skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Thursday, March 31, 2011

langkawi-day 1

 tumpang lalu..tumpang lalu..yihaaa..tuan punya blog sudah mari~ maap sangat-sangat tak sempat nak hupdate blog.ni pun aku baru nak boleh bernafas.minggu ni aku sangat2 la bizi.nak buat macam mana.minggu ni kena submit minggu ni baru nak terkial kial buat memang disater la kan.hikhik.tapi macam mana pun aku sudah kembali ke tanah jajahan blog aku.maka kini tiba masa kita cerita pasal langkawi!


actually this trip is a part of my assigmnet untuk subject tour planing.kiranya kami kena plan tour dan kami gak la yang kena attend tour.masa mula2 pilih tempat classmates aku yang advanturous semua tu pakat2 nak p hutan belum.terkedu sebentar aku di situ.aku ni not that type yang suka masuk2 hutan ni.memang tak ada bakat dan tak berapa gemar.huhu.tapi disebabkan ada masalah tertentu kami terpaksa tukar tempat.kami suka pergi jalan2 kat pulau sambil sun bathing sambil cuci mata usha mat saleh pakai bikini maka PULAU LANGKAWI pun terpilih!

kami bertolak lebih kurang 10 pagi 27 mac.pergi sana melalui kuala perlis.aku baru bajet semangat nak show off naik bus uitm g kuala perlis.tapi bus uitm full.kempunan.hukhuk.tapi tak pa.bus ISA pun bus ISA laa...



sebelum apa2 hal kena tangkap gambar dulu.ni masa nak setting camera mahal.kena setting leklok baru muka boleh jadi cerah bersinar dan flawless tanpa jerawat yang mengganggu.





ni rupa banner.puas hati mak tengok banner besar gajah.time pergi redang dulu kecik cinonet je.hukhuk.ohh ya kredit kepada faizal yang uruskan pasal banner.ohh ya lecturer aku pun puji si faizal ni.memang gigih dengan bertanggungjawab.kemana kami pergi memang sentiasa bawak banner.takde la berkepam je letak kat hotel.tahniah faizal! ;p


 my fav picture :)



kalau namanya lelaki kena tunjuk macho cket.macam mana nak tunjuk macho?macam mamat yang angkut air mineral ni.nama tuan empunya badan firdaus.tapi nama glemer tores.single ke tak?aku tatau.tanya tuan empunya badan.hehe.



 ohh ni masa stop kat rnr gurun.kami tatau nak buat apa dah.tangki buah pinggang pun dah kosong je kalau nak kencing pun.maka ambik gambo je.



lepas tu kan masa dalam bus boleh pulak miss alia buat sesi tour guiding.yelah kami last sem untuk subject tour guiding mana ada naik2 atas bus buat on your left handside right handside (ayat tour guide) segala bagai.jadi kami diuji time ni.aku mangsa pertama T_T

sampai kat kuala perlis dalam pukul 12.30.then lunch teros and naik feri pukul 2.00.ohh ya ni first time aku naik feri yang seat dia pelik cket.ala2 restoran lak.kami duduk atas sikit.asing dari smua orang.

see?lain kan?
mula2 memang la eksaited snap gambar semua.then last2 pening mabuk laut tido je semua!


beg jusco tu mahal.alia sorang je bawak.mana ada tourist lain bawak.heheh.
sampai kat langkawi around 4 sebab feri gerak lambat sikit.sampai2 je tak check in tapi terus pergi UNDERWOTERWORLD.ohh ya kat sana transport kami sewa dua buah van.so jimat sikit compare kalau nak sewa bus.lagi pun kami 21 orang je.so muat2 dua van.


ni van aku.

kat underwaterworld macam biasa lah tengok ikan semua.aku dah pernah pergi dah before ni so ni 2nd time.so far ikan2 kat sana sihat lagi.heheh

aku suka kawasan ni.yup ni still dalam underwoterworld lagi.area kawasan burung2 dengan labi2.



ni kat area penguin.eh2 tu bukan penguin.tu classmate aku yang bajet kat antartik then ambik gambar gedik macam ni. =.=


ni real punya flamingo taw!




gambar ramai2 wajib!dah kata g trip kelas kan?mana feel ambik gambar sorang2.


