skeleton in my closet

skeleton in my closet
people refuse to hear.so i let them read.

Friday, April 29, 2011

budak sekolah mintak derma

tadi masa aku tengah fokus study (ye sila percaya) tiba2 ada orang ketuk.yang bagi salam tu aku dengar suara macam suara budak kecik.aku ingat anak tuan rumah datang nak hantar bil.sekali bila bukak ada budak2 mintak derma.yang datang bukan sorang.3 orang sekali gus!tanya la derma untuk charity ke apa.then bila tengok kat kad yang diorang bawak tu derma untuk sekolah diorang.amboi!then emma dengan alia pun bagi jelah sorang 50sen.mar je murah hati banyak sangat duit bagi sorang singgit.

duduk tak lama lepas tu ada lagi datang!dua orang pulak.amboi!kali ni aku dengan syahida pulak bagi sorang 50sen.lemak nak bagi banyak.then tak lama lepas tu ada orang ketuk lagi.ahh sudah.aku pandang syahida,syahida pandang alia,alia pandang laki kat luaq sapa ntah tak prasan.kali ni tak boleh jadi.rabak dah ni.tadi pun kutip nak bagi sorang 50 sen tu celah2 purse yang tersesat.bagi seposen2 pulak tu!maka nak selamat kami diam je.buat taktau.maaf la dik.darurat!kami semua senyap beku je.yang budak2 tu kemain kuat dah ketuk.last kesian syahida g bukak jugak.kali ni kami dah decide nak cakap je terus tak ada duit.sekali bukak budak yang tadi.

'kak,kami tertinggal pen'

okay diam.muka dah merah malu.budak tu balik je kami bantai gelak!adoyai kesian pulak budak tu..maaf la ye dik.sekolah tu pun tak patut sungguh!ada ke patut suruh budak2 mintak derma untuk sekolah.kalau untuk charity lain la sikit.at least kalau nak dapat dana ke guna la cara yang lain sikit.jual cookies ke macam kat sekolah luar negara.ni tak.tambah2 kami ni memang tengah pokai tahap kering.ulang makan megi je sekarang ni nak jimat punya pasal.tak bagi kang serba salah pulak.haih.dan lagi satu sekolah tu memang ada hak ke untuk suruh budak2 tu mintak derma?macam tak patut je.aku bangkang sungguh!


Thursday, April 28, 2011

counting and waiting

done with ticketing punya paper petang tadi.susah tak susah kepala aku berdenyut sakit dari petang tadi sampai sekarang.en.migrain sila jangan datang.aku benci kau.pergi main jauh2 shuhhh!4 paper dah selesai.ni aku tunggu last paper,computer reservation system a.k.a abacus.terbaik sungguh killer subject semua last2.sape buat jadual ni?grrrr~

kawan2 aku ramai dah balik.benci tau tengok orang balik tapi aku static lagi kat sini.kedudukan kewangan aku memang dah meruncing sangat ni.diet jugak aku karang tunggu nak balik sabtu ni.tak pun aku kenyang makan hati makan jantung je.tu lagi nice kan?hoho.

hari ni khamis.esok jumaat.lusa sabtu.tulat ahad.sabtu cepat sikit please? :'(



















Tuesday, April 26, 2011

hey.
that day u cheer me up.
and now,i think i need u again..




1st contest srie arty ; RINDU ZAMAN SEKOLAH.

 aku dah di tag oleh dzurina untuk contest rindu zaman sekolah anjuran cik srie arty.



syarat2 contest:

SYARAT SYARAT ;
1. follow blog ni dulu. *senang nak update pape* pastu, buat satu entry pasal contest ni. title macam kat atas tuu.
2. letak banner contest dan link kan ke entry yang ni kat dalam entry korang. 
3. letak satu gambar korang yang menggambarkan suasana sekolah . tak kisah laa sorang or ramai ramai.
*gambar SATU je tau .*
4. description pasal gambar tu dalam 10 patah perkataan.
5. tag 5 orang kawan korang . pastikan diorang tahu.
6. tinggalkan link entry korang tu kat bahagian komen  :) jangan kat shoutbox ye. takut lepas pandang.
7. contest ni valid dari 20 April sampai 20 Mei 2011.



maka aku letak gambar ini.



gambar aku dengan homeroom.banyak kenangan pahit manis bersama. rasa macam nak balik zaman tu then gelak ketawa sama2 macam dulu.
rindu korang :)


okay then aku nak tag
ched
mar
aten
ain
pojan

selamat berjaya! ;p

suka tapi bajet cinta.hoho

semalam aku usha blog schoolmate aku dzurina.baca punya baca dia ada story pasal crush zaman sekolah dulu.macam menarik.maka tengah otak aku jam nak study ni,aku nak story gak la pasal crush aku.sibuk je en?muahaha.tak kira nak cita jugak.

ni cerita zaman form 4.masa aku masuk boarding school.ada la mamat sorang ni.kelas dia dekat jugak dengan kelas aku masa form 4.so setiap hari dia akan lalu depan kelas aku dengan bestfriend dia.aku lak time tu duduk tepi tingkap dalam kelas.maka view aku memang menarik kalau nak cuci mata.lama2 aku usha hensem jugak mamat ni.apa yang aku suka pasal dia,senyuman dia.boleh buat aku cair gak la.muahaha.then since tu aku suka dia.dan sepanjang aku kat sekolah tu,aku rasa dia la yang aku minat.even masa form 5 kelas aku dah jauh dari kelas dia pun rasa hati tu masih utuh kottt.aku tak boleh tengok dia lalu depan kelas aku,aku still boleh tengok dia sebab tiap2 hari aku lalu kelas dia.hehe.

