semua orang ada emosi.semua orang ada perasaan marah.semua orang ada perasaan bengang.aku tau la sebab aku pun ada rasa semua tu.kalau nak marah pun marah la.TAPI.

boleh tak cerdik sikit bila nak express kemarahan tu?okay semua orang marah mesti bersebab kan?pernah ke orang marah tak bersebab?ohh maybe ada.orang gila.okay then kalau ada sebab kenapa nak marah,boleh tak just marah kan punca marah tu?okay aku merepek.meh nak explain balik.contoh kalau kau marah sebab ada orang buat kau marah,PELISS LA MARAH ORANG TU JE.PELISS LA JANGAN NAK BENGANG DENGAN ORANG LAIN.pantang sungguh aku bila tiba2 aku yang tak tahu apa2 tiba kena marah dengan orang yang bengang dekat ntah siapa-siapa ntah.grr~

ingat aku patung ke?ingat aku ni tak ada perasaan?grown up okeh!pandai marah pandai la cover.orang yang matang boleh cover kemarahan.orang yang nakkan perhatian murahan je yang suka melenting tak tentu pasal depan semua orang.

aku dah tegur kau elok2 tiba2 kau nak buat muka bengang.aku cakap dengan kau but then kau buat tak tahu je kat aku.aku ada maruah.kau ingat aku tak malu ke bila orang semua tengok apa yang kau buat?arghh.tengok sekarang aku pulak yang angin *tariknafashembusnafas*

ubah2 la sikit perangai tu okay?

okay.dah.tu je.bye.

Wednesday, August 10, 2011

august baby

ace usha sikit kat side bar aku.kan ada gambar orang2 tersayang.eh tak.bukan maksud aku tak sayang yang bukan dalam gambar.yang bukan dalam gambar pun aku sayang.cuma tak letak gambar je.tapi kali ni nak cakap pasal awek comel lotey dalam gambar tu.

hari ni awek comel tu genap umor 20.alahai cepat nya masa berlalu.rasa macam baru semalam masuk sekolah form 1 sama2 satu kelas.eh kejap.betul kan kita satu kelas since form 1 kan aten kan?err err,betul kan?


tengok niii.muka zaman muda remaja!ni masa umur 15 tahu?5 tahun yang lepas.ohh dem.sekarang dah dua puluh umoq hang aten!aiceh zaman ni muka naif jek.shawl2 segala bagai mana reti pakai lagi!



 tengok tu ni namanya kawan zaman susah senang.zaman yang boleh sama2 cantik,ni pulak sama2 muka belengas dengan minyak lepas penat jogging konon nak kuruskan badan.ntah pecah lemah ntah tidak tak tahu le.hihi

 ni pun zaman gelak2 sama2 lepas tu teriak sama2.ni masa kereta aten accident kat jitra.cian diaa.lepas ni kalau orang kurang ajaq macam tu tak mau teriak2 tau?lawan je balik!setakat makcik2 macam tu very small the pieces la aten!

 masa temankan aten buat site visit,aiceh bunyi dah macam hang  punya site tu bangunan juta2 pulak kan kan?hihi.ni la masa ADA ORANG TU BAWAK SKECTH BOOK KONON NAK SKETCH KAT SITE TAPI CUMA BAWAK PEMADAM PENSEL TAK BAWAK =.=

 nak tahu satu rahsia tak?aten ni maksu yang garang tahu?jangan nakal2 nanti maksu aten cubit!hihi

btw happy birthday sayangs!aku dah hantar message sepuluh minit sebelum pukul 12 pun jadi orang number dua?okay fineeeee!mencik!btw semoga panjang umur murah rezeki berjaya dalam hidup dan semoga jumpa jodoh yang baik.love youuuuuu! ;p

wordless wednesday


sungguh aku tak tahu apa yang housemate aku cuba buat.yang penting memang aku wordless bila tengok benda ni. =.=''

Saturday, August 6, 2011

100!