then keluar underwoterworld teros check in hotel.jarak hotel dengan underwoterworld tu memang kera sekangkang je.jalan kaki pun sampai!tapi agak2 kami nak jalan ke?memang tidak ye!ohh ya masa kat langkawi kami stay kat LANGGURA BARON.dekat sangat dengan pantai!bagi aku bilik hotel memang sangat puas hati.selesa,toilet besar,dekat dengan pantai,dalam bilik pun banyak barang.better dari bilik kat redang tu kot.kami ambik superior room yang ada 2 queen bed harga rm130.so satu bilik 4 orang.petang tu aktiviti bebas je so ambik kesempatan jalan2 kat pantai usha beach boy ambik angin.ohh kalau mengharap gambar aku mandi manda pakai bikini memang tak ada ye.dah kata pun jalan2 je kan?



then malam tu dinner kat pantai cenang je.tempat makan usah risau.belambak kat situ!nak makan apa u name it!western?makanan negara luar?local food?tom yam?semua ada.tapi ikut bajet student macam kami ni makan kedai biasa2 je ye.



 ni yang aku makan.harga mahal sikit ye kedai ni.rm6.50 untuk nasi goreng ayam merah.tapi portion makanan banyak.so pejam mata makan je la.dah kata lapar kan?huhu

then lepas makan bebas jap jalan2 around cenang walk.banyak kedai souvenier.classmates aku banyak la yang memebeli.aku tak punnn.then around pukul 11 ada games.untuk games si firdaus dengan syafiq handle.





main kat pantai sambil ditiup bayu laut.kelas gittew!ohh ya game malam tu ala2 kotak beracun.sapa kena then kena buat denda.ada kena buat gaya berak,gaya seksi,buat gaya lafaz cinta lah.pendek kata enjoy gyla!happening!tambah dengan perangai classmates aku plus lecture yang open plus perangai hampeh macam kami gak,memang best!

then lepas penat main game semua balik tidur.ohh ya b4 tido balik main kad dulu then baru tido.itu sahaja untuk day 1.day 2 to be continue.kalau aku update day 2 skang gak silap2 keras aku depan laptop ni.nak pilih gamabr nak taip ahh sudah.penat aku.so entry day 2 akan menyusul.adios!











































Monday, March 28, 2011

lelaki dan kawan.

aku sangat respect golongan lelaki yang tak kisah paras rupa dalam berkawan.aku tekankan di sini.BERKAWAN okeh.tak ada kaitan dengan cinta cintun segala bagai.lelaki macam ni nak ajak lepak gelak2 keluar hang out sama2 dengan size macam aku diorang cool je.dan aku ada kawan2 lelaki yang baik macam ni.slumber je keluar dengan aku even ada yang usha pelik.apahal?laki hensem tak bole keluar dengan pempuan montel ke?salah ye?nak kena cari sama size sama cantik sama padan dulu eh?kalau macam tu orang macam aku ni kena duduk dalam gua la alamatnya sebab takde orang nak kawan.

aku pernah je jumpa.golongan laki yang memilih dalam berkawan.BERKAWAN.boleh pulak dah kebetulan duduk semeja dah sebangsa seagama tegur pun tidak.padahal ada je mutual friends antara kau ngan aku.heh.sombong nak mampos.awek cun kurus kering kemain ramah.dengan orang macam aku bukak mulut say hai hello pun tidak.

padahal tengok muka cehh.tak hensem mana pun.kalau bercinta tu aku tak heran la sangat kan sebab memang semua pakat2 nak carik yang tahap model buat awek.takpe.fine.lantak anda semua lah.tapi pemikiran kolot senget otak macam ni memang tak boleh bawak dalam hidup.

aku untung dan bersyukur sangat jumpa golongan kawan lelaki yang tak kisah aku macam mana pun untuk dibuat kawan.before ni aku tak penah lagi la since sekolah nak ada membe laki macam tu.semacam ada gap pulok.maybe faktor usia yang membuat otak tak berapa nak matang even dalam hal memilih kawan.but now,dalam usia aku 20 tahun aku jumpa guys yang boleh dibuat kawan.yang boleh dibuat tempat berlindung dalam kesusahan.yang boleh dipinjam bahu buat tempat menangis.yang boleh sama2 kongsi riang gelak tawa.thanks :)

i'm back!

haloo halooo!
maka dengan ini saya dengan selamatnya telah kembali ke tanah jajahan pulau pinang.
LANGKAWI WAS AWESOME!!!
damn aku rindu gyla nak balik langkawi with all those sweet memories kat sana!
fun sangat kat sina.balik sini teros aku rasa stress T_T
hukhuk.
ohh btw will update later about langkawi!
i'll try my best to make it as soon as posible.
okay nak basuh baju busuk berpasir dari langkawi.
babai! 
>.<