kebetulan pulak dia kawan kepada kawan baik aku masa kat sana.so aku boleh tau jugak la pasal mamat ni.ohh ya celah mana pun aku tak ingat,aku siap ada number mamat ni lagi.kira hebat jugak la kan aku boleh dapat nombor mamat aku minat.muahaha. *riak* tapi ada nombor dia pun bukan aku msg pun.segan kott.hukhuk.eh tapi aku msg dia kalau nak tpup.dia dulu tauke tpup untuk budak2 tak ikut peraturan yang bawak phone.senang kerja .msg je tpup masuk.esok g kelas bayar.hoho.mamat ni kaki business sikit aku rasa.dari dulu sampai sekarang macam masih jadi usahawan.dulu aku ni bukan pelajar yang baik pun.orang tak bagi bawak handphone aku gatai nak bawaklepas tu kalaut sebab dalam bilik tak ada plug nak charge batery.maka dia jugak selalu tolong aku charge batery phone.thanks weh.jasamu dikenang.hehe.

tapi macam biasa la.aku kalau suka kat orang mana pernah berbalas.lagipun mamat tu ada awek.dan budak selekeh comot gemuk macam aku mana ada orang pandang kan?muahaha.btw lepas aku habis spm aku tak jumpa dia dah.maka perasaan tu hilang macam tu je la.but then tahun lepas kot teserempak dia masa aku pergi sekolah tu balik untuk ambik sijil spm.

p/s:ohh ya.untuk mamat tu aku rasa hang baca blog aku ni kan.gelak je la weh bila baca entry ni.hoho. *malu*


apa jadi?

sem ni aku tak tau apa pasal.tapi aku rasa sem yang teruk bagi aku.

1.aku malas.
okay aku tau setiap sem pun aku malas.tapi aku rasa sem ni aku paling malas.even dalam minggu final ni pun aku malas nak study.at least last sem aku pulun jugak study.sem ni aku suam2 je.cary mark pun so-so je.dan harapan untuk dekan tu again tiada.maaf family.saya bodoh.

2.nak balik.
selalu kalau nak hujung sem aku paling liat rasa nak balik tu.bukan tak nak balik lansung tapi berat hati nak tinggalkan penang.kalau last sem paper aku habis isnin,kalau boleh rabu baru aku nak balik.tapi sem ni,last paper pun jauh lagi tapi hati aku dah sampai kat rumah.membuak buak nak balik.sem ni last paper aku sabtu pagi.sekarang hati aku rasa sabtu petang tu jugak aku nak blah tinggalkan penang.kalau boleh nak siap pack barang angkut pergi jawab paper,lepas habis je aku nak cabut terus.boleh ke macam tu?

3.tak ada perasaan.
aku mengaku aku ni mudah sungguh to have a crush on someone.eh bukan someone kot.sometwo,somethree.apa yang aku cuba maksukan dekat sini aku suka ramai orang.lelaki.jangan nak otak kotor sangat pulak terbalikkan somethree tu.aku luku jugak kepala kau karang.hah balik pada cerita tadi,makin lama aku kat sini aku tak rasa apa dah.si F yang aku suka,aku rasa sekarang aku nampak kau ntahlah.aku boleh rasa yang rasa tu dah hilang.aku doakan kau bahagia je la.sebab aku tau aku tak akan pernah ada harapan dengan kau.dan sungguh hati aku kosong sekarang.

4.pokai.
ini harus dan wajibul untuk aku setiap sem.awal sem rancak sangat.tinggal hujung2 ni nipis semacam je dompet.maka mulalah sesi telefon rumah then buat ayat manis sikit then penutup bicara 'tok duit habis.ngeee'hairan.sem satu je aku kaya sampa ke hujung sem.sem2 lepas tu aku kayap.

sem ni aku takut aku jatuh balik.mintak simpang.aku taknak itu jadi.aku rasa aku macam tak pernah nak buat family aku bangga.at least sem ni itulah azam aku.tapi ntah.harapan tinggal impian.azam aku nampak kelam.apa jadi?










Sunday, April 24, 2011

kenapa amir belum tersingkir.

ada orang tengok af lagi ke sekarang?LAME.sekarang layan maharaja lawak je.tapi macam pelik je kan apahal mamat kelantan tu tak keluar lagi.macam semak je?tapi ada orang cakap good thing jugak dia tak keluar lagi.at least ada masa nak pergi tandas tanpa tunggu time iklan.malas nak tengok part dia sebab macam kesian je tak ada orang gelak?btw nak tau tak kenapa dia tak keluar lagi?












sape comel tekan beramai

aku tak puas hati.

hidup dalam dunia ni bukan kita sorang je.penduduk malaysia pun dah 26juta++.sory aku tak tau recent statistic penduduk malaysia.tak payah jauh2 penduduk dunia.penduduk permatang pauh ni pun dah belambak.nak skop lagi kecik,uitm penang tu pun beribu student.

dan dalam komuniti beribu tu ingat perangai semua sama ke?masing2 peel macam2.masing perangai lain2.and that what we call diversity.diversity ni kalau tak paham satu sama lain boleh buat gaduh.boleh buat hati rasa tak puas hati.

tapi kalau tak puas hati kat sapa2 agak2 berani tak nak luah kan ketidakpuashatian(rasa tak puas hati) tu?aku mengaku aku tak berani.bukan aku takut.cuma aku tak suka.sebab bukan semua orang boleh terima teguran.even kadang2 dalam kawan rapat bestfren tidur sekatil sebantal pun belum tentu boleh terima.silap2 kalau perempuan emo then terus putus kawan.kalau laki aku rasa ok kot?

hah ada lagi satu style.apa ke nama.open table ke?ala yang masing2 cakap apa yang tak puas hati kat orang lain.si peah tak puas hati apa kat si meon.meon pulak apa tak puas hati kat mamat.dan macam tu la seterusnya.bagi aku benda ni macam tak function je?sebab apa?sebab BUKAN SEMUA ORANG BOLEH TERIMA TEGURAN.kan?silap2 lepas tu terus tak tegur satu sama lain.tipu laa kalau kau cakap konon ko boleh terima.tipuuuuuuuuu.mesti terasa jugak kan?

tu kalau jenis yang tak boleh terima teguran.tapi ada lagi satu species manusia.yang dah tegur sampai naik kering tekak pun macam tu jugak.jenis tak paham bahasa.kadang2 nak sabar pun ada limit kan?tapi bila dah confess rasa tak puas hati tu sama jugak.macam tak berapa nak ada effect je.dah tu?baik aku diam kan?last2 aku jugak yang makan hati. *sigh*