hihi.tadi on laptop.online fb segala bagai.then bukak blog.lepas tu check2 follower dah bertambah!genap 100!Alhamdulillah..hehe.aku tau blog aku ni sikit je follower kalau nak compare dengan orang lain.but aku still nak bangga jugak.hihi.bukan senang nak bertambah follower..blog aku ni bukan nye blog apa2 pun.banyak merepek je.huhu.



btw thanks cik chempaka sari! ;p

kisah norma

kisah ni aku dapat tau daripada blog kak filla.sebab ni kisah biras kawan dia.sedih sangat.kisah norma yang masih muda..tapi jatuh sakit.cancer otak stage 4.baru kawin.baru je deliver baby yang sangat comel.tapi sakit lepas lahirkan baby tu.

kak norma masa sihat.cantik kan?

tapi sekarang beliau hanya mampu terbaring lesu.makan bersuap.lemah.tak sempat nak bermanja dengan anak kecil si rafiq.kasihan rafiq.belum tahu erti kehidupan tapi ibunya diuji dengan ujian berat ini.each time i read her story here,i never fail to shed my tears.sedih..kita beruntung tak diuji dengan dugaan macam ni.kita sihat tapi beliau sakit.

memang salute dengan husband kak norma.dengan penuh sabar jaga wife.mana nak cari husband sangup tahan muntah isteri.kalau orang lain mungkin dah senang lenang kahwin lain.tapi husband beliau sabar je.untung kak norma :)


 rafiq.bayi comel ni sangat kesian..tak sempat nak bermanja dengan ibu macam baby lain.baby rafiq kena kuat.demi mama yang berjuang untuk hidup.mama yang nak terus bernafas untuk jaga rafiq..


aku doakan semoga kak norma sembuh dan sihat macam biasa.mari kita sama2 doakan.siapa tahu berkat ramadhan yang mulia ni kak norma kan beransur sembuh.

more on kak norma's story boleh baca disini.dan kalau yang mampu,boleh juga bagi sumbangan seikhlas hati.tangan yang memberi tu lagi baik daripada tangan yang menerima..

credit to blog kak moon for the photos.

sesi lepak dengan classmates

tadi aku lepak dengan classmates.bukan apa,nak jumpa ex classmates yang datang dari kl.huda dengan pikah.dulu satu class but then diorang sambung buat fast trek so sekarang dh jadi budak degree.lepak dekat je.mcd depan rumah.aku tadi jadi nafsu serakah kejap.dah berbuka tapi pukul 10 makan jugak lagi.alaa orang belanja.takkan nak tolak pulak kan?hihi









lepas tu diorang decide nak ke uptown bandar perda.tak jauh.depan mcd tu je.mula2 aku refuse nak ikut.sebab tempat sesak macam tu bakal buat aku panas dan aku akan berpeluh.aku ni species cepat berpeluh sikit.peluh buat aku jadi rimas.tapi bila fikir membe datang dari jauh aku ikut jugak.

sini standard uptown la.macam2 benda ada.tapi sempena ramadhan ni makin banyak pulak stall.dan orang pun makin ramai.nak cari apa2 kat sini datang la.jeans paling banyak.shawl jangan cakap.kasut pun ada.membe2 lelaki aku yang join dah rambang mata.tebalik pulak.haha.







 aku jumpa benda ni!!cantik!klasik sangat.murah pulak tu.pakai dengan shawl letak atas kepala.aku berkenan tapi tatau kenapa tak beli.ni balik rumah dah menyesal.bencik!

dan yang paling terbaik jumpa satin shawl!!penat aku carik kat kedai kat perlis dengan sini tapi tak pernah jumpa atas kedai.aku tak suka beli online sebab mahal.tak masuk postage cost lagi.ni kira okay lah.rm20.lepas ni nak pergi beli lagi!hihi.aku yang mula2 tak nak pergi end up aku pulak yang shopping =.=

lepas tu sambung sesi mengumpat dekat kedai ni pulak.masing2 dah haus sebab penat berjalan!btw seronok dapat cath up balik dengan diorang.ntah bila pulak la nak jumpa lagi lepas ni kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...