Friday, March 25, 2011

langkawi oh langkawi



lepas berpenat lelah berhempas pulas,at last selesai gak sesi pack barang.aku kalo pack barang ni lemah cket.malas sungguh rasa.kalau bukan kerna aku nak bertolak pagi esok,takde nye aku nak pack malam ni.cuba kalau bertolak petang,silap2 tengah hari baru aku pack!muahaha.tengok tuh,kemain semangat lagi aku dan housemate.siap susun bagasi lagi.getiks kan?haha.

nanti kat langkawi aku snap gmbar banyak2 ye lepas tu aku hupdate blog.muntah la kalian sekalian tengok gambo nanti.hikhik.

dah kata pulau bebas cukai kan,pakat2  dok siap list nak kirim chocolate segala bagai.takpe2.akan ku usahakan.kalau aku ingat aku beli eh?hikhik.

akhir sekali,doakan keselamatan aku dan kawan2 ye?semoga kami selamat pergi dan kembali.semoga tak ada pape berlaku.dan langkawi,tolong jangan hujan sangat eh?hehe.

jumpa lagi nanti..insyaAllah..adios~ ;p











Wednesday, March 23, 2011

langkawi mari~

jumaat ni saya bakal ke langkawi.ohh yeah bebeh.langkawi AGAIN!hoho.untuk family aku langkawi tu destinasi wajib ye SETIAP TAHUN.ye setiap tahun saya ke sana.cuma tak ada la jalan2 sangat pun.yang ni maybe a liltle bit different sebab dengan kawan2 ramai2.yelah ramai2 nanti boleh nyanyi2,gelak2 sama2 dalam bus.nak pening mabuk laut pun ramai2 ye nanti! ;p

tapi sebelum ke sana suka2 banyak lagi kerja menanti.dengan kewangan yang tak berapa nak kukuh.tengok la silap2 cekelat pun aku beli satu je.hoho.

esok kena start packing tapi apa nak bawak pun taktau. =.=

just a beginning.

yelah.hari ni pakat kecoh-kecih result spm kan?aku harap junior2 aku tuh berjaya dengan flying colours la hendaknya.yelah.junior aku budak pandai2.semua pakat2 target nak dapat scholarship pergi oversea kan? ;p
aku dulu?hahaha.usah di tanya.cakap awal2 aku budak tak pandai.result pun buat calar rekod sekolah je.muahaha.bila dalam environment orang pandai keliling pinggang,aku pun tumpang berangan sekaki.terlalu bagi high expectation padahal kemampuan aku tak setinggi tu.masa tengok slip aku rasa macam nak menangis.balik rumah memang mencurah curah air mata bak air terjun.bagi aku,result aku memang my greatest failure dalam hidup.masa tu aku rasa aku manusia paling bodoh.tengok slip kawan2 yang memanjang sederet A.masa tu aku rasa macam life aku dah berakhir.

tak lama lepas tuh dapat berita kawan2 aku.masing2 dapat scholarship.JPA la..MARA laa..PETRONAS la..even yang dah fly pun belambak.luluh lagi sekali hati.tahan je air mata.jenuh nak cover buat muka gembira.tumpang gembia bila kawan2 tolong realisasikan angan2 aku yang tak kesampaian tu.fine.aku cuba untuk kuat.

then aku masuk uitm.and i'm taking the road not taken.jalan yang aku tak pernah nampak tak pernah nak bayang pun seumur hidup.betul lah kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan.tuhan tentukan aku kat sini maybe ada hikmah.sekarang aku tak menoleh lagi.aku redha.aku terima je ayat makan dalam cikgu kimia aku.