Friday, April 22, 2011

selamat hari tua ;p

hari ni 22 april.maka genap umur abg long saya err.29 ke 30?ntah saya tak ingat.29 kot.hehe.sory sy tak ingat.abg long saya ialah kazen saya.tapi bagi saya dia abg saya.abg yang saaaangat baik.dari kecik saya baik dengan abg long saya.abg long tak pernah buat saya marah.dan abg long tak pernah fail untuk buat saya ketawa.saya selalu tunggu abg long dan adik2 nya iaitu kak ngah dan wafi balik kampung sebab saya boleh jumpa mereka.saya sunyi di rumah.,kalau mereka ada saya gembira.


ini abg long saya ;p



abg long selalu bawak saya makan tempat sedap.tengok tu hari raya pertama dia bawak saya makan cucuk2 kat kuala perlis then raya kedua bawak saya makan pizza.hmm.semua tempat dia bawak saya makan tak kira mahal murah.manhattan fish market,tandoori kat subaidah,mee udang,banyak lagi la!.ohh ya mcd tak pernah tertinggal dalam senarai.breakfast,lunch,dinner.supper pun pernah!teringat last sem pukul 2 pagi dia text saya dah makan ke belum kalau dah makan pun tak kisah lah cepat siap dia otw nak ambik saya pergi mcd.ohh rindu saat itu!

dulu abg long keja dekat perak.dekat sangat dengan penang.maka saya tak payah naik bus,call abg long kalau dia balik time weekend maka dia pick up then boleh sampai rumah dengan selamat!tak perlu berhimpit  himpit dalam bus dengan mamat bangla atau indon yang selalu buat saya rasa tak selamat.kalau dari rumah pun kebetulan abg long nak balik perak maka dengan senang lenang abg long hantar sampai depan rumah.tapi sekarang tidak lagi sebab abg long di kl.jauh di sana.sobs.nasib baik saya ada kak ngah yang rajin ganti tempat abg long then hantar saya dan tak lupa jugak bawak saya makan mcd.lap u too kak ngah!





okay enough of that.back to normal.terasa lama sungguh aku tak jumpa dengn abg long.hey i miss u bro!rindu sungguh nak gelak ketawa dengan abg long.1 mei nanti tunggu abg long balik! ;p

lastly,happy birthday to my dearest abg long.semoga panjang umur murah rezeki and cepat2 kawen okeh?lama sungguh tak rasa kenduri di rumah! ;p

Thursday, April 21, 2011

photo of nature contest

saya nak menang hadiah dari kemboja!
maka sebab itu saya mau join ini contest.
contest ni anjuran incik azwan.



photo of nature contest!




syarat contest ni senang je:

1-Sila Follow blog Budak Baru Belajar. (Wajib) Sape tipu dose k.
2-Sila 'LIKE' fan page FB budak baru belajar. (Wajib)
3-Tempekkan banner kat atas dalam entry anda.(Wajib)
4-Letak satu gambar berkaitan nature, tak kisah la pantai ke, air terjun ker, hutan rimba ker, tapi make sure gambar itu ialah alam semulajadi dan nyatakan tempat tersebut. Gambar mestilah korang punya. jangan curi dari mana2 sumber. Walaupun saya tak tahu, tapi Allah tahu. Untuk membuktikan gambar itu kalian yang punya, gambar tersebut anda mestilah berada dalam gambar tersebut.... (Wajib)
5-Tagged contest nie kepada sejuta orang blogger. hahaha... kejam x? Tipu jer la. Tagged je kepada sesiapa, xleast sorang. (Sunat)
6-Tinggalkan comment atau link anda di ruangan komen but not Shout Box.

Hadiah
2 pemenang akan dipilih
Hadiah Special dari Kemboja. So tunggu...

Tarikh Tutup
31 August 2011


maka aku letak gambar ini.



gambar ni kat mengkuang dam.
ohh ya ni gambar saya ye incik azwan.saya yg kiri skali.so tk tipu.
hehe.
done!

skang nak tag:
eton
myra
aten
ain
mira
pojan

selamat mencuba! ;p

Wednesday, April 20, 2011

thanks.
u cheer me up.
:) 
tiba2 rasa macam nak sangat ada kat rumah sekarang.
duduk atas sofa tengok tv 
bukak fridge yang penuh dengan makanan
tidur atas katil empuk tu
hidup senang hati girang.
i miss home.
emosi sila stabil
*sigh*

langkah pertama

langkah pertama
paper pertama
doakan saya.
BISMILLAH....

Tuesday, April 19, 2011

pak guard yang menabur bakti tapi dihina.

masa tunggu nasi goreng cili padi dengan nasi ayam merah kami siap,aku dan alia terbukak satu topic.berlatar belakangkan bunyi ketung ketang tukang masak berlawan kuali dan senduk terkeluar topic perihal pak cik guard.

kawasan rumah sewa aku ni tertutup.ada pak guard jaga.bukan rumah aku saja.banyak lah rumah sewa area sini yang jadi pilihan student dikawal rapi si pak guard.kalau kat area rumah sewa aku ni majoriti umur pak guard memang pangkat ayah.yang dah berumur.golongan dah pencen.tapi biasalah,bila dah nama berada di pihak yang benar ni selalu jadi mangsa caci maki hamun orang2(majoriti student) kat sini.sebab paling utama ialah tak boleh masuk kereta tanpa steaker.kat fb pun selalu je nak mencarut kat pak guard tuh.bila fikir2 balik kesian pulak pak guard tu.mereka cuma buat kerja.dah ikut peraturan macam tu,macam tu la..

selalu aku tengok golongan yang pak guard melarang keras tak bagi masuk ialah kereta luar yang terdiri daripada golongan bukan muhrim.hasil perbincangan forum aku dengan alia tadi kami buat kesimpulan salah satu sebab pak guard tu buat macam tu ialah nak cegah maksiat.kalau dah berdua dalam kereta,possibilities nak bawak pasangan masuk rumah sangat tinggi kan?jadi salah satu cara mencegah baik pakguard tu tak bagi masuk awal2.yang ada steaker tu tak boleh nak kata apa dah la.hanya mampu doa dalam hati mintak maksiat dijauhkan.

yelah kalau tengok pakguard2 tu semua tahap pangkat ayah kita je.pakcik tu tengok kita pun tahap pangkat anak.ayah mana nak anak buat benda jahat?tak pernah lagi la aku dengar.aku sendiri pun naik segan bila kadang2 balik malam.malu balik dengan pakcik2 tu.ntah apa la persepsi pakcik tu.ni tahap aku yang balik lambat.yang lebih dari aku?hmm.

kawan aku prnah ditegur sebab main badminton malam2.mula2 kami sendiri rasa tak patut ditegur.tapi bila fikir2 balik,dah nama pun main.mesti seronok.dah seronok keinginan nak menjerit tu mesti ada.dan bila masa dah menjerit,dah sah2 la kacau orang sekeliling.mana tak nya si pak guard tak marah kan?

kadang2 bagi aku pakguard2 ni dicaci sampai tahap yang tak patut.sampai nak mencarut segala bagai.cuba fikir apaperasan korang kalau ada orang mencarut kat ayah korang sendiri?dan kadang2 bagi aku sangat melampau nak hina kerjaya pak guard ni.at least diorang cari rezeki halal.nak cari duit nak bagi anak bini makan.cuba imagine apa perasaan kawan2 yang ayah kerja guard then dengar anda anda ni mencaci maki hamun pak guard sekaligus menghina pakguard yang gaji bagi anda gaji ciput tu.hati orang lain boleh terasa.

umur masing2 dah matang.cuba dikir kalau kita kat tempat mereka agak2 apa kita rasa?

Monday, April 18, 2011

to my dearest bff,
dont be sad..
please stop crying..
do wipe your tears..
dont feel sad..
we are here by your side..
willing to lend our shoulder to you..
do smile yeah bff?
:)







study weh!

setelah beberapa hari otak aku semacam tak berapa nak function,at last saat yang dinanti tiba.mau jugak otak aku bekerja.mata aku boleh pulak terbukak melebihi 12 malam.rupanya motivation untuk study ialah teman.thanks yeah alia sebab balik!jannah if you are reading this,bila mau balik daa?ohh ya tu pun sebelum nak mula bukak buku punya payah nak mula.tulah banyak sangat setan dalam rumah.mula2 nak tengok mentor.habis mentor layan maharaja lawak kat youtube.padahal 3 kali dah ulang tengok.punya taknak study kan?ohh ya to jozan dengan nabil,anda terbaik!to amir,I'M SORRY but dah boleh keluar maharaja lawak dah kot.kesian kot nak tengok anda buat lawak sorang2.haih.lepas tu tiba2 gatai nak try main game kat fb.ala2 brick breaking je pun.bukan dota ke apa.tulah kan bila nak buat benda baik banyak sungguh gangguan.

but then at last we manage to start.

lepas tu konon tak boleh fokus nak udara segar kami gatai2 ubah angin study dekat balkoni.haha.but its a good try la.


view from our so called balcony

but then orang lalau je nak tengok.orang lalau je cuak sebab takut nampak kami yang selekeh tahap makcik2 ni.but at least its a good start la kan?even macam banyak je lagi nak kena kejar. *sigh*

okay terancam tengok alia study.babai.

Sunday, April 17, 2011

lalalala~

dengan final yang dah boleh kira pakai sebelah jari je ni,sungguh tertekan tau tak nak habiskan 10 chapter on human resources.study itu perlukan kekuatan tau?dah tu ingat aku kuat sangat nak study?mana tak lemah baru nak bukak buku then nampak si qusya boleh landing sedap2 baca komik.jeles tau! 
nak rehat2 relax jugak!!
tapi subject menghafal macam ni kalau tak baca macam mana nak jawab?hukhuk.
dah la panas.
haih.
kak ngah,how i wish u were here than boleh gossip2 gelak2 lepas tu makan sedap2 then golek2 atas katil you yang berkriuk kriuk to then lena dengan senang hati kat bilik you yang mysteriously sejuk even tak switch on the air cond.
haih,tertekan tau macam ni!
grrr.










Saturday, April 16, 2011

anak sapa ntah!

tadi dalam pukul 8.30 aku keluar carik makan.lapaq baq hang!otw ke kedai aku namapak ramai pulak budak2 main malam2 macam ni.mak bapak diorang tak marah ka?mak bapak ntah ke mana biar anak2 main waktu malam.kalau aku kat rumah time magrib tu dah cukup lambat kalau tak masuk rumah.adik aku pun kalau buat perangai nak main time malam2 macam ni nahasa nak kena dengan ayah dia.dan ini bukan pertama kali aku nampak.kadang2 aku balik dari kelas around 10.30 malam pun ada lagi budak2 main..kalau budak sekolah menengah tu aku tak heran sangat.tapi ni budak kecik.ada yang tadika pun belum.cuba kalau kena culik ka,terpijak kaca ka masa tengah main.kan ke bahaya?!ish.ada sekali tu boleh pulak aku nampak dua budak kecik tengah main baling bata.bukan batu kecik ye.bata yang berat tuh!yang kalau budak tu baling then mendarat atas kaki orang,boleh luka teruk.silap2 kaki budak kecik macam tu boleh patah!ya Allah mintak simpang.dan aku jugak pernah kena pau dengan budak kecik masa otw nak balik rumah.arghh.tu la mak bapak tak pantau anak2 sendiri.anak orang lain yang dah besar panjang sibuk sangat nak sibuk2.petang2 bancuh air teh then buat group bergosip.lepas tu nampak orang usha macam orang lain ni buat salah tahap kena masuk jel.padahal anak2 sendiri pun terbiar.tak jaga elok.makcik2,lain kali jangan nak pandai fitnah orang je.tengok2 anak sendiri tu.takut besar nanti jadi kot lain pulak.