'nora ambik cos biasa2 je ye?alaa.management la tuh'

takpe cikgu.saya memang budak management je sekarang.tapi InsyaAllah saya cuba usaha supaya di bidang pekerjaan nanti,saya boleh setaraf dengan anak murid kebanggaan cikgu.anak murid yang selalu dapat A kimia compare dengan saya yang kimia B ni pun cikgu tak sangka sebab ingat dah fail.

to fellow readers yang berjaya dengan result spm hari ni,millions of congrats from me.dan kepada yang unlucky macam aku,ingat,its just a begining.tak ada apa pun sebenarnya.we have another path for us to succuess.peluang tu ada di mana2.mungkin dunia sains bukan untuk kita.tapi kita boleh berjaya.di bidang lain.or TOURISM maybe? ;p














Monday, March 21, 2011

tak tahu la apa cerita.
nak kata malang,dah takdir tuhan.
tapi TWO WEEKS IN A ROW!
sabar ye miera bff ku lagi sorang!
its happen all the time!
chill okay? ;p


p/s:lepas ni kita tengok kerusi ain pulak.hikhik


p/s 2:lepas ni kena jaga2 dengan kerusi kat lab computer.kalau aku yang jatuh,pergh,bergegar lab!








petang2 hujan yang dingin ni aku nk melagha sat sambil makan cekodok free.
haih
awat hensem sangat ntah.
kalau dapat buat laki ni,aku simpan dalam almari je.
tak bawak keluar takut kena curik.muahaha












ohh nazim othman!i lap u foreber!
*pengsan*


Sunday, March 20, 2011

$

duit dengan aku tak boleh nak letak dalam satu ayat.macam tak berapa nak ngam ja.duit masuk akaun aku lepas tu kejap dah keluar balik.yang keluar itu ikut keadaan.kalau masa pt aku masih panas dalam akaun selalunya keluar atas alasan nafsu diri.tapi bila dah makin susut akaun pt aku,laju ja keluar atas alasan yang mendesak dan menjadi kewajipan untuk aku keluarkan.nak bayar tu nak bayar ni.haih.

orang kata money is not everything.TAPI every single thing need money tau dok!nak terkencing tapi takdak duit kepit la sampai ke sudah.

kalau ikut nafsu diri semua aku nak beli.tapi bila check balik account balance,ohh sungguh sadis.okay simpan diam2 niat hati nak beli apa2.

dari dulu aku selalu cakap dalam hati. 'untung anak orang kaya.mau apa dapat.' tapi then pujuk hati balik.anak orang kaya tu belum tentu bahagia even ada semua benda.i'm much more happier dengan hidup dikelilingi keluarga yang bagi aku,harta aku sampai hujung nyawa.ya.saya kaya dengan kasih sayang keluarga.sila jangan cemburu dengan saya! ;p  *bangga*

then tengok keliling dengan sepupu yang dah bergaji.whoa best ada gaji!semua bule beli!then semangat berkobar kobar nak cepat kerja.then kira dengan jari balik punya lambat lagi aku nak bule kerja.okay simpan lagi niat tu.ohh ya jangan di sebut part time work.saya tak mungkin dibenarkan buat itu!

okay duit.mari kepada saya!saya perlukan anda!kan bagus kalau boleh di fotostat duit2 tu.hoho.tapi kalau boleh nanti jadi macam zaman jepun dulu.apa ke nama?duit pokok pisang?heh.arwah monyang aku cerita zaman tu semua kaya.duit berguni tapi sekupang pun tak guna sebab tak ada nilai.haha.


extra:saya mahu mp3 player!cari2 yang below rm50 agak2 boleh dapat tak?

Saturday, March 19, 2011

tadi aku baca entry baru anishusna.haha.u remind me all those memories la! ;p dan buat aku nak cerita pengalaman lampau.

aku dulu masa form 4 ngan form 5 stay dalam jail.satu jail la dengan anishusna..mana tak aku panggil jail.itu tak boleh.ini tak boleh.dah la hidup keliling pagar.nak keluar pun kena mintak sign warden la apa laa.lagi pun aku masuk situ sebab paksa tak rela.memang sampai ke sudah hati aku tak rela.

alkisah dah kata sekolah asrama penuh.memang haroom la nak bawak handphone.masa form4 aku baik cket.naik form 5 aku mula bosan.nekad aku bawak jugak fon kesayangan aku.the best thing sebab tok dengan wan pun tahu.so aku chill sudah.

tapi hidup bila pegang benda haramm ni tak memang tak aman.tambah2 bila dikelilingi manusia penuh hasad dengki!tak boleh tengok hidup aku senang!

kat bilik tak ada plag.so kalo nak cas fon aku dengan tak berapa nak rajin terpaksa p prep awal cas dalam kelas.kena p awal sebelum golongan talibarut warden datang.ada satu hari nasib tak berapa baik,kantoi dengan seorang tali barut.dia nampak aku tengah plug in charger.demmit youuu!.tapi beliau tali barut je.so tak ada hak nak rampas.so aku buat bodo.