Friday, April 15, 2011

polotik?euuw.

aku spesies yang kalau makan mesti nak tengok tv.kalau tak rasa cam tak feel la pulok.kat rumah lama aku dulu heaven sebab ruang makan dekat dengan ruang tengok tv.jeling sikit je.muahaha.rumah baru tak boleh sebab ruang makan dengan tv jauh.hukhuk.kalau kat penang ni nak makan selalu on laptop tengok muvie.paling best makan sambil layan how i met your mother!best!

tapi tadi malas nak on laptop.aku decide nak makan sambil tengok tv.tp pukul 8 rancangan paling 'best' pun berita.tak pelah.malas punya pasal aku makan jugak depan tv.sekali semua chanel cakap pasal pilihanraya.adoiyai.terbantut selera nak makan.aku bajet tengok berita nak tau pasal perkembangan semasa.orang eksiden ke.wabak penyakit baru ke.tsunami lagi ke apa ke.ni sekali politik.kejadah?semua chanel lak tuh?

boleh tak lain kali kalau nak kempen sangat buat satu chanel khas untuk politi.hah then kalo nk politik 24/7 pun politik lah.bukan semua minat isu bosan lame macam tu.
politik suck.booooooooooooooooooooo.














its end today

tepat jam 1pm td maka dengan rasminya selesai sudah kelas untuk semester ni.cepat gyla masa berlalu.4 bulan dah?pejam celik tiba2 tadi dah last klas.macam baru semalam je rasa horay horay check akaun balance yang duit pt dah masuk.tetiba hari ni dah last klas?dan bila check akaun balace yg ada cuma rm10 dan habuk2 beterbangan.ohh demm.maka officialy study weeks dah start.heh.week la sangat padahal 4 hari jek.gyla kau 1st paper sabject baca.okay fine.course aku ni ada ke subject calculation?ehh ada!tp satu je T_T.

lepas ni kena beli kismis then telan 1 kotak sehari.agak2 bole pandai dak?agak2 boleh simpan tak ilmu yang aku study?i wish!hukhuk.sumpah aku cuak.carry marks apa satu pun tatau.at least kalau aku tau boleh la stdy slow motion jek kalau cary marks pun ada banyak nombor.and boleh lah aku pecut study untuk subject yang mana cary marks nak taknak je tu.


ohh ini final aku punya jadual.saja gedik2 nak letak.kenapa?tak boley?ahh tak kisah nak letak jugak.

20.4-human resources 
24.4-business etiquette 
27.4-tour planing and 
28.4-ticketinghtt
30.4-abacus 

yang 27 ngn 28 april tu tak boleh blah.dah lah killer subject.kena strugle sungguh hati la ni.cuak cuak cuak.dean list?hmm.bukan untuk aku kot.cuma kalau boleh aku taknak jatuh lagi.aku nak naik lagi.but then mampu ke aku?hmm..ntah lah.boleh kot with enough usaha,doa and tawakal. :)

extra:i miss u mak and adik :'(


Wednesday, April 13, 2011

musim bila students turn into zombi

jangan risau.semua masih menjadi manusia.semua masih normal hidup suka ria.semua status kat fb pun masih lagi sebagai manusia biasa.bila aku cakap manusia biasa tu maksudnya status macam ni

'ohh em gee today was my bad hair day'

'ohh i love u syg muahh muahh'

'hari ni lepak bla bla bla'

'ohh man u kalahkan chealshit'

'midle finger u bithces'

'f***'

ohh sorry atas bahasa kasar yang terakhir tuh.bukan apa..luar biasalah kalau tak mencarut kan?orang melayu kalau tak sebut 4 letter punya word tu tak remaja lah kan?haha.sila terasa termasuk diri sendiri.ehem.

namun begitu,semua2 tu akan berakhir dan masing2 akan transform jadi zombie bila ikut kalendar university masing2 dah nak bulan mengambang.bulan mengambang dalam erti kata di sini ialah final exam.setakat test quiz tu tak heran lah.ni FINAL EXAM okeh. *suddenly ghost bumps* 

cuak tak cuak dengan final pun,i just loooove bila final week tiba.time ni semua hidupan atas muka bumi yang ada kad matrix,yang tak kena bar dengan lecturer dan yang dah namanya pelajar akan jadi kacau bilau sikit kehidupan.time ni even my self dengan kawan2 akan selalu buat kerja gila.time ni tiba2 pukul 4 pagi boleh pi pekena roti canai kat kedai mamak ABC tuh.time final ni tiba2 pagi2 jalan sunyi rasa macam nak study kat mcd padahal order fries dgn coke then ulang refill coke sampai cups tu jadi lembik.tengok mcd dah macam nampak library.

time final macam ni mata tiba2 dah tukar mode jadi segar bugar fresh semacam.kalau dulu pukul 1 tu mak aih ngantuk baq hang.tapi bila datang musim final,kau jangan ajak aku tidur aku cepuk kang.time ni lah mode zombi datang.mata masing2 eye bags tak hengat.tu pun tak kisah lahh.janji boleh study!

time ni lah bila study baru rasa macam ohh ni la yang aku dah blajaq selama satu sem!time minggu final ni lah bila study ja tekun tak pandang kiri kanan.kau kacau aku aku pukui!time ni tiba2 sanggup print past year papers padahal satu sem 4 bulan tu tak pernah ambik tau pun final papers nak download kat mana.

time ni tiba2 status fb ilmial kemain.
'ya tuhan beri aku kekuatan'
'ya Allah bukaklah pintu hati aku'
'kawan2 aku mintak maap ada buat salah dulu'

whoah.four letter punya word pun suddenly lupa macam mananak sebut.haha.

dan selalunya time2 ni bonding antara aku dan housemates pun akan jadi agak rapat.gap dan boundries pun boleh hilang2.masing2 lepak kat ruang tamu sama2 study tak kira lah subjek kau subjek aku lain2.teringat last sem masa tengah lapaq2 study,biskut hupseng spread dengan jam pun jadi sedap.siap kongsi 3 orang beli biskut sebab musim final musim dah sengkek  T_T

sekarang tak rasa lagi semua ni.tapi rasa macam tak sabar pulok. :)


extra:one thing je.time minggu final tetiba rasa macam ada gap dengan classmates sendiri.sebab masing2 jumpa time nak ambik paper.habis jawab kau blah balik rumah kau aku balik rumah aku then jumpa next paper.time kat dewan pun just sempat wish good luck b4 exam start then habis paper tanya kau boleh jawab tak then blah.harap2 sem ni tak macam tu.dear classmates,love u guys :')

and for those yang akan ambik final exam tak lama lagi,gud luck guys.semoga boleh jawab and boleh pass dengan flying colours.lagi mantap kalau masing2 semua boleh dekan.aminn. ;p





Monday, April 11, 2011

minggu ni minggu yang sangat teruk.minggu terahir before study week tapi minggu yang sangat sibuk.aku takut aku jatuh.aku takut aku tak mampu nak harungi semua ni.tapi aku taknak gagal :'(

Ya Allah beri aku kekuatan..

kalau aku masih bernafas lepas lalui semua ni aku update blog lagi. :')

Sunday, April 10, 2011

harga sebuah jenama

hari tu masa couple of days before nak ke langkawi aku mula kalut.kalut dok fikir nak cari selipar.time2 urgent macam ni selipar buruk aku tu buat hal.rabak pun time2 macam ni.ahh sudah.aku kalau bab nak mencari kasut dan kaum sekutu dengan nya ni aku malas sikit.ok bukan sikit.malas banyak.sebab nak mencari kasut dan kaumnya memerlukan komitmen yang tinggi.takkan aku nak pakai crocs aku tu?memnag tak la.p pantai pakai kasut tu macam tak sesui.lagipun tak travlers la tak pakai selipar p holiday kan?

then sehari sebelum bertolak aku heret jugak si alia ke jusco buat teman mengomen memuji mngutuk mengeji selepar yang aku nak pilih.dengan keadaan poket rabak dengan berat hati aku cari.tengok kat P.D.I rm27 sepasang.alahai.lemah lutut.naik ke F.OS.rm30 pulok.terus rasa macam nak kaki ayam.selipar je kot?aku boleh beli high heels dengan harga macam tu.aku boleh buat makan 3 hari  dengan harga tu.tu belum aku usha roxy lagi tuh.mahu nak dekat rm60 lebih.

last2 penat pusing kedai jenama macam tu alia suggest tengok dekat jusco.ala bahagian dalam jusco tuh.jenuh nak memunggah area selipar getah.jumpa jugak!dengan selipar yang bagi aku macam comel dan harga terbaek seantero dunia.RM2.90 untuk sepasang selipar,dan belum pernah buat aku jatuh,masih utuh membawa kaki aku dengan selesa.

kalau boleh dapat yang murah,kenapa nak beli yang mahal?selipar je pun kan?hanya kerana jenama,aku perlu bayar berkali ganda.hanya kerana jenama,rugi duit aku.nasib baik aku buat pilihan bijak!


Friday, April 8, 2011

saya nk contengan jalanan!!!!!!!

AGAK2 ADA TAK SESIAPA YANG BAKAL BERADA DI PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC 22 APRIL SAMPAI 1 MEI NI??
KALAU ADA MEMANG SUMPAH SAYA JELES!
KENAPA PESTA BUKU KT KL??
KENAPA TAK KAT PENANG?
KENAPA MESTI JUAL AWAL KAT PESTA BUKU?
KENAPA TAK JUAL KAT KEDAI BUKU SAMA TARIKH MACAM TU JUGAK?
OHH DAMN SUMPAH AKU BOLEH GYLA MACAM NI!

SAYA NAK NI.





I WANT IT BADLY :'(


wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!



cinta ibu bapa vs cinta dunia

cinta tu ada banyak.cinta kepada tuhan,cinta kepada rasul.cinta kepada ibubapa.cinta kepada jantina berlawanan.dan dalam banyak2 cinta orang paling suka cinta dengan jantina berlawanan.tipu la kalau cakap 'aku tak minat nak bercinta' sumpah tipu.kalau anda manusia normal,rasa macam tu memang akan ada.dan once dah jumpa cinta yang kononnya sejati,aku rasa cinta tu kadang2 jadi melampau.sampai tahap aku tengok cinta kepada orang luar yang bukan sedarah sedaging tu lagi hebat kalau nak compare dengan cinta kepada orang yang melahirkan kita dan jugak orang yang dah bela kita bagi makan pakai dari kecik sampai umur dah tua bangka.

hebat sungguh kan cinta yang konon cinta suci ni?padahal cinta tu belum tentu pun jadi jodoh kita.silap2 bercinta bagai nak rak sampai abaikan mak bapak tapi at last kahwin dengan orang lain.cinta kepada tuhan tu lagi lah.yang tu aku taknak sentuh.yang tu masing2 patut paham apa yang patut.

kadang2 aku tumpang simpati kepada ibu bapa yang dipinggirkan kerana cinta tak pasti ni.mak ayah cakap lansung tak makan saman.tapi boipren girpren cakap?mak aih.patuh macam dah jadi suami.kadang2 dengan ibu bapa suara tinggi ke langit.but when it comes to pasangan,pijak semut pun tak mati.kesian ibu bapa yang di anak tirikan dengan situasi macam ni.

bodoh sungguh buat macam tu.cinta kepada jantina berlawanan tu datang dan pergi.boleh tukar2 lagi.tapi cinta dan kasih sayang ibu ayah pada kita sampai mati.tak ada tukar ganti.kepada yang buat macam tu kepada mak bapak sendiri baik insaf.sebelum terlamabt.sebelum menyesal.sebelum mereka pergi tak kembali lagi.or worst,kita ni yang pergi dulu ak sempat nak mintak ampun mintak maaf.