start lepas tu hidup aku makin tak aman.ada satu hari sabtu yang hening.aku dengan yanie lepak dalam kelas after prep.okay aku lepak sebab nak cas fon.time tu aku dah siasat habis habisan kat membe aku si A.walaupun tergolong dalam golongan orang yang ada kuasa untuk rampas fon aku,si A chill je.tak gelabah pun macam rakan seangkatan dia yang lain.A cakap hari tu komfem takkan ada spotcheck kat klas.tapi golongan gatal tangan nak rampas fon ni datang jugakk!vavi sungguh.dalam hati aku dah sumpah seranah.aku dengan yanie bajet cool.unfortunately,fon yanie tumpas!sorry babe!!betapa selamatnya aku,dalam semua2 plug yang ada dalam klas,plug yang ada fon aku je diorang tak check!time tu memang tarik nafas lega fuuh fuhh je.

dalam bulan ramadhan yang mulia pun ada jugak nak carik pasal.kali ni orang yang rapat dengan aku jadi tali barut.bilik aku kena geledah masa tarawih.perghh.berasap je balik dari surau 3 katil habis selerak kena selongkar tapi satu katil tu elok je tak berusik.dua roomates aku tewas handphone.dan aku kantoi mp4 player yang aku sayang gyla babi!fon aku masih selamat.muahahhaha.padan muka!heh.tak jumpa kan aku letak celah mana?serve u right!sampai kesudah tak jumpa fon aku kan?heh.


serius aku benci peraturan asrama.dan paling aku benci peraturan tak boleh bawak handphone.lagi warden kata tak boleh bawak,lagi aku rasa nak bawak time tu.muahaha.dan macam aku cakap tadi,sampai ke sudah,sampai last paper spm iaitu paper physic,fon aku selamat.muhahahahaha. *gelak jahat*









i need time to be alone.
all the smiles,
but deep inside.
i'm just an ordinary person
i have feelings too.

Thursday, March 17, 2011

table manner yang tak jadi.

malam ni sepatut aku ada test.table manner punya test.to be clear table manner ialah makan cara penuh kesopanan dan kesusilaan dengan dikelilingi sudu garpu yang memenuhi meja dengan pelbagai fungsi yang perlu aku hafal fungsi2 tersebut.satu kelas aku which consist of 20 org semua dah pakat2 excited dengan test ni.tapi bangun pagi tadi dikejutkan dengan mesej penusnah kegembiran dan melahirkan caci maki carut marut.

'test table manner malam ni cancel.'


a short text mesej yang buat semua orang bengang.paling orang bengang sebab hari ni dan esok tak ada kelas.ramai yang dah plan nak balik.tapi sebab ada test tu ramai nak balik esok.tapi bila benda tu dah cancel,sia2 je satu hari.dan bila disiasat,reason test malam ni cancel

'tak ada reservation dibuat untuk test malam ni'

kalau tak ada reservation,tak ada makanan dan table.kalau tak ada makanan dan table maka tak adaah test.dan persoalan yang ada dalam kepala otak bengang aku dan classmates,

ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK RESERVATION,APA DAH JADI?










makhluk perosak!

makhluk perosak ni ada di mana2.di sekeliling kita pun ramai kan?manusia perosak laaaaagi banyak.yang merosakkan umat manusia yang lain.rasa macam nak bunuh2 je makhluk manusia perosak ni bila jumpa.tapi jangan!kang tak pasal2 kena hukum gantung.so baik bunuh makhluk perosak yang lain.

selain makhluk perosak bernama manusia,ada je ulat2 perosak tanaman.kalau jenis yang ni senang je.beli racun,sembur tabur racun,pappp!sudah mati!senang hati tengok.


dan yang paling merisaukan makhluk perosak dalam pc.kan kan kan?kalu tak risau takkan anda pasang anti virus mahal2 kat pc kan?

TAPI.jangan tak tau.blog pun ada mahkluk perosak.jadi kalau nak tengok blog anda ada mahluk perosak atau tak,boleh  klik sini.





caranya mudah cuma masukkan url blog anda dan tekan scan,

selamat menscan! ;p

Wednesday, March 16, 2011

kau kentut ke?euwwwww

pernah tak anda rasa perut kembong semacam dek kerana angin yang memenuhi badan?dan bila terasa nak melepaskan angin dari badan terpaksa berfikir puluhan kali sebab takut bakal digelakkan orang awam?aku mengaku aku pernah rasa macam ni.eh eh tipulah kalau anda cakap tak pernah nak rasa nak terkentot kan?bukan manusia namanya tuh kalau tak pernah terkentot.

aku pelik sunguh dengan pemikiran orang malaysia ni.kadang-kadang dengar orang terkentut mula lah.