Monday, April 4, 2011

isnin yang tak berapa nak riang.

sepatutnya hari ni aku kena hantar report HUMAN RESOURCES.report kena ada atas meja lecturer sebelum pukul 10.okay fine.weekend hari tu dah siapkan.cuma tinggal nak print je sebab ada halangan tertentu yang menyebabkan aku tak boleh nak print awal.so semalam tidur dengan niat pagi ni nak BANGUN AWAL.

pagi tadi alarm aku yang tak pernah fail untuk berbakti kepada tuan empunya tu berbunyi macam biasa.tapi apa tuan dia buat?macam biasa snooze.lepas tu bila masa alarm aku bunyi pulak walahualam.sedar2 aku tengok jam 9.20!gyla?then aku kejut alia dengan d.print apa yang patut then buat marathon pergi kampus.ohh ya masa binding report abg kedai tu boleh pulak buat lambat manja2. =.='' kami nak cepat bang!

sampai kampus sambung marathon menapak ke bilik miss di tingkat tujuh nuh.okay kami pakai lif.sampai2 depan pintu

'lambat.saya tolak 5 markah' 

T_T

lepas tu rasa macam nak merajuk then pergi pujuk diri sendiri dengan ini.





lepas tu hati belum terpujuk then kitew tambah satu set breakfast.

okay sekarang dah ok

;p












Sunday, April 3, 2011

pengkrirtik hidup.

kadang- kadang aku aku rasa hidup aku macam dalam program realiti.bukan sebab suara aku tak sedap macam suara peserta program realiti yang bertimbun.bukan jugak sebab hidup aku konon kononnya terkurung then disiarkan dalam tv seluruh malaysia.bukan.tapi sebab aku rasa hidup aku penuh dengan pengkritik.macam program realiti.ada ramai pengkritik yang mana suka mengkritik hidup aku tapi hidup pengkritik tu pun bukan betul sangat.

'eh kenapa beli baju ni?kenapa ak beli baju tu?'

'kenapa ko makan ni?kenapa tak makan tu?

'kenapa ko bodoh?kenapa ko tak pandai?

'kenapa ko teruk sanagt drive?

FINE.FINE.yang buruk semua aku.yang perfect yang buat semua dengan betul tu pengkritik aku yang sangat perfect tu.kadang2 aku jadi rimas.sampai tahap aku rasa meluat.

kalau decision making dalam hidup aku tu bukan kah aku yang deserve untuk decide?decision yang aku buat tu mesti atas dasar aku yang suka.sebab tu aku pilih macam tu.dah tu kenapa nak kritik?

aku tau aku ni tak tau buat semua benda.sebab aku pun dalam proses belajar.tak payah nak mengutuk mengata aku tahap teruk sangat.nak kritk2 aku buat benda yang aku tak tau tapi nak mintak tolong aku buat benda yang aku tak tau.siapa suruh?buat je sendiri sebab bila kau kau dan kau kritik aku mesti maksudnya anda anda dan anda  sangat mahir kan?

sekarang aku masih sabar then aku sabar.tapi once aku dah hilang sabar,aku mengamuk takut nanti persahabatn hilang ke mana.nasihati aku kalau aku salah.tapi jangan kritik aku.aku tak suka.

Saturday, April 2, 2011

nk mkn ke nk jerit?

tadi untuk dinner aku makan kat BM TOMYAM.orang2 kat sini tau kot kedai tu.masa aku sampai tadi memang sesak dengan umat manusia.ntah apa la sedap sangat sampai semua nak serbu situ.hoho.dah duduk order baru perasaan.ada bola malam ni.no wonder ramai sangat.tapi yang tak best bila geng2 tu pakat bising ramai2.jerit2 mengalahkan goal tapi aku tengok apa pun tak ada.dan yang pastinya golongan family yang makan kat situ memang nampak tak selesa.meja sebelah meja aku bawak baby.memang mengacau jeritan macam tu.sungguh tidak seneitif golongan yang terjerit pekik tuh.bak kata Duan,

'nak tengok bola pergi la tempat open macam nasmir tu ke.sini tempat family la bodoh'

yang jerit tu pun budak uitm jugak.haih.sungguh memalukan la anda2 semua ni!kami pun lepas2 makan blah terus.pening terperangkap dalam bunyi macam tu.














Friday, April 1, 2011

langkawi-day 2

kalau ikut perancangan awal,sabtu pagi tu sepatutnya kami pergi cable car.tapi celik mata suasana sejuk semacam sampai rasa macam taknak bangun.sekali tengok hujan!dah frust dah time tu sebab pakat2 eksaited nak naik cable car.so tukar plan pergi island hoping.sebab masing2 tak penah buat dan tak boleh nak imagine rasa island hoping tu macam mana,so mula2 tu rasa macam so-so je.tak eksaited sangat.tapi bila dah try!walaweh best wooh!

apa2 hal breakfast dulu.ohh ya hotel kami tak include breakfast.sebab kalau tengok memang ada kaunter receptionist then satu bangunan hotel.kecik je.so hujan2 pun redah jugak perut lapar punya pasal.pasal makan jangan risau.pagi2 pun kat area cenang tu banyak je kedai mkn pagi local food.tak kempunan punya lah setakat teh tarik dengan roti canai kuah banjir tuh.kedai yang kami makan tu harga sangat affordable.memang standard harga.tak ada mark up pun.so puas hati sangat!


teh tarik panas di kala pagi yang hujan.awww~
yang species lagi sanggup perut kosong asalkan boleh tidur tu memang tak turun breakfast..ni pulak muka tak tidur takpa janji perut kenyang.hehe


island hoping

island hoping melibatkan aktivity melawat pulau2.actually 3 pulau kalau ikut pakej kami tu.abg boat tu offer utk pergi pulau yang lain tapi kena tambah extra cas la.tapi kami refuse sebab 3 pulau tu pun dah letih and nak jimat duit cket.


 kan aku cakap faizal memang dedikasi bawak banner?ini masa dekat jeti untuk ke island hoping.eh2 ni bukan jeti feri langkawi tu.ni jeti boat2 kecik je.