'euwwww!kau kentut!kau jijik!euww.euww.euwww'

salah ke kalau kentut?kau tak pernah kentut eh?sila berfikiran sedikit terbukak laa.eh buang angin tu sihat apaa.tak payah la dok gelak.kesian orang lain.dan disebabkan sikap saling gelak menggelak ni la,kadang sampai orang nak kentut pun takut.

senang bagi contoh kalau kau tinggal kat kolej,tinggal kat hostel.ada berani kentut kuat2 tanpa risau diri diketawakan terbahak bahak oleh roomates?kalau berani aku salute!dan si roomates,kalau roomates kentut kenapa nak gelak guling guling?perlu ke? =.=

jadi mulai hari ini,kalau orang nak kentut,buat taktau sudah lah.tak payah gelak dah.okay? ;p








bangang.bangang.

hari isnin yang lepas aku ada test abacus.dah nama pun test memang kecut habis segala perut dan organ2 yang ada.tengah sedap2 aku menjawab dengan perasaan penuh keyakinan yang dibuat buat,tiba2 system abacus kat pc aku jam.damn!time aku tengah nak buat test ni jugak kau jam kan?kacau mood aku sungguh!bila dah jam lecturer aku pun tak boleh buat apa memang kena panggil technican.mujur technican tu memang stanby kat situ je sebab kebetulan banyak pulak pc tak boleh bukak system abacus.masa si technican tu sedang mengodek pc aku sempat aku dengar si abg sani(technican) membebel sorang2.

bangang
bangang
bangang

aku usha pelik je si abg sani ni.then abg sani mula membebel lagi.

'sapa la yang bodoh sangat dok upgrade virus shortcut ni.orang buat virus p la rompak bank ka.ni buat virus nak kacau system.'

ohh lama sudah aku tak dengar si VIRUS SHORTCUT.last sem kecoh satu uitm pasal virus pembunuh ni.virus ni tersebar melalui pendrive.mana2 pendrive yang cucuk kat pc dalam uitm,then bila balik cucuk kat laptop,haaa habis semua kena!dan begitulah seterusnya virus ni tersebar.imagine dalam laptop kau ada assigment nak kena hantar.sekali masuk virus kena format semua.tak ke meraung?

sungguh tidak bermoral manusia2 yang cipta benda ni.kalau pandai sangat p la buat benda lain.ni tak.yang dok p kacau system siapa suruh?kan dah kacau aku buat test.kan dah rosak system.kau ingat system abacus tu murah?bangang punya orang!






Tuesday, March 15, 2011

to FAUZAN a.ka.a bff,chillex okay?
its happen all the time ;p


Sunday, March 13, 2011

tok

dalam dunia ni wanita kedua yang aku adore sangat selepas mak aku ialah tok(nenek) aku.bagi aku tok layak dibuat idola oleh aku instead of aku ambik artis tak berapa nak berakhlak or ahli politik yang bagi aku memang tak boleh nak dibuat idola.yelah takkan nak ambik orang2 korup pakai tudung nampak jambul rambut berkarat buat idola kan?memang hancuss.

aku dibesarkan oleh tok sejak tapak kaki besar dua jari bak kata tok.sebab lepas kawin mak dengan abah memang duduk sekali dengan tok dan wan.disebabkan aku the only cucu kat rumah memang aku dimanja.tapi dimanja dengan sepatutnya.mak pun cakap dari aku baby tok yang banyak ambik alih tugas jaga aku.hidup aku sederhana.nak kata susah pun tak,senang pun tak.InsyaAllah apa aku nak aku dapat.cuma lambat atau cepat.tapi tak ada lah aku nak mintak melampau lampau dekat tok.aku pun tahu tahap kemampuan kami macam mana.

tok sangat tegas tapi dalam masa yang sama manjakan aku.kalau aku kat rumah,sampai sekarang pun aku takut nak keluar rumah kalau tanpa izin tok.dan kalau aku dah mintak izin memang aku tak berani nak pergi jauh2 takut something happen.pergaulan aku dengan lelaki pun sangat dikawal.biasalah orang tua kan.tok tak nak aku rosak jadi tak beromal berakhlak.teringat dari zaman aku sekolah,aku ni kalau balik sekolah semua benda nak cerita kat tok.tapi dari dulu sampai sekarang tak berani nak bukak mulut cakap pasal kawan laki.kalau nak kena marah cuba la cakap.hatta raya pun tak pernah lagi kawan laki datang ke rumah walau pun beramai ramai.sampailah raya tahun lepas classmate aku pecah rekod time raya datang rumah.tu pun aku cuak yang amat masa nak mintak izin kat tok.

tok sangat pentingkan pelajaran.especially matematik.aku ingat lagi aku naik je darjah dua memang kena hafal sifir sampai sifir dua belas.hujung minggu bangun pagi hafal sifir dulu.kalau dah boleh hafal baru boleh tengok tv.dan aku rasa sebab tok lah minat aku terhadap matematik tak pernah padam.malah bukan aku seorang.semua cucu tok kena pandai kali-kali(sifir).bak kata mak su,kalau tak pandai math bukan cucu tok Embun la namanya.biasalah oang tua maka cara tok sangat berbeza dengan parents muda.kalau aku kena marah dengan cikgu kat sekolah cukup tak berani nak bagitau tok sebab kalau aku bagitau pun aku yang kena balik.sebab bagi tok aku takkan kena marah kalau aku tak buat salah.tok pernah jumpa cikgu aku then cakap 'kalau wana ni buas(nakal) cikgu rotan ja'.hoho.klasik kan?

tok sangat sayang anak cucu.bab makan memang nombor satu.kalau dengar cucu2 nak balik tok dah mula kerah wan(masa wan sihat) pi market beli apa yang patot nak buat masak.setiap kali masak dah macam nak buat kenduri pun ada.tok takut cucu2 tak cukup makan.tok takkan duduk makan selagi cucu2 dia tak mula makan.prinsip tok 'kalau tak makan mana boleh mengaji(belajar)' haha.tengok badan aku pun boleh agak la kan? ;p

seumur hidup aku tak pernah berpisah lama dengan tok.sampailah masa aku form 4,aku masuk asrama.minggu 1st aku kat sana terus tok datang dengan wan dengan pak lang.tok nampak2 aku ja terus peluk cium aku.haha.rindu katanya padahal aku rasa bari 3 hari aku masuk asrama.dan sepanjang aku kat asrama,kalau aku tak boleh outing balik rumah,tok akan datang melawat aku.tak pernah fail.datang bawak makanan sedap2 then makan sama2 kat bawah gazebo dekat dengan asrama aku.dan sampai sekarang,kalau cuti sem dan bila sampai masa aku kena balik penang ja tok mula la buat muka sedih.sunyi la tuh aku tak dak kat rumah :)

bagi aku tok sangat kental.masa tok tak boleh jalan aku dengan kak ngah jaga tok.boleh nampak tok sangat determine nak cepat sembuh.setiap hari tok cuba bertatih melangkah nak cepat baik.tak sedap hati hal rumah tangga dia tak dapat uruskan dengan kudrat sendiri.dan sekarang,wan terlantar sakit,tok tak pernah jemu jaga wan yang dah beberapa bulan keluar masuk hospital.tak pernah nak merungut terpaksa tidur kat hospital tu.kadang2 tok sampai taknak balik rumah walaupun kami anak cucu tok nak tukar shift jaga wan kat hospital.tok nak wan 24jam depan mata dia.memang anda akan cakap tu memang tanggungjawab seorang isteri.tapi kalau tengok kat wad yang wan duduk tu ramai ja yang isteri buat tak peduli cuma datang masa waktu melawat.dulu pun masa moyang2 aku masih ada,tok yang jaga.Alhamdulillah moyang2 aku panjang umur sampai 90 tahun lebih.jadi urusan nak makan minum kencing berak tok yang jaga dengan wan.tok tak jijik pun nak buat semua tu.memang tok isteri yang terbaik.


masa aku menaip ni sungguh aku rindu dekat tok.macam dah lama sangat aku tak balik rumah.dan sebab rindu lah aku tulis semua ni.tok......rindu! :'(


tok aku yang paling kiri tu.yang kanan maksu aku.budak kecik tengah tu my cousin.

benda free???

benci tau macam ni!tak suka tak suka tak suka!kenapa pengguna DIGI prepaid boleh dapat  percuma???kenapa aku tak dapat pun!damn.nak jugak  percuma setiap kali tpup.tak adil tau?pengguna DIGI dapat ni bila tpup tapi aku tak dapat apa apa.huh.okay saya bukan pengguna DIGI.fine.