untuk island hping naik speed boat.classmates aku yang ada masalah pening2 manja dengan ombak laut memang dah cuak.teringat masa ombak kat redang tu fuhh sampai tahap ada yang lembik jugak la muntah2.tapi time island hoping ni chillex je ombak dia.tak pening even masa tu hujan sikit.aku mula2 risau jugak bila hujan.tapi so far Alhamdulillah semua ok :)





first stop pulau beras basah.cantik sangat pulau tu!air pun bersih je nak mandi pantai.maybe sebab tak ramai yang pergi so tak ramai yang contribute untuk pencemaran maka environtment bersih dan cantik.nak mandi manda pun best sebab tak sesak kalau nak compare dengan cenang yang boleh di ibarat macam jalan2 kat kl.ramai!

 aku ni kan tak ada camera.maka gambar pun kutip2 je.maka terjumpalah gambar2 bajet maskulin ni.haha



subhanallah..cantik kan? :)

 untuk island hoping aku sangat risau bila kat pulau tu takut2 tak ada jeti.yelah selalu tengok dalam tv kena terjun terus kalau nak turun then time nak naik kena panjat je boat tu.yelah memang aku risau lah dengan keadaan badan aku yang comel ni.ingat senang ke?hoho.tp nasib baik semua pulau ada jeti!termasuk pulau beras basah ni sebab lecturer aku cakap masa dia satang dulu memang tak ada jeti.huhu



kalau kau buat macam ni nora ranap pokok =.=

 sampai2 je boys terus terjun dalam air.yang perempuan malas nak basah2 then tiba2 hujan!apa lagi.dah alang2 basah tu terjun sekali je!best wooh main air ramai2!eh tapi kan kalau kat pulau ni tak boleh mandi dalam2 sangat sebab ada binatang apa ntah nanti kena gigit kat kaki sakit.bahaya sikit.



lepas almost sejam kat pulau beras basah gerak ke pulau dayang bunting.for sure ramai penah dengar dan tau pasal tempat ni kan?ikut lagenda siapa yang mandi kat sini boleh mengandung.tapi mitos je la.ohh ya kat pulau ni banyak monyet!eh ke kera?ntah la tapi species2 tu lah.memang kena beware sebab memang akan ada monkey attact.dan kami kena kejar dengan monyet!SAYA ULANG KAMI KENA KEJAR DENGAN MONYET!sumpah cuak gyla!ni classmates aku la saje gatal2 tunjuk2 kat monet tu.dah la banyak!sekali kena kejar!dah la yang kena kejar tu monyet besar nak mampos!time tu aku kat belakang2 sikit.membe2 aku yang kat depan semua dah jerit 'anjing!anjing!' dalam hati ahh sudah mati aku!semua pakat lari!but then ada sorang classmates laki aku FARIS SI MACHO dengan macho nya jadi hero selamatkan kami dengan halau monyet tu.budak laki lain?hampeh!aku pusing2 dah sampai ke belakang!

hah species ni la yang kejar kami!

 hah kat sini la kami kena kejar!cuba imagine nak lari sampai mana?hujung tu laut je.aku dah ingat kena terjun laut dah sebab ingat yang kejar tu anjing!lepas faris halau kau dah cuak.monyet tu memang tunggu kiri kanan jalan.nasib baik ada aiman yang tolong aku then jadi knight selamatkan aku si damsel in distress ni.haha!masa balik pun ain dengan fiza tolong.cuak beb!thanks guys :')


before jumpa tasik kena jalan sikit around 10 minutes then baru ada tasik.yang golongan pandai berenang terus terjun.tapi kalau tak pandai macam aku boleh sewa life jaket.murah je!dan bagi golongan penakut macam aku even ada life jaket pun macam tak boleh nak berenang je,maka duduk tepi2 rendam kaki je la ye.

aksi penerjun negara.






lemak T_T

kan dah cakap?rendam kaki je.hukhuk

 hah!kat sini jugak ada ala2 fish spa tapi ikan keli kalau tak silap.aku tak sempat try tapi classmates aku semua cakap geli!haipp!mata jangan tengok kanan tu.mentang2 seksi!grrrr~




then tempat ketiga pulau apa ntah tak ingat.tapi tak turun kat pulau pun.just stay atas boat then boleh tengok helang makan.abg boat tu akan spare ayam then baling dekat2 dengan boat.so siapa yang tak penah tengok brung lang tu boleh la ambik peluang ye.time ni tak ada gambar sebab semua ralit tengok helang.harap maklum.

bagi aku enjoy sangat island hoping!penuh riang ria gelak ketawa!best gilos!rasa nak pergi lagi!!!kami selesai island hoping nak dekat pukul 3.balik siap2 then pergi lunch.ntah kedai celah mana ntah driver van tu bawak,kedai memang service fail!jangan la pergi AIRPORT CORNER (depan airport langkawi)!.lambat gyla masak!patut la kami je yang pergi situ.rupanya orang lain pun tau makanan tak best!huh!

lepas makan terus pergi shoping!pakat2 rambang mata tengok chocolate!kepada anda2 yang ke langkawi,kalau rajin survey dulu harga choc sebab ada yang lebih murah kat kedai lain,ada yang murah kat kedai feymes haji ismail tuh.tu pun kalau rajin la.kalau malal tu borong terus kat satu kedai!senang!



motif gambar:beg baru


lepas shoping singgah dataran lang sat.tapi gambar semua kena pakai flash so muka masing2 jadi tangki minyak!time tu kan earth hour so gelap je.hoho.




the best part ialah dinner malam tu!tak ingat nama tempat.tapi sedap!menu banyak!kami bayar satu kepala rm20 then menu siakap 3 rasa,tom yam seafood,kerabu mangga,satu benda aku tatau nama,sayur campur,sambal belacan,KETAM MASAK BLACKPAPER YANG SEDAP!,telur dadar and buah.banyak kan?



ni benda yang aku tatau nama tu!




lepas makan perut semua dah jadi baby bump.berbaloi sangat!ingat nak balik tidur je.tapi ada game kat pantai!diorang main game tapi aku mintak excuse sebab maksu datang jumpa.ohh ya maksu bawak p makan!memang aku tak makan la unless kalau aku nak perut aku pecah.hoho.then balik bilik tidur~

sekian.....


extra:malam tu angin kuat gyla kat pantai cenang.mata memang tak selamat dari pasir!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...