incik tv yang baik

baru selesai menonton tv.terasa sungguh jakun bila dah lama tak mengadap kotak magic tu.maunya tak magic,kotak tu boleh buat orang melekat 24 jam.sanggup tolak makan minum sebab nak tengok tv.buku apatah lagi kan.memang tolak ke tepi bila nampak tv.sebab tu lah tv jadi musuh utama para ibu walaupun setiap hari para ibu tunggu nak tengok telenovela.okay pembetulan.ada masa jugak para ibu memusuhi tv.iaitu masa bila golongan anak degil ketegaq takmau baca buku sebab nak tengok tv.

tapi bagi aku tv itu benda yang baik.tv lah benda yang mengeratkan hubungan sesama family juga sesama rakan taulan.it's a precious moment for me bila masa balik kampung berebut sofa dekat ruang tengok tv di rumah.then berebut remote control dengan wan aku yang selalu sembunyi remote dalam gulungan kain pelikat beliau di pinggang.memang aku kalah dalam perebutan remote!dah kalah tiba masa duduk tengok tv channel pilihan tok dengan wan.pasangan sehati sejiwa sama sepakat nak tengok Gerak Khas.aku ikut tengok.mulut kata benci Gerak Khas tapi hati sayang nak tinggal masa emas itu.terasa rugi sungguh kalau aku decide untuk terperap dalam bilik mengadap laptop.masa depan tv lah nak bergurau senda sambil pekena cekodok panas kalau tok rajin masak cekodok.i just love home too much!sungguh rugi kalau duduk rumah tapi tak gather dengan family.nampak tak akar umbi penyatuan keluarga.tv kan?walaupun kadang2 end up tv tu terpasang tanpa ada penonton sebab para penonton sibuk bercerita buat drama keluarga sendiri.sungguh aku rindu masa itu!

kalau di rumah sewa,memang boleh hitung dengan jari jumlah masa aku tengok tv dalam seminggu.ni semua dek kerana si internet yang hadir dalam rumah ni.internet di dalayan penuh mesra.tak pernah pun aku tengok internet tu dipinggirkan.kesian sungguh incik tv.masing2 buat hal sendiri.entah macam mana aku rasa tv tu sungguh bosan.nasib baik kat rumah aku tak wujudnya internet,kalau tak aku akan hilang masa dengan orang tersayang.aku akan jadi social recluse yang duduk dalam bilik melayan si inck internet.

terima kasih incik tv!








Friday, March 11, 2011

gillete shick ultra

ni bukan nak buat cukur bulu ketiak bulu kaki.ni punya pisau cukur buat cukur harta duit ringgit.kalau semua umat manusia ada perangai gillete shick ultra dalam diri,jangan kata tauke balak,tukang cop duit pun boleh kayap beb!ini species manusia memang tak ada sifat malu dalam diri.penat2 orang cari duit anda nak kaut sampai habis?walaweh.banyak cantik muka!eh nak jadi kaki kikis muka konon kena cantik baru lelaki tak berapa cerdik tertipu terpedaya.tak gittew?

kalau kaum aku yang buat memang tak malu.eh tapi memang lazim si kaum aku yang tukang kaut harta kaum lagi satu.itu realiti.bukan niat menjatuhkan kaum sendiri.tapi betul kan?okay2 to be fair kaum lagi satu pun ada kaut harta kaum aku.tapi kali ni aku nak tekan kaum aku yang kaut harta kaum lagi satu.tapi kalau dah dasar pisau cukoq,kaum sendiri pun dia cukoq.janji hidup senang makan free baju canteekk.pergh.

adoii.nak apa lagi dalam hidup?nak hidup senang kena la usaha sendiri.buat apa nk ambik duit orang lain?tapi perlu ke hidup senang?cukup lengkap keperluan asas.rasanya bukan setakat keperluan.kehendak yang terpengaruh dek nafsu pun mak bapak dah belikan.maka bersyukurlah and just live your life.kesian lah sikit kat orang lain.tak payah nak kikis sangat.

mood:muvie pisau cukur terbaek!



extra 1;sory kalau ejaan brand pisau cukur salah.mls nk google.


extra 2:maaf kalau kaum wanita terasa.entry ni dibuat dek kerana perangai segelintir kaum kita yang bodoh sikit otak.tak pasal2 nama perempuan pulak busuk kan? *sigh*







